Nasihat Aidid Marcello Kepada Suami Isteri, Selagi Ada Kudrat Ke Sana Sini… Curilah Masa Terbaik Untuk Yang Tersayang

Share

Meluangkan masa yang berkualiti dengan pasangan akan mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana sunnah Nabi Muhamad SAW. Anda boleh belajar benda baru tentang pasangan, bina kekuatan bersama, dan hargai dia seadanya.

Tidak dapat dinafikan situasi masa kini menyebabkan ramai pasangan yang punya masa yang terhad untuk bersama. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian yang adakalanya menuntut pengorbanan masa. Walau bagaimanapun janganlah jadikan alasan itu sebagai kekangan untuk meluangkan masa bersama pasangan. Sisihkan sedikit masa untuk bersama pasangan agar hubungan suami isteri jadi lebih harmoni.

Seperti luahan Aidid Marcello di Intagramnya. Dia mengungkapkan tentang betapa pentingnya ‘mencuri’ masa untuk bersama pasangan. Imam kepada Norzie Pak Wan Chik ini mengakui bahawa adakalanya kesibukan dengan tugas membataskan waktu untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta.

Berikut posting di Instagram Aidid Marcello.


Kadang-kadang aku pk, penat gila kerja cari duit. Kerja utk bayar segala yg wajib bayar dan sebab nak sara family.  Kerja dan besarkan family mmg 1 tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang2 aku pk jugak, kerja rajin penat nak mati pun…dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga utk yang tersayang, bagi aku, xda maknanya hidup…

Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri, selagi ada kedrat utk ke sana sini… curilah masa terbaik utk yg tersayang, yg menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita!!! Harap you @norziepwc happy dengan apa yg i buat utk you, walaupun i x mampu nak bawak u cuti ke USA, balik kampung pun jadilah… mana tau maybe kita habiskan usia tua kita disini? ❤️ you!!


Untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan, anda patut ambil tahu, beri perhatian dan bantu si dia. Boleh berikan si dia hadiah sekali sekala. Tak perlu tungguh hari-hari istimewa. Satu lagi perkara bermanfaat yang anda boleh buat adalah luangkan masa bersama.

Banyak orang lupa tentang hal ini, lebih-lebih lagi kalau sudah bernikah. Tapi sebenarnya hal ini akan menguatkan kasih sayang antara suami isteri. Masa ini boleh digunakan untuk lupakan segala tekanan dan fokus pada hubungan anda.

Carilah ‘peluang’ untuk luangkan masa dengan pasangan. Kalau ada anak kecil, tinggalkan mereka seketika dengan orang lain, mungkin pengasuh atau ibu bapa. Yang penting, anda dan pasangan boleh nikmati masa berdua!

Ini ada beberapa idea untuk anda cuba:

1. Jadi pelancong di tempat sendiri – Tak kira di mana anda tinggal, mesti ada tempat unik yang anda belum terokai. Pandu kereta atau jalan kaki, masuk taman, muzium, atau cuba restoran baru. Atau cari tempat di mana pelancong selalu pergi dan lawati!

2. Buat aktiviti yang berselerak – Kalau anda pasangan yang suka makanan, cuba masak bersama. Cuba penuhkan laman rumah anda dengan beberapa pokok kecil, atau lukis sesuatu bersama kalau anda jenis yang artistik. Apa pun yang anda buat, ketawa dan berseronoklah bersama.

3. Cuba aktiviti baru – ice skating, roller blading, naik roller coaster, wall climbing atau daki bukit bersama. Cuba aktiviti yang mencabar untuk dalamkan kepercayaan antara satu sama lain.

4. Rancang hari untuk perut – Lawat 4 jenis restoran / kafe yang berbeza. Mulakan dengan teh di kafe kecil, berhenti di kedai bakeri untuk cari pembuka selera, ambil makanan berat di restoran dan cari pencuci mulut di kafe yang lain. Mungkin kosnya sedikit tinggi, tapi boleh cuba sekali sekala untuk cipta kelainan.

5. Pek makanan dan pergi ke tempat yang cantik untuk berkelah – Tak kira di mana anda tinggal, pasti ada tempat yang cantik di sekitar anda. Anda boleh berkelah sambil lihat matahari terbenam di tepi pantai, makan tengahari dengan tenang di tepi dusun, atau habiskan masa sepetang di dalam taman.

Sumber: @aididmarcello

Published by
wan erni