Jika mahu bernikah perlu ada wali. Salah satu persiapan penting majlis nikah ialah kehadiran wali. Ia merupakan salah satu rukun nikah dan wajib dipenuhi.
Bagi yang sudah mengikuti kursus kahwin, tentunya sedia maklum akan syarat-syarat layak menjadi wali kepada pengantin perempuan.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al Fiqh Al Manhaji Ala Madzhab Al Imam Al Syafii, terdapat tujuh syarat melayakkan seseorang itu bertindak sebagai wali nikah.
Makanya kepada bakal-bakal pengantin, sila baca sehingga habis supaya betul-betul faham apakah syarat-syarat untuk jadi wali nikah.
Berdasarkan firman Allah swt.:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Q.S. Annisa’:141)
Keperluan wali beragama Islam, adalah kerana perbezaan agama akan menjadi penghalang untuk mewariskan harta. Buat pengetahuan, muslim dan bukan muslim tidak boleh saling mewariskan harta.
Oleh kerana itu, tidak boleh orang yang fasik (dengan ciri-ciri tersebut) menikahkan pengantin muslimah, tetapi hendaknya hak perwaliannya itu diserahkan kepada pihak yang boleh menjadi wali lainnya yang lebih adil.
Perkara ini berdasarkan pada atsar sahabat Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan:
لا نكاح إلا بولي مرشد وشاهدي عدل
Tidak ada nikah kecuali dengan wali yang mursyid (adil) dan adanya dua orang saksi yang adil. (Musnad Asy Syafii)
Bagi orang yang sedang berihram, dia tidak boleh menikahkan orang lain. Hal ini berdasarkan hadis
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم:لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يَخْطُبُ
Dari Usman bin Affan r.a. ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang sedang ihram tidak boleh menikahkan dan dinikahkan serta tidak boleh meminang.” (HR. Muslim).
Sekiranya bakal wali memiliki salah satu ciri-ciri di atas, maka bakal pengantin perlu cari wali lain yang mempunyai ‘rekod bersih’ bagi memastikan mereka sesuai memainkan peranan.