‘Nak Pikat Hati Tunang, 10 Ke 15 Kali Imran Aqil Hafal Doa Nabi Musa.’ Baru Hafal, Belum Amal Pun Allah Dah Bagi CASH

Share

‘Nak pikat hati tunang, 10 ke 15 kali imran aqil hafal doa nabi musa.’ Baru hafal, belum amal pun Allah dah bagi cash.

Tiada kata selain daripada syukur apabila doa dan impian kita dimakbulkan Allah apatah lagi dalam bab mencari pasangan hidup.

Artikel Berkaitan:

Mendoakan Adik Beradik Sendiri. Kenapa Kena Buat Setiap Waktu Solat? Kisah Nabi Musa &Nabi Harun Penuh Pengajaran

Nak Pikat Hati Tunang

Begitulah yang dilalui oleh penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, mendedahkan dirinya mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya yang merupakan seorang pempengaruh, Dahlia Rizal.

Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Imran ketika membuat live di TikTok, sekali gus membuatkan video perkongsian itu tular di platform tersebut.

10 Ke 15 Kali Imran Aqil

Menurut Imran, dia menyifatkan amalannya itu sangat menakjubkan selepas doanya terus dimakbulkan dan menjadi kenyataan.

@farrich2022 Reply to @myntshaz Part 5 : Rahsia Imran pikat Dahlia dengan Doa’ 😍 Nak part 6 tak? #dahliarizal #imranaqil ♬ original sound – ImranDahlia’s Stories 🤍

“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.

“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.

Hafal Doa Nabi Musa

Imran menjelaskan pengisian doa tersebut merupakan permintaan untuk mendapatkan kebaikan dan cuba menghafalnya demi mendapatkan Dahlia.

“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah.

Baru Hafal, Belum Amal

“Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.

Baca Juga Di Sini:

“Nak Dapat Jodoh Yang Baik, Jangan Lupa Berdoa Dapat Mertua Yang Baik Juga” – Pesan Ustazah Isfadiah

Doa Ubah Takdir Jodoh, Masih Ada Peluang Dapatkan Bantuan Allah

Doa Ibu Boleh Tembus Ke Langit Tanpa Ada Filter. ‘Nak Anak Berjaya, Kena Doa Dari Baby.’

Pun Allah Dah Bagi CASH

“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” kongsinya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan itu teruja dan kagum dengan perkongsian yang dibuat oleh Imran.

Kashoorga : Benarlah jodoh itu Ketentuan Allah, kita berusaha mencari pasangan yang terbaik buat kita. Selepas itu berserahlah pada Allah.

Sumber : xtra, Instagram @ijeebstar, Instagram @dshazall

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat