Baru-baru ini viral apabila melihat pelbagai bentuk dan nama emas yang ada di jual di pasaran.
Malah kenaikan harga emas juga menjadi faktor penggemar barangan emas ini membuat belian dan tukaran dengan emas sedia ada.
Tidak kiralah berapa banyak emas yang dibeli tetapi jangan sesekali lupa untuk membayar zakat ke atasnya.
Walau bagaimanapun pengiraaan bagi pembayaran zakat emas adalah berbeza.
Perkongsian lelaki ini di laman Twitter menggunakan akaun @acaiijawe memberitahu cara pengiraan sebenar zakat emas.
Pakai atau tak tetap kena zakat
Setiap negeri kiraan berbeza-beza
Sekurang-kurangnya kena pakai setahun sekali
Ini cara kiraan basic
Senario 2
Senario 3
Info tambahan
Contoh 2
Info tambahan
Amaran kalau tak batar zakat emas
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bagaimana Nak Tahu Wang Gaji Atau Harta Kita Miliki Tidak Berkat? Ini Tandanya
Ramai dilihat hidup mewah. Ada punya rumah besar, kereta besar bahkan kita sering menayangkannya kepada masyarakat, itulah hasil usaha keras kita mengumpulnya. Mereka ini sentiasa menayangkan harta berbelanja mewah konon untuk menarik perhatian ramai.
Tidak hanya orang kaya, bahkan ada juga yang hartanya tidak banyak tapi sentiasa cepat habis sedangkan tidak tahu wang itu dibelanjakan ke mana. Kenapa semua ini terjadi. Tahukah itu semakin “deras” duit kita mengalir laju (tidak tahu dibelanjakan ke mana) itu satu dari tanda duit dan harta kita peroleh itu tidak berkat.
Tanda-tanda harta kita peroleh ialah harta tersebut cepat hilang. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam kitab Majmu Fatawa mengatakan, harta halal yang sedikit diberkati daripada harta haram yang banyak, harta haram ini cepat hilangnya dan Allah hancurkan.
Kerana itu, apa yang perlu diperhatikan dalam mencari rezeki bukan soal jumlahnya semata-mata tetapi juga keberkatannya Dengan harta yang berkat, hidup kita jadi mudah dan dipermudahkan dalam menghadapi berbagai ujian kehidupan.
Allah Ta’ala berfirman, وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Andai kata penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya” (QS. Al-A’raf: 96)
Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam juga mengajarkan kita agar berdoa dan memohon keberkatan harta, bukan sekadar jumlah semata.
Baginda pernah mendoakan Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu,
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan keturunannya dan berkatilah semua yang Engkau berikan kepadanya.” (HR. Bukhari)
Hasil doa dari Baginda Rasululah, adalah keberkatan harta Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu baik dari segi kualiti dan cara perolehnya.
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, فوالله إن مالي لكثير، وإن ولدي وولد ولدي يتعاقبون على نحو
المئة “
Demi Allah, hartaku sangat banyak. Sementara anak dan cucu-cucuku, mencapai 100 orang.” (HR. Ibnu Hibban no. 7177)
Lantas apa tanda-tanda harta yang tidak berkat dan harta yang berkat itu?
Ustadz Adi Hidayat dalam salah satu ceramahnya di saluran Youtube Audio Dakwah yang dikongsinya berkata, ada perbezaan harta yang berkat dan tidak berkat.
Dai’ yang popular disapa UAH ini menjelaskan, di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: 'Kalau Engkau bersyukur kepada-Ku menggunakan semua nikmat yang telah Aku berikan sesuai dengan perintah-Ku dan fungsinya, maka Aku akan tambahkan lagi bagi kalian. Dan Aku akan beri kalian berserta dengan nikmat-nikmat itu, hingga semua nikmat terpakai dalam hidup kalian'.
"Yang disebut berkat ialah gaji 1000 dan semuanya digunakan untuk hal bermanfaat. Kalau gaji banyak tapi tak berkat akan cepat hilang. Cepat saja habisnya. Sumber : Kalam Sindownew.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Mudah Jatuh Hukum Haram Pada Pekerjaan Orang, Dr Veterinar Beri Penjelasan Pegang Anjing Tanpa Glove
Anjing termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Tidak hairanlah setiap kali melihat umat islam memegangnya, secara automatik kita menjatuhkan hukumnya sebagai haram.
Bekas Mufti Wilayah dan juga bekas Menteri Agama pernah menjelaskan, menyentuh anjing secara sengaja hukumnya haram.
Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Seperti mana yang dinyatakan oleh Imam al-Bujairimi dan Sheikh Ibnu Hajar al-Haithami:
التضمخ بالنجاسة إنما يحرم
Maksudnya: Menyentuh najis secara sengaja ia adalah Haram.
(Rujuk Hasyiah Bujairami ala Syarah Manhaj al-Tullab, m/s 105 dan Hawasyi Tuhfah al-Manhaj bi Syarah al-Manhaj, m/s 174).
Namun barangkali agak berbeza jika ia berkaitan dengan kerjaya doktor perubatan yang perlu memahami keadaan binatang yang dirawat serta sifat binatang itu sendiri.
Di aplikasi Tik Tok @drima_vet atau nama sebenarnya Salehatul Khuzaimah menjelaskan ada masyarakat terus menjatuhkan hukum haram pada pekerjaannya selepas melihatnya memegang anjing tanpa menggunakan glove tanpa memahami secara jelas kenapa ia dilakukan namun terus menjatuhkan hukum.
Kata Dr Ima, masih ada yang menjatuh hukum mendakwa pekerjaan doktor veterinar haram kerana menyentuh anjing.
“Disuruh cari kerja lain. Selagi hayat dikandung badan, selagi mampu, selagi larat, selagi itulah, ulang-ulang jawab soalan.
“Percaya tak? Masih ada yang ingat kami ini akan bermandi lumpur dan selut selepas bergelumang dengan anjing selepas rawatan.
“Tidak! Sebab tu selama ni orang anggap nak sertu tu susah. Leceh.
“Kalau faham dan ambil tahu, tak susah sertu ni. Methodnya sama seperti kita guna air sabun.
“Tapi tukar dengan air bancuhan tanah atau produk yang mengandungi tanah. Bilas dengan air 6 kali,” katanya.
Tambahnya, dia berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum tanpa sebarang usul periksa.
“Janganlah senang sangat menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni,” katanya memberikan penjelasan agar masyarakat lebih faham mengapa doktor haiwan sepertinya memegang anjing tanpa glove,”katanya yang akan menyertu pakaian dan tubuhnya selepas memegang binatang najis ini.
Dalam pada itu, ada yang memberinya cadangan agar tidak melayan “manusia tidak faham ini ”tetapi kata Dr Ima, kalau ikutkan, memang malas layan, tapi tak boleh.
“Rasa macam kena juga “layan”. Kalau dia masih berbalah, nak bergaduh pasal isu ni walaupun lepas diterangkan, kita diam,”katanya menerangkan, janganlah senang menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni. Allahuuu,”tulisnya.
Dalam pada itu, berdasarkan fatwa dikeluarkan Mufti Perlis pada tahun 2021, ia fatwa berkaitan muslim yang berurusan dengan anjing.
1. Muslim boleh menggunakan anjing atas keperluan syar’ie iaitu untuk membantu urusan kehidupan seperti memburu, menjaga ternakan, mengesan jenayah atau barang dan seumpamanya. Keizinan ini bersumberkan al-Quran dan Sunnah.
2. Memelihara anjing tanpa keperluan syar‘ie dalam urusan kehidupan adalah dilarang. Ini disebabkan kesan najis, hospitaliti, gangguan ibadah, hubungan antara keluarga, kejiranan dan seumpamanya. Terdapat hadis sahih yang melarang perkara ini.
3. Menjadi doktor haiwan ( Veterinar ) yang merawat anjing bukan satu kesalahan bahkan ia satu perbuatan yang baik. Dalam hadis yang sahih menyebut seorang pelacur diampuni oleh Allah kerana memberi minum kepada anjing.
4. Menjadi jurulatih yang mengajar anjing seperti untuk memburu, mengesan barangan, penjenayah dan seumpamanya adalah merupakan pekerjaan yang syar’ie seperti yang terdapat dalam surah al-Maidah ayat 4.
5. Ulama fekah (fuqaha) berbeza pendapat tentang sentuhan anjing yang basah. Antara pandangan utama mazhab-mazhab tersebut ialah :
a)Sentuhan anjing yang basah atau lembab wajib dibasuh tujuh kali iaitu enam kali air mutlak dan satu kali air tanah.
b) Jilatan anjing sahaja yang wajib dibasuh sebanyak tujuh kali tersebut.
c) Basuhan sebanyak tujuh kali tersebut tidak diwajibkan tetapi berpahala jika melakukannya.
6. Oleh kerana nas hadis menyebut jilatan anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali termasuk satu kali air tanah, maka menghadkan kewajipan tersebut kepada jilatan anjing sahaja adalah pendapat yang dipilih dalam fatwa ini. Pendapat ini telah disebutkan oleh al-Mutawalli dan al-Rafi’ie dalam mazhab Syafi‘ie dan dianggap kuat oleh al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’.
7. Justeru, jika diyakini jilatan anjing terkena pada bekas, diri, pakaian, tempat atau apa-apa barangan hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali termasuk salah satunya dengan air tanah. Bahan-bahan pencuci lain sebagai gantian bagi air tanah hanya boleh digunakan jika penggunaan air tanah boleh mendatangkan kerosakan, kerugian harta atau ketiadaan tanah.
8. Kewajiban membasuh barangan yang terkena najis anjing ini jika barangan terbabit hendak digunakan bagi tujuan ibadah atau untuk kegunaan makan dan minum.
9. Jika sentuhan itu berlaku dalam keadaan kering pada yang menyentuh dan yang disentuh maka hukum basuhan tersebut tidak diwajibkan berdasarkan kesepakatan ulama.
10. Adapun anjing yang memudaratkan manusia boleh dilupuskan. Ia termasuk dalam senarai haiwan yang boleh dibunuh yang disebut dalam hadis sahih.
https://www.tiktok.com/@drima_vet/video/7079055182822149402?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Posting Riak Yang Selalu Kita Buat Di Laman Sosial Tapi Kita Tak Perasan
Antara perkara yang agak sukar dipisahkan kini adalah ‘riak’ dalam Facebook. Kalau boleh semua perkara kita nak kongsi di laman sosial hingga adakalanya perkara yang peribadi pun tergamak untuk dikongsi.
Mungkin ada yang memang berniat hendak berbangga diri dengan kejayaan mereka namun tak kurang juga yang tidak sedar secara dalam diam mereka telah riak. Ini antaranya perkara-perkara tanpa sedar yang ada unsur riak dan mungkin kita terlepas pandang.
1. Alhamdulillah, Company Lutfi Lokman dah berjaya melebarkan sayapnya ke Hungary.
2. Alhamdulillah, anak Lutfi dapat straight 79A SPM. Tenkiu Allah.
3. Oh! Tenks isteri Lutfi kerana masakkan untuk Lutfi. So Suwit. Mujur dapat isteri pandai masak macam ni.
4. Baru habis meeting dengan satu company gergasi paling bapak besar kat Malaysia bernama Lutfi And Sons. Mudah-mudahan lulus tender tu.
5. Korang buat apa malam-malam jam 3 pagi ni? Baik tahajud macam Lutfi tu.
6. Masya Allah Tabarakallah dapat solat belakang imam Lutfi dan sempat tegur bacaan dia salah makhraj tadi. Tenkiu Allah.
7. Petang tadi jalan-jalan kat kedai mamak. Jumpa sorang orang tua nama Pak Lutfi. Dia bagi nasihat jangan makan kari mamak banyak sangat. Nanti jadi Pokemon. Wah! Bukan semua orang yang dapat nasihat begitu. Syukur saya terpilih.
8. Duit gaji 17 bulan lepas Lutfi tak habis pakai lagi. Aduh, nak buat apa ya?
9. Ya Allah terima kasih kerana menjadikan aku sebagai tetamu Mu di kala orang lain tak mampu untuk pergi umrah lantaran harga visa naik sampai SR2000 dan aku dapat pergi dengan pakej EPL Travel And Tours harga RM456 ribu duduk hotel dekat masjid dan Kaabah view serta naik jet peribadi parking atas bangunan Royal Clock Tower. Rezeki betul.
Ia sangat sulit. Tersangat sukar. Antara garisan halus yang memisahkan kita dengan riak dan benar-benar ingin berkongsi adalah ‘niat’. Mungkin ia salah satu strategi pemasaran. Ia salah satu unsur menarik pengaruh. Satu faktor meluahkan rasa. Namun perlu perbetulkan niat.
Sangat halus garisan itu saudara-saudari.
Saya juga ada berbuat perkara yang sama yang tidak disedari lantaran kita manusia. Sama-sama kita berpesan kepada perkara kebaikan agar tidak tersasar. Semoga diampunkan Allah dan diterima amalan.
ikhlas,
Lutfi Lokman
#mutalis rapuh.
Moga dengan perkongsian ini kita tidak lagi melakukan ‘kesalahan’ riak tanpa kita sedari.
Sumber kredit: FB:Lutfi Lokman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI