Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka. Hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan, Abu Hudzaifah dari bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi.
Dari perkongsiannya, doktor ini menulis, “Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.
Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jazakallahu khairan katsira.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nelydia Mohon Maaf, Akui Masih Baru Berhijrah. ‘Doakan Saya, Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab”
Isi Kandungan
ToggleNelydia mohon maaf, akui masih baru berhijrah. “Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab.’ Itulah luahan hati Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan seterusnya memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Benarlah hati manusia berubah-rubah, begitu juga dengan figura ini. Dirinya juga tak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidupnya seperti orang lain. Manusia mana yang sempurna, begitu juga dia.
Artikel Berkaitan: Hijrah Kerana Cinta Kepada Allah SWT & Rasul
Nelydia Mohon Maaf
Dalam masa yang sama, Nelydia akui bukan sesuatu yang mudah untuk terus kekal istiqamah berhijab selama ini.
Nelydia dan suami yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji turut berasa kecewa apabila dirinya tidak konsisten dalam pemakaian hijab.
“Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri.
Akui Masih Baru BerHijrah
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri,” ujarnya.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nelydia juga akui sebagai insan biasa dia turut mempunyai kelemahan diri.
“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
Baca Juga Di Sini:
Syukur Alhamdulillah, Isteri Mark Adam Kekal Berhijab Selepas Pulang Tunai Umrah
Doakan Saya, Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Sumber : myMetro, Instagram Nelydia Senrose
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Gamis Putih Labuh Serba Sederhana, Pakaian Kegemaran Rasulullah
Pakaian adalah satu keperluan asas utama dalam hidup kita. Baik lelaki mahupun wanita, keutamaan berpakaian dalam Islam ialah ia harus lah menutup aurat, sopan, kemas dan tidak mengundang fitnah.
Kriteria ini sangat penting dipatuhi bagi mendapat redha Allah. Apabila Allah redha, maka hidup kita dinaungi keberkatan berpanjangan dan membawa ke syurga.
Cara berpakaian Rasulullah SAW adalah contoh paling tepat untuk kita dapatkan redha Allah. Penggayaan serba sederhana, sekadar cukup untuk keperluan sudah memadai bagi Baginda.
Apa yang Rasulullah SAW pakai adalah sama dengan apa yang dipakai orang lain sekelilingnya. Tiada perbezaan darjat dan kedudukan.
Tidak perlu bermewah-mewahan lantaran itu akan mengundang fitnah malah akan menarik kita kepada sifat riak, sombong dan bermegah dengan kemewahan berpakaian yang mana banyak kita lihat hari ini. Hentikanlah segera.
Tahukah anda bahawa, insan hebat dan kesayangan kita ini tidak mempunyai banyak pakaian pun selama hayatnya.
Banyak pakaian yang ada adalah daripada pemberian atau hadiah daripada orang lain. Semuanya sederhana lantaran Baginda juga tidak suka bermewah-mewahan.
Untuk panduan para kaum adam, Rasulullah SAW sebagaimana kita juga mempunyai pakaian kegemaran.
Baginda amat gemar memakai gamis. Ia adalah baju labuh sehingga ke betis seakan kurta yang berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan dan berkolar.
Konsep ini harus dijadikan inspirasi oleh kaum adam asal sahaja tidak melebihi buku lali. Pemakaian gamis seperti ini sesungguhnya satu turutan sunnah yang terpuji. Dengan sedikit sentuhan pada perincian, ia boleh kelihatan kontemporari.
Diriwayatkan oleh Asma binti Yazid: “(Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w hingga pergelangan lengan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Nasa’i & Abu Dawud)
Manakala, hadis yang diriwayat oleh Ummu Salamah r.a menyebutkan:
“Antara pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah kurta iaitu jenis baju labuh.” (HR Abu Dawud)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga memiliki baju burdah Yamani yang panjangnya enam hasta dan lebar tiga hasta dan satu jengkal.
Terdapat riwayat dari Anas bin Malik juga mengatakan: “Pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah kain Hibarah.” Kain Hibarah ialah kain kapas berasal dari Yaman.
Samurah bin Jundab meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih. Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian. Dan hendaklah kalian mengkafankan orang-orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih.” (HR oleh at-Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Abu Dawud, Baihaqi & Hakim)
Ternyata Baginda mempunyai keperibadian tinggi, memakai apa sahaja yang ada, mudah didapati malah Baginda juga menjahit sendiri jubahnya yang koyak berikutan Baginda akan memakain pakaian yang sama sekerap yang boleh. Oleh itu, tidak perlu lah kita berlebih-lebihan dalam berpakaian.
Artikel berkaitan: Sah Hukumnya Ambil Wuduk Tanpa Pakaian, Tapi Lebih Baik Menutup Aurat
Artikel berkaitan: Hukum Lelaki Pakai Baju Sukan Ketat Buat Wanita Terpesona!
Kashoorga: Bagaimana dengan kita? Sebaiknya cukuplah sekadar mengikut apa yang diamalkan Rasulullah terutamanya tiada pembaziran dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.
Cuba lihat dalam almari pakaian. Jika ada yang masih elok dan tidak lama dipakai, baik sahaja didermakan kepada orang lain.Takut-takut kita akan menjadi sahabat syaitan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Bertudung, Nampak Sopan. Moga Jadi Keluarga Sakinah & Mawaddah” – Netizen Doakan Zarina & Suami Bahagia Till Jannah
Isi Kandungan
ToggleSebelum ini ramai yang terkejut apabila mengetahui pelaron kontroversi Zarina Anjoulie berkahwin lagi sekali setelah sebelum itu gagal dalam perkahwinan terdahulu.
Apa yang menarik perhatian apabila keluarga mentua Zarina atau mesra dipanggil Anjou dilihat sangat Islamik tetapi boleh menerima dirinya sebagai menantu mereka.
Artikel Berkaitan: “Family Mentua Anjou Walau Islamic, Tapi Open Minded” – Netizen Doakan Perkahwinan Zarina Bahagia Till Jannah
Dan Sabtu lalu Anjou dilihat selamat melangsungan majlis resepsi di Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis berlangsung penuh meriah pada hari raya kedua Aidiladha ini dengan kehadiran sahabat handai serta ahli keluarga.
Apa yang menjadi perhatian penampilan Anjou dillat sangat cantik dan santun mengenakan busan Merah Jambu sebagai warna pilihan untuk majlis berkenaan.
Artikel Berkaitan: “Sebelum Kahwin, Nak Tahu Dia Baik Atau Tak, Bukan Tengok Pada Janjinya. Tapi Pada Solat Dia”
Terpancar seri kegembiraan apabila dilihat bergambar bersama ahli keluarganya dan keluarga mentua di majlis perkahwinannya ini.
Memilih untuk bertudung, Anjou dipuji warganet apabila berkongsi kegembiraannya di laman sosial Instagram.
Ramai yang memuji penampilan Anjou yang dilihat sangat cantik bertudung dan kelihatan sopan. Rata-rata mendoakan jodoh keduanya kekal hingga ke syurga.
Bahagia till jannah
mustikaleeabdullah Berserinya anju.. Suka tengok… Semoga bahagia hingga ke jannah ya anju.. Aaminnnn
marinayahya1 Alhamdulilah. Semuga bahagia hingga ke jannah..you look so beautiful
riyazullina Cntik nya anju…selamat pengantin baru anju n yas…semoga berbahagia ke jannah…
Cantiknya bertudung
aimasyahirah Cantiknyaaa bertudung nampak sopan sgt sepadan berdua. Semoga kekal hingga syurga
tgzhariff Cantiknya Kak Anju !! Hensem Bro Yas !! Semoga Kak Anju kekal jadi isteri solehah dan Bro Yas kekal jadi pemimpin keluarga yang hebat !!
Moga dikurniakan anak comel
anadianadanish Tahniah anju dan yas.. Moga berkekalan hingga ke jannah, menjadi keluarga sakinah dan mawaddah dan dikurniakan anak2 yg comel..
syeera_ain Untung anju.. Dikelilingi family yg menerima baik kita mcmana dan baik baik…alhamdulillah dan tahniah for u.
Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Isteri Malang Buka Aib Suami, Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Dosa Suami Pemalas” – Pesan Ustazah Asma Harun
Kredit Foto: Instagram Zarina
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI