‘Nak Tumpang Solat, Tuan Rumah Kalut Minta Maaf Rumah Tak Kemas.’ Tetamu Pandanglah Dengan Mata Lebah, Bukan Mata Lalat

Share

‘Nak tumpang solat, tuan rumah kalut minta maaf rumah tak kemas.’ Tetamu pandanglah dengan mata lebah, bukan mata lalat yang sentiasa salah dan buruk.

Adab bertandang ke rumah orang, janganlah dicari keburukan tuan rumah dan kemudian sebarkan pada orang lain. Minta dijauhkan kita daripada sikap sedemikian.

Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, Sejuk Mata Memandang. Moga Jadi Anak Soleh” – Sikap Bapa Ini Jadi Imam Anak-Anaknya Di ‘Mall’ Dapat Pujian

Nak Tumpang Solat

Kongsi wanita ini, suatu hari, kami terpaksa menumpang solat di rumah adik, kerana waktu solat sudah nak habis. Kiranya seperti kunjungan mengejutlah ni. Kami beritahu 15 minit sebelum sampai.

Sampai sahaja kami di rumahnya, adik ipar perempuan kelam-kabut kemas bilik, kain baju yang belum berlipat ditolak naik atas katil sambil berkali kali mohon maaf rumah tak berkemas.

Tuan Rumah Kalut Minta Maaf

Kami memandang dengan mata lebah, mencari yang baik dan manis. Rumahnya bagi kami tetap cantik dan kemas. Tidak pula kami perhatikan celah langsir ada rambut atau tidak, bilik air bersental atau tidak. Kami tak cari yang busuk dan buruk.

Jatuh belas kasihan padanya mengenang dia membantu adik saya mencari rezeki dan di masa yang sama mengurus anak anak yang masih kecil.

Rumah Tak Kemas

Terlompat lompat mengurus banyak benda, tidak merungut, hadap sahaja. Saya doakan rumah tangga mereka aman bahagia dan dirahmati Allah.

Begitulah kita menjadi manusia. Jangan hati perut itu suka mencari pasal dan salah orang. Yang mana kita boleh permudah, permudahkan.

Baca Di Sini:

Adab Menjenguk Orang Sakit, Sensitiflah Sikit, Janganlah Ditanya “Apa Khabar?”

Posting Terakhir Arwah Tentang Solat! Sempat Berdakwah Kongsikan Ceramah Live Ustazah Asma’ Harun

Tetamu Pandanglah Dengan Mata Lebah, Bukan Mata Lalat

Kita tak berkenan cara orang sana sini, kita berkata buruk tentang mereka, seolah olah kita ini sempurna. Walhal aib kita Allah yang selindungkan.

Sebab itu saya tak menjemput sesetengah orang ke rumah saya. Saya tidak cukup kuat untuk melayan langau dan lalat, yang mencari rambut di celah langsir, kemudian dihebah sana sini. Tetapi jika lebah yang ingin berkunjung, saya begitu mengalukan.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan benci orang. Jalan terus dengan gembira cara kita.

Kashoorga : Semoga Allah sentiasa menjaga aib kita.

Sumber : Suriana Megat Zabidi

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
webadmin