“NAK MENGAJI TAK RETI, JADI DOA INILAH YANG IBU AMALKAN DARI MULA KENA STROK SAMPAILAH ALLAH IZINKAN UNTUK SIHAT SEMULA…’
Allahuakbar, sebaknya saat mendengar luahan wanita tabah ini. Dia suka gelarkan diri sebagai “Ibu”.
Ads
Jika dilihat dari luaran, kita tidak akan pernah menyangka bahawa beliau pernah lalui banyak ujian yang sangat hebat dalam kehidupan. Kemudian saya bertanya, “Kenapa ibu menangis?”
Doa Inilah Ibu Amalkan
“Ibu tak pandai mengaji, Ustazah. Tapi bila Allah uji dengan macam-macam dugaan, antaranya saat ibu kena strok teruk beberapa tahun lalu, doa inilah yang ibu sentiasa amal lepas dengar dari kuliah Ustazah.”
Lalu dia pun bacakan doa itu khusyuk sepenuh hati sambil pejamkan mata, dengan air matanya deras berlinangan, tanda terlampau hiba saat menghayati makna doa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia, berikanlah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 201)
Ads
Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
Tuan Puan,
Mungkin bagi sebahagian daripada kita, ini doa yang sudah biasa kita baca hari-hari. Kadang kita baca laju tanpa hayati, lalu tak sedar betapa besarnya maksud doa ini.
Namun di sana ada seorang insan, yang tidak tahu pun untuk mengaji. Tapi saat membacakan doa yang kita rasa biasa ini, dia menangis dan membacakannya sepenuh hati. Subhanallah.
Sungguh, sangat banyak pengajaran yang saya sendiri pelajari dari sahabat-sahabat yang hadir, semuanya menjadi sebuah muhasabah dalam menempuhi kehidupan.
Ramai dalam kalangan kita mengeluh bab jodoh, lebih-lebih lagi yang masih menunggu calon Imam yang sesuai.
Mula mempersoalankan adakah diri tidak cantik, sempurna dan sebagainya. Namun akhirnya persoalan, semua urusan itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui dengan siapa jodoh kita nanti.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini.
Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Kenapakah jodoh seseorang itu begitu ‘berat’ dan lambat? Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu ialah jodoh kita? Setiap orang ada jodohnya lambat atau cepat sahaja dtentukan oleh Allah.
Dalam satu artikel bersama Sinar Harian ditanya persoalan ini kepada pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, agamawan itu mengajak kita untuk menelusuri jodoh yang mana ia telah ditetapkan ALLAH SWT sebelum kita dilahirkan ke dunia.
“Jodoh seseorang itu pasti ada dan sama ada di dunia ataupun jika tidak di dunia, di akhirat nanti. Wallahu’alam. Perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap orang ada sebagaimana rezekinya.
“Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya. Ada orang mungkin sudah buat pelbagai usaha, tetapi jodoh tiada. Kemungkinan jodoh yang ALLAH telah tetapkan itu telah meninggal dunia atau syahid dan mereka akan bertemu di dalam syurga nanti,” katanya ketika ditemui di pejabat Ecoriths Leisure Travel & Tour di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Ustaz Hanafi menjelaskan, ada dua penyebab mengapa jodoh seseorang itu lambat. Pertama, kemungkinan besar jodohnya ‘berat’ kerana ALLAH SWT ‘memberatkan’ jodohnya dan kedua barangkali kerana sikap seseorang itu sendiri.
“Mungkin seseorang itu terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh itu, ada dua istilah kita selalu dengar iaitu satu apabila kita terjumpa jodoh dan satu lagi ialah mencari jodoh.
“Kedua-dua itu berbeza istilahnya sepertimana kita jumpa duit. Sudah tentu berbeza situasi apabila kita jumpa duit atau barang dengan benda yang kita cari. Pastinya kita akan mencari yang terbaik untuk diri kita.
“Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, tetapi berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH SWT. Sebaliknya, teruskan berdoa dan senyum selalu, insya-ALLAH jodoh (kita) itu ada,” katanya.
Apapun, ujar beliau, lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan ALLAH SWT. Namun, umat Islam diingatkan supaya banyakkan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada ALLAH.
“Paling penting, kita dapat jodoh sebenar yang ALLAH SWT telah tetapkan. Sebab itulah setiap kali solat, kita akan meminta kepada ALLAH Iyyaka na’budu wa iyyaka nastai’n (Hanya ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan).
“Tolong apa? Ihdinas siratal mustaqim (menunjukkan kami jalan yang lurus). Jalan yang lurus itu (termasuklah) dalam mencari jodoh, rezeki dan keberkatan umur sebab sebelum kita lahir lagi, ALLAH SWT sudah tetapkan tiga perkara itu. Jadi, kita meminta tolong kepada ALLAH supaya menunjukkan jalan yang lurus.
“Maknanya ALLAH tunjuk jalan, kita kena berusaha. Maka usaha mencari jodoh itu hukumnya wajib. Bagi seorang lelaki, dia perlu mencari jodoh untuk dirinya sendiri, tetapi bagi seorang wanita, ayahnya bertanggungjawab untuk mencari jodoh untuk dirinya,” ujar beliau.
Panduan Mencari Jodoh Menurut Islam
Ustaz Hanafi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang panduan mencari jodoh menurut Islam.
Sabda Rasulullah SAW: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
“Pertama ialah agamanya yang mana wanita perlu carilah lelaki yang soleh. Tidak salah kita meminang lelaki kerana dalam Islam dibenarkan. Kemudian, lihatlah solatnya. Kalau lelaki itu boleh jaga solatnya, insya-ALLAH dia boleh jaga kita. Kalau dia tak jaga solat iaitu hubungan ALLAH, bagaimana dia hendak jaga kita? (Sedangkan) Janji dengan ALLAH pun dikhianati, apatah lagi janji dengan kita.
“Kedua, carilah mereka yang mempunyai keturunan yang baik. Ketiga, jangan lupa kahwin sebab hartanya. Yang terakhir sekali, barulah rupa,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan jodoh dengan menggunakan formula DUS iaitu doa, usaha, sekufu dan senyum.
“Sebenarnya, seorang bapa perlu mendoakan anak perempuannya sejak usianya sembilan tahun untuk mendapatkan jodoh. Ini kerana doa itu belum tentu dimakbulkan ketika anaknya umur sebegitu, mungkin dimakbulkan 10 tahun atau 20 tahun lagi.
“Doa untuk jodoh selalunya mengambil masa, jadi kena berdoa daripada awal. Antara doa yang paling bagus iaitu ayat 74, Surah al-Furqan,” jelas beliau.
Kepada satu soalan, Ustaz Hanafi berkata: “Hukum asal menggunakan portal mencari jodoh ialah harus. Ia satu usaha era moden untuk mencari jodoh. Namun, kita kena ingat, bila gunakan platform tersebut, mesti niat kerana ALLAH untuk mencari jodoh.
“Tak salah guna portal tersebut. Cuma isunya kalau hendak bagi gambar, janganlah gambar yang menjolok mata atau mendedahkan aurat. Sebaiknya, berilah gambar yang betul, jangan tampal ‘simen’ pada muka dengan mekap berlebihan. Ingat, jangan ada unsur penipuan dan mengambil kesempatan.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Baca lebih dapat pahala ke?’ Apakah hukumnya, membaca dua surah berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Kebiasaannya segelintir daripada kita hanya membaca satu surah tambahan sebelum rukuk.
Namun ada juga di kalangan kita yang membaca dua surah usai bacaan al-Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua. Apakah hukumnya membaca lebih satu surah, ikuti kemusykilan berkaitan isu ini.
Saya ada satu soalan. Bolehkah saya membaca dua surah pilihan yang berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Pada asasnya, solat merupakan salah satu amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan kita. Kemudian, dalam solat pula disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dan ayat-ayat yang lain.
Maksudnya: “Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Quran; dan dirikanlah solat.”
‘Baca Lebih Dapat Pahala Ke?
Malah, membaca satu surah daripada al-Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat al-Quran yang berurutan adalah disunatkan.
Bacaan ini disunatkan bagi imam dan orang yang mendirikan solat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat.
Sementara makmum juga disunatkan membacanya pada solat yang diperlahankan bacaan atau sekiranya dia berada jauh daripada imam dan tidak kedengaran bacaannya.
Membaca Dua Surah Berbeza
Berbalik kepada soalan yang diajukan, jumhur ulama berpendapat diharuskan untuk menghimpunkan dua surah, yakni membacanya dalam satu rakaat.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith daripada riwayat Huzaifah R.A, beliau berkata:
صَلَّيْتُ مع النبيِّ ﷺ ذاتَ لَيْلَةٍ، فافْتَتَحَ البَقَرَةَ، فَقُلتُ: يَرْكَعُ عِنْدَ المِائَةِ، ثُمَّ مَضى، فَقُلتُ: يُصَلِّي بها في رَكْعَةٍ، فَمَضى، فَقُلتُ: يَرْكَعُ بها، ثُمَّ افْتَتَحَ النِّساءَ، فَقَرَأَها، ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرانَ، فَقَرَأَها
Maksudnya:
“Pada suatu malam, aku mendirikan solat bersama Nabi SAW. Baginda memulakan bacaan solatnya — selepas al-Fatihah — dengan membaca awal surah al-Baqarah. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Barangkali Baginda akan rukuk apabila sampai pada ayat yang keseratus,’ kemudian Baginda melepasinya. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Baginda akan membaca surah al-Baqarah dalam satu rakaat,’ kemudian Baginda melepasinya, lalu aku berkata (yakni menyangka): ‘Baginda akan rukuk.’ Namun Baginda melanjutkan dengan membaca surah al-Nisa’ dan seterusnya menyambung pula dengan membaca surah Ali ‘Imran.”
Dalam Rakaat Yang Sama
Walau bagaimanapun ulama dalam kalangan mazhab Hanbali membezakan di antara solat fardhu dan solat sunat. Mereka berpendapat, tidak mengapa menghimpunkan surah-surah.
Yakni membaca lebih daripada satu surah, dalam satu rakaat dalam solat sunat berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas kerana dalam riwayat-riwayat tersebut menunjukkan bahawa Baginda sedang mendirikan solat sunat seperti qiyamullail dan selainnya.
Adapun dalam solat fardu, mereka menyukai yakni menggalakkan sekiranya ia diringkaskan dengan hanya satu surah pilihan selepas bacaan al-Fatihah. Hal ini kerana begitulah kebanyakan solat Baginda SAW dan inilah salah satu riwayat (pendapat) daripada mereka.
Pendapat Ulama Berbeza
Manakala dalam satu riwayat yang lain adalah sebagaimana pendapat ulama mazhab Maliki iaitu hukumnya adalah makruh kerana Nabi SAW memerintahkan Muaz untuk membaca satu surah sahaja yakni dalam satu rakaat dalam solatnya.
Begitu juga Syeikh al-‘Uthaimin juga pernah menyebutkan dalam fatwanya bahawa seseorang itu boleh untuk membaca selepas surah al-Fatihah dua surah atau tiga surah, mahupun meringkaskannya dengan hanya membaca satu surah atau membahagikan satu surah kepada dua bahagian.
Kesemua perkara tersebut dibolehkan berdasarkan kepada keumuman firman Allah SWT:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran — dalam sembahyang.”
Begitu juga sabda Nabi SAW:
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِ
Maksudnya: “Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu daripada al-Quran.”
Kesimpulannya:
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa diharuskan untuk membaca dua surah yang berbeza ataupun lebih selepas surah al-Fatihah dalam satu rakaat, serta sesiapa yang membacanya dikira mendapat pahala sunat bacaan surah atau ayat-ayat al-Quran selepas al-Fatihah dalam solat.
Walau bagaimanapun, perkara ini sekalipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun sebaiknya dalam solat fardhu ia diringkaskan dengan hanya membaca satu surah sahaja atau tidak memanjangkannya, lebih-lebih lagi jika dia seorang imam bagi meraikan keperluan makmum.
Antara kerisauan hati kita semua ialah apabila ada ahli keluarga diuji positif Covid-19. Lebih memeritkan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan perlu ditidurkan di mana mereka perlu berjuang antara hidup dan mati.
Sebagai khalifah dijadikan di muka bumi ini, di saat keterbatasan waktu, kita disarankan berdoa kepada Allah SWT. Doa ialah satu “rayuan” kita kepada Sang Khalik, tanda betapa lemahnya kita ditambah saat ditimpa ujian terutama bila melibatkan soal hidup dan mati.
Doa juga adalah harapan kita kepada Allah agar memanjangkan usia orang yang kita sayang. Namun jangan sesekali berdoa dipanjangkan usia tapi kita terus bergemulang dengan dosa dan maksiat serta tidak pernah taat kepada Allah. Sebaliknya berdoalah kepada Allah di sebalik usia yang panjang itu kita dapat terus beribadah kepada Allah.
Berikut adalah beberapa doa yang boleh kita baca untuk orang tua dipanjangkan usianya.
Ertinya: “Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya itu sebagaimana mereka berdua menjagaku ketika aku masih kecil. Begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua orang yang beriman, lelaki mahu pun perempuan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah di antara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah keampunan dan belas kasihanilah kami kerana Engkaulah Tuhan yang pengasih dan penyayang dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolongan-Mu.”
Doa agar kita dipanjangkan umur, sihat selalu dan ditetapkan iman Yap اَللّٰهُمَّ طَوِّلْ عُمُوْرَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ Allaahumma thowwil umuurona, wa shohhih ajsaadana, wa nawwir quluubana, wa sabbit iimaananaa wa ahsin a’maalanaa, wa wassi’ arzaqonaa, wa ilal khoiri qorribnaa wa ‘anisy-syarri ab’idnaa, waqdhikhawaa-ijana fiddiini waddunyaa wal aakhirati innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir. Ertinya : “Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikilah amalan kami, perluaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan. Kabulkanlah segala keperluan kami dalam pada agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala sesuatu.”
Allahumma aktsir mali wa waladi wa barik li fima a’thoitani wa athil hayati ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amali waghfirli.
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah kurnia yang Engkau berikan padaku. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...