Neelofa Nikah Esok! Ustaz Don Titip Pesanan Pada PU Riz Agar Jaga Perhiasan Dunia Baik Yang Allah Bagi

Share

Perkahwinan merupakan penyatuan dua jiwa yang mulia di dalam Islam. Mendirikan rumahtangga sangat dituntut sehinggakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukanlah ia daripada umatku. Antara sunnah ini termasuklah perkahwinan.

Dalam pada sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ternyata majlis pernikahan antara selebriti terkenal Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail antara yang dinantikan oleh sebahagian besar peminatnya.

Jika sebelum ini timbul desus desus akan tarikh sebenar pernikahan kedua pasangan ini, keduanya sepakat memilih 27 Mac 2021 bersamaan hari Sabtu (esok) sebagai penyatuan cinta dua jiwa.

Tidak memilih Hotel St Regis seperti desas desus di media sosial, sebaliknya pasangan ini memilih sebuah hotel lima bintang yang terletak Jalan Pinang untuk majlis esok. Malah majlis ini adalah acara tertutup yang bakal dihadiri oleh saudara mara kedua belah pihak. Berbeza usia 7 tahun iaitu PU Riz berusia 25 tahun dan Neelofa 32 tahun, semoga keduanya berbahagia hingga akhirat.

Dalam pada itu, pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di dalam perkongsian di IGnya turut menitipkan sedikit pesanan buat PU Riz dan juga Neelofa.

Dalam perkongsian di IGnya, ddaniyalbiyajid, Ustaz Don menulis doa agar Neelofa menjadi isteri solehah.

“Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yang Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.

Untuk @nabilzira my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah. Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yang banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.

Untuk @neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada PU Riz jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.

Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Ria, tulisnya.

Published by
almaswa Haji Che Ros