Sepanjang bulan ini kita menyaksikan pusat pengajian tinggi mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam setiap bidang yang diambil.
Dan pastinya kemeriahannya lebih terasa dengan kehadiran kedua ibu bapa yang menjadi penyokong kuat selama menimba ilmu di menara gading.
Namun bagaimana perasaannya jika bukan empunya diri yang tampil menerima skrol tetapi, ibu bapa sebagai pengganti diri kita menerima sekeping sijil yang sangat berharga ini.
Seperti perkongsian di laman sosial twitter yang tular apabila kakak kepada seorang graduan Aina Fatin Najwa, muat naik video bapanya yang naik pentas konvokesyen untuk menerima skrol adiknya yang telah meninggal dunia tahun lalu.
Dia memberitahu yang bapanya berusaha untuk jadi kuat menghadapi detik berkenaan dan hanya dalam hati tahu apa sebenar dirasai.
Malah ayahnya juga menangis sepanjang dalam perjalanan ke UiTM hingga majlis berlangsung.
Dalam posting berkenaan juga kakak allahyarham, Dzarah Nafisah Mazlan juga turut menyatakan rasa rindu dan bangga dengan pencapaian adiknya itu.
Allahyarham Aina Fatin Ajwa telah berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi mara (UiTM) Lendu Melaka sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Sebaik menonton video berdurasi 31 saat itu dengan iringan lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, rata-rata mengundang sedih warganet.
Masing-masing mengakui sebak melihat ketabahan seorang bapa yang mengambil skrol anaknya di pentas konvokesyen.
Malah dapat melihat betapa erat bapanya mendakap skrol berkenaan seperti mendakap allahyarham anaknya itu yang meninggal akibat denggi berdarah.
Rata-rata mendokan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga reda atas diugaan yang diberikan oleh Allah ini.