‘Nak minta maaf tak ingat siapa.’ Mungkin boleh ikut cara ini untuk yang telah kita lakukan selama ini.
Jangan bohong dengan mengatakan kita tidak pernah sekalipun mengumpat. Kalau berkumpul bersama rakan lain, ada sahaja topik umpatan yang merancakkan pertemuan itu.
Sedar sebenarnya apabila mengumpat hukumnya adalah berdosa dan seakan memakan daging saudara sendiri.
Artikel Berkaitan
Bagaimana Nak Cuci Bersih Dosa-dosa Mengumpat?
Namun bagi yang dahulunya rajin mengumpat dan kini ingin hapuskan semua dosa-dosa silam hasil mengumpat, ada beberapa cara untuk kita berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Fatimah Jamari ini dan hadam baik-baik cara terbaik untuk kita delete dosa-dosa mengumpat.
Cara delete dosa mengumpat, adalah dengan pergi memohon maaf kepada orang yang kita umpat. Tetapi kalau sudah terlalu ramai yang kita umpat sehinggakan lupa siapa.
Kadang kita tak kenal pun orang tu, contoh nya :
Kita lalu tepi jalan tengok orang pelik-pelik itu yang membuatkan kita mengumpat. Dalam suka-suka, kita mengumpat dia dan bila dia berlalu pergi dah tak sempat kita mohon maaf. Allahu ! Jahilnya kita.
Cara terbaik, adalah dengan bersedekah dan niatkan pada orang yang kita pernah umpat dulu. Insyallah semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berperang dengan nafsu.
Dengan rendah diri saya mohon maaf atas segala salah silap mengumpat mencaci menghina, bercakap dan melakukan perkara yang membuatkan kalian terasa hati sakit hati. Allahu! Mohon maaf. Segala yang tak baik datang dari saya yang jahil.
Allahuakhbar!
Untuk Delete
INFO
Ghibah atau mengumpat dalam Islam merupakan salah satu dosa yang tak terampunkan sehingga orang yang menumpat perlu melakukan banyak cara untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT. Antaranya,
1. Meminta maaf pada orang yang diumpat
2. Memohon maaf untuk orang yang diumpati
3. Menyebutkan kebaikan orang yang diumpati di tempat terjadinya umpatan
4. Taubat nasuha
5. Perbanyak zikir
6. Perbanyak sedekah
7. Silaturrahim
8. Banyakkan berpuasa sunat
9. Perbanyak solat sunnah
10. Selalu menjaga wuduk
11. Perbanyak membaca al-Quran
12. Bersahabat dengan orang soleh
13. Perbanyak istighfar
Itulah cara melakukan taubat dari dosa mengumpat. Sungguh mengumpat ini sangat buruk akibatnya, maka dari itu kita harus berhati-hati dalam berkata.
Baca Di Sini
Mengumpat Itu Dosa, Tapi Ada 6 Jenis Umpatan Dibenarkan Syarak
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita dan semoga Allah menerima taubat dari dosa kita.
Sumber: Fatihah Jamari
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!