Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi. Alahai. Susah juga ya. Tidak dapat dinafikan antara halangan utama untuk mendirikan rumah tangga ialah masalah kewangan.
Oleh itu jika merancang untuk mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik jika tabungan dimulakan seawal mungkin.
Ia bagi memudahkan anda untuk merancang majlis perkahwinan serta menyusun kehidupan selepas berumah tangga.
Berikut perkongsian daripada Harith Faisal ini.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.
Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.
Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.
Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.
Ads
Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
Ads
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
Ads
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Sumber Kredit: Harith Faisal
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dia habiskan seumur hidup untuk kami.’ Anak buat kejutan jadi juruterbang bawa ibu tunaikan haji. Bahagia seorang ibu apabila anak yang dibesarkan berjaya.
Begitulah kasih ibu, tidak pernah berkira dalam membesarkan anak-anak asalkan suatu hari anaknya menjadi insan yang berjaya.
Ternyata penat lelahnya selama ini terbalas bila sang anak membuat kejutan apabila menjadi juruterbang dan membawa dia ke Tanah Suci.
“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” kata seorang juruterbang, Abdallah Bahey, 31, apabila videonya tular di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian videonya, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.
Menurut Abdallah, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.
Momen itu paling tepat dan penuh bermakna apabila hasrat untuk melakukan perkara itu kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir.
“Seperti biasa saya memakai pakaian seragam kerja dan pada hari itu meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.
“Saya tidak menyatakan perkara sebenar, hanya cakap akan menghantar ibu di lapangan terbang kerana perlu menyertai kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.
Anak Buat Kejutan Jadi Juruterbang
“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.
Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu juruterbang membuat kejutan kepada ibunya bahawa dia kini sudah menjadi juruterbang sepenuhnya dan menerbangkan pesawat itu menuju ke Tanah Suci.
“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” katanya.
Bawa Ibu Tunaikan Haji
Abdallah ialah tamat pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.
Sementara itu, ibunya, Amal Shawky, 57, kelihatan tergamam seketika sebaik melihat Abdallah menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.
Kedua-dua beranak itu kelihatan berpelukan dan ibunya menitiskan air mata yang disifatkan air mata kegembiraan. – AGENSI
Rumahtangga mana yang tak pernah bergolak, pasti ada masa dilanda badai. Namun terpulang kepada pasangan itu untuk menanganinya dengan cara damai, tolak ansur atau pun sebaliknya.
Tak dinafikan bila berlaku konflik suami isteri berlaku situasi satu pihak bertindak keluar dari rumah dan keras hati untuk berbaik semula walaupun pasangannya sudah beralah atau memujuk.
Bagi pasangan yang dalam konflik ini moga doa dan amalan yang dikongsi oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh diamalkan
Amalan lembutkan hati pasangan agar kembali ke pangkuan keluarga
Pergaduhan dalam rumahtangga merupakan satu kebiasaan kerana ketika itulah kita lebih mengenali hati budi dan cara kita menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Namun, janganlah pertengkaran ini dibiarkan lama kerana ia akan mengkeruhkan lagi keadaan. Maka, antara amalan untuk melembutkan hati pasangan agar kembali ke pangkuan keluarga adalah:
Maksudnya: TaaHaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Antara cara yang terbaik adalah dengan bermu’asyarah sebaik-baiknya dengan pasangan suami isteri. Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Gara-gara letupan sebuah gudang mercun pada Sabtu lalu membuatkan puluhan kediaman musnah terbakar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tidak dapat bayangkan perasaan mereka apabila tempat tinggal hilang sekelip mata dijilit api. Fiera Fateha antara salah seorang penduduk yang terjejas.
Wanita ini telah memuatkan naik video bagi berkongsi keadaan rumahnya yang musnah seratus peratus akibat kejadian yang berlaku.
Bingkai Ayat Kursi Tak Pecah
Perkara menarik daripada perkongsian tersebut, biarpun rumah yang didiami wanita ini musnah tetapi sebuah bingkai ayat Qursi yang telah digantung di dinding tetap kelihatan sempurna dan kekal di tempatnya.
Dalam masa yang sama, wanita ini juga kagum melihat bukti kekuasaan Allah setelah apa yang berlaku pada rumahnya, tetapi bingkai ayat tersebut langsung tidak dijilat api.
“Saya pun tak pasti macam mana. Ni ayat (bingkai) ini, dengan keadaan rumah saya seteruk ini, tapi ayat (bingkai ayat Qursi) yang duduk di sini masih baik.
‘Ayat ini jaga rumah saya, dia tak pecah dan tiada apa-apa. Dia satu-satunya barang yangs elamat dalam rumah ini. Ayat tu utuh dengan cerminnya tak pecah.
‘Awak boleh tengok sendiri keadaan dalam rumah kami. Subhanallah kuasa Allah,’ ujar wanita itu dalam nada sebak sambil menghalakan kamera ke arah rumahnya yang sudah tidak berbumbung.
Nenek Sedang Berpuasa
Bercerita lanjut, mengenai tragedi di kediamannya di Pekan Munduk, Thailand, ketika kejadian dirinya sedang bekerja di Rantau Panjang, Kelantan ketika letupan berlaku.
Meskipun rumah didiaminya rosak teruk, dia bersyukur kerana ahli keluarganya hanya cedera ringan dan berjaya menyelamatkan diri.
‘Alhamdulillah family saya semuanya selamat. Masa kejadian ada nenek di rumah, nenek saya luka sikit kerana dia merangkak keluar dan bumbung jatuh timpa dia.
‘Masa itu tengah tunggu solat, dia juga berpuasa pada hari kejadian, syukur dia selamat,’ ceritanya satu persatu.
Selamat Walaupun Dihempap Bumbung
Perkongsian video tersebut ternyata menimbulkan pelbAgai reaksi di kalangan wargamaya. Ramai antara mereka meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar keluarga wanita ini terus tabah dengan ujian yang sedang dilalui.
Kejadian yang berlaku ini telah mengorbankan Sembilan individu dan puluhan lagi amngsa cedera akibat kebakaran serta letupan stor simpanan bunga api dan mercun yang berlaku.
Kesemua mangsa dilaporkan warga Thailand dan tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Letupan yang berlaku pada petang Sabtu itu turut didengari oleh penduduk Malaysia yang menetap di sektar Rantau Panjang, berdekatan sempadan Thailand.
Sewaktu Ramadan yang lalu mungkin ramai yang berjaya khatam al-Quran. Ada yang khatam lebih dari sekali. Alhamdulillah..Tapi ada juga yang selepas menamatkan bacaan sebanyak...