“Nak Gelak Gelak Laa”! Sharifah Shahirah Sumbang Pakaian Dalam Untuk Mangsa Banjir

Share

Di saat ramai diuji dengan berita duka rumah dipenuhi lumpur akibat banjir yang hampir mencecah bumbung, sudah pasti banyak barang keperluan rumah musnah serta tidak dapat diselamatkan.

Kebiasaannya banyak bantuan berupa barangan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir seperti beras, gula, tepung serta lain-lain makanan yang difikirkan perlu bagi meringankan bebanan mangsa banjir di negeri terlibat seperti Pahang, Johor dan lain lagi.

Dalam pada ramai yang mungkin menyalurkan bantuan makanan, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah mengambil inisiatif berbeza dengan membelikan pakaian dalam buat mangsa yang terjejas banjir di Pahang.



Dalam post dikongsi di ignya, @shieraijoy, penyampai ini menulis:

OK ni pun I campur campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman.. Suar Dan bra…. kat Mana la murah nak cari ni.. Borong kat mana ekk

Nak gelak gelak laa.. Tapi ni Sangat penting..

Betul juga idea Shierakan. Bagi mangsa banjir terutama wanita, pakaian dalam benda yang sangat penting dan andai tiada apa dapat diselamatkan ketika air banjir naik deras, sudah tentu pakaian dalam sebegini sangat membantu. Takkan nak pakai sehelai seminggu pula kan.

Malah netizen turut mengucapkan ideanya di luar kotak kerana membeli barangan keperluan lain dari yang lain.

Dalam islam, sikap tolong menolong amat dituntut iaitu membantu di saat orang dalam kesusahan. Ini dinyatakan dalam surah Al Maidah ayat 2 iaitu “Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)

Paling utama, tak kisah apa barangan kita mahu beli tapi niat untuk membantu paling penting. Semoga Sharifah Shahirah dan team dimurahkan rezeki kerana membantu mereka di dalam kesusahan.

Published by
almaswa Haji Che Ros