‘Nak Ziarah Kubur, Tak Perlu Tunggu Hari Raya.’ Tiada Hari-Hari Tertentu Mengingati Mati

Share

‘Nak ziarah kubur, bukan di hari raya saja.’ tiada hari-hari tertentu ditetapkan untuk kita melawat pusara insan tersayang yang telah pergi.

Kebiasaannya segelintir daripada kita akan menziarahi kubur di hari raya atau pada hari-hari tertentu, sebaliknya Islam tidak menetapkannya.

Ziarah kubur untuk mengingati mati amat digalakkan. Ustaz Azhar Idrus berkongsi pandangannya mengenai isu ini.

Artikel Berkaitan:

Benarkah Roh Ibu Bapa Menunggu Anak Di Kubur & Ada Waktu-Waktu Afdal Ziarah?

Nak Ziarah Kubur

Hukumnya adalah harus selama-lamanya dan mendapat pahala seperti mana ziarah kubur pada hari yang lain.

Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar :

وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا …

“Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah untuk mereka dengan berdoa, ini semua harus dilakukan oleh orang lelaki.

Bukan Di Hari Raya Saja

Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid terdahulu (pendapat yang dipilih oleh Syeikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut pasti berlaku maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

Tetapi Jika ziarah kubur semata untuk bersedih atau memperbaharui kesedihan maka ianya tidak boleh.

[Fatawa Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Jilid: 6]

Tiada Hari-Hari Tertentu Ditetapkan

Ziarah kubur pada hari jumaat sahaja atau hari bersejarah sahaja atau hari raya sahaja atau pada petang hari raya sahaja tidak menjadi kesalahan asalkan tidak menganggap hari-hari tersebut sebagai hari yang ditetapkan untuk ziarah.

Tidak ada seorang jua ulama yang melarang dan jika ada maka orang itu adalah orang awam. Ulama hanya melarang menetapkan hari-hari tertentu untuk ziarah, bukan melarang ziarah.

Kaum wanita diharuskan ziarah kubur pada hari raya tetapi wajib menjaga aurat dan adab-adab ziarah bagi wanita.

Baca Di Sini:

Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah

Kashoorga: Balik kali ini, luangkan sedikit masa untuk ziarah kubur mereka yang telah pergi.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat