
Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka. Hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan, Abu Hudzaifah dari bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi.
Dari perkongsiannya, doktor ini menulis, “Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.
Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jazakallahu khairan katsira.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Suka Bersedekah, Anak Yang Taat & Penyayang.’ Kematian Pelumba Drag Kehilangan Besar Buat Keluarga

Isi Kandungan
Toggle‘Suka bersedekah, anak yang taat dan penyayang.’ Kematian pelumba drag kehilangan besar buat keluarga. Malah turut dirasai kenalan terdekat.
Anak yang baik dan taat tentu saja membuatkan kedua ibu, bapa terasa berat untuk menerima takdir ini. Namun sebagai hamba-Nya, seharusnya kita redha dengan setiap Ketentuan Allah SWT.
Artikel Berkaitan:
Hajat Pelumba Cub Prix Mohd Hafiz Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Tidak Kesampaian
Suka Bersedekah
Pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi, 22, disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.
Menurut kakak allahyarham, Noor Amalia, 27, sikap berkeras Muhammad Hattem yang bersungguh-sungguh mahu memberikan memberi wang tunai RM1,500 kepadanya untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya dan ibu, Munirah Ahmad, 58 pada Julai lalu antara kenangan terakhir bersama adik bongsunya itu.
Di samping itu, jelas Noor Amalia, pada 26 Ogos lalu, Allahyarham mahu membelikan hadiah sempena hari lahir ibu mereka pada 20 Julai dan hari lahirnya pada 13 Julai lalu.

Anak Yang Taat & Penyayang
“Tarikh lahir kami bertiga kebetulan jatuh pada bulan Julai dan tarikh lahir Hattem pada 22 Julai. Dia kata ambil lah (duit) nanti aku tidak sempat bagi.
“Saya tidak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Malah tambahnya lagi, pada awalnya Allahyarham mahu membuat kejutan untuk membeli cincin emas kepada ibu dan dirinya namun gagal selepas pekerja kedai emas menghubunginya bagi mendapatkan saiz cincin.
Kematian Pelumba Drag
“Dia kalau keluar jumpa kawan-kawan bawa mama. Sesetengah orang malu nak lepak dengan kawan bawa ibu tapi dia tidak. Sebab itu semua kawan-kawan arwah kenal mama,” ujarnya.
Terdahulu, jenazah pelumba drag itu yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Star, Kedah.
Pemergian pelumba yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.
Difahamkan, kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di sini sejauh 250 meter.
Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang pada jam 12 tengah hari pada Selasa.

Kehilangan Besar Buat Keluarga
Menurut Noor Amalia, dia paling rapat dengan Allahyarham dan kehilangannya secara tiba-tiba sangat memberikan kesan, namun dia reda dengan apa yang berlaku.
“Arwah juga seorang yang tidak pernah melawan cakap ibu ayah mahupun abang dan kakak-kakaknya. Bila kita marah dia memang akan diam. Memang kami rasa bagaikan mimpi dan terasa dengan kehilangannya.

“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah kerana sebelum ini sentiasa bersamanya. Dia sering menangis apabila melihat gambar Hateem yang dipanggil ‘Achu’,” ujarnya lagi.
Artikel Berkaitan:
Kashoorga: Semoga keluarga ini kuat berdepan dengan kehilangan ini.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sembahyang Jenazah Sampai 5 Kali, Kematian Pendakwah Ini Dalam Husnul Khatimah & Ketika Tidur Mengejutkan Jemaah

Isi Kandungan
ToggleSoal rezeki, jodoh dan ajal maut itu tiada siapa yang tahu dan ia menjadi urusan Allah. Hanya Dia yang tahu bila nyawa akan diambil atau jodoh kita dengan siapa.
Semalam tular di laman sosial menceritakan bagaimana seorang pendakwah yang meninggal dunia ketika dalam keadaan beribadat di sebuah masjid.
Kematian pendakwah yang baru berusia 44 tahun ini dan berasal dari Kota Tinggi
Johor disedari oleh salah seorang sahabatnya yang cuba mengejutkan dia dari tidur.

Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Facebook menggunakan akaun nama Afwan Azwan ini jadi tular hingga mendapat lebih 2 ribu butang share dari warga net.
-KEMATIAN YANG DICEMBURUI-
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn.
Allah maha kuasa Makhluk tiada Kuasa.
Seorang sahabat yang pastiku rindui pemergiannya.. Beliau ialah abang mad zaidi bin loso 44tahun, seorang ahbab, amla’, karkun dakwah..berasal dari kota tinggi johor, pernah menetap buat usaha agama dimentakab pahang dan berpindah ke klang, selangor untuk berkhidmat dimadrasah, beliau banyak memberi serta mengorbankan diri harta dan masa untuk kerja agama..senang cerita Dakwah dijadikan kerja rutin hariannya.
Sunnah Nabi saw sentiasa kelihatan dibadannya.Sesiapa yang melihat beliau, akan ingat akhirat,,, berbual-bual dan sembang dengan beliau in sha Allah iman naik.
Kita jadi ingat mati selalu,, mantapkan
Kronologi kematian yang dicemburui oleh orang awam dan karkun tempatan.
Pada hari sabtu 14 sept, satu jemaah dari halqah rantau panjang klang telah dibentuk untuk khuruj 3hari dibukit kapar. Dan arwah abang zaidi diputus menjadi amir sab/ketua jemaah untuk membawa jemaah keluar 3hari belajar mengislah diri. Antara amalan kegemaran arwah ialah khidmat untuk jemaah(khidmat taam/masak).Pada hari pertama beliau mengambil bahagian khidmat dan juga pada hari ketiga. Arwah orang yang paling senang bergaul dengan semua orang, muamalat sesama manusia pun cantik, tak suka cakap benda merapu.
Beriktikaf di masjid
Ringkas cerita, pada hari ketiga 16 sept malam selepas waktu isyak. jemaah di berikan bayan tangguh/wapsi dan selepas itu ahli jemaah ada yang tangguh untuk pulang ke rumah masing-masing. Akan tetapi beliau dengan beberapa orang lagi rakan tidak pulang ke rumah kerana pada kebiasaannya, beliau akan mencukupkan 72jam untuk 3hari. Ada yang bergurau, esok tak kerja ke? Jawab beliau inilah kerja saya(dakwah) Maka beliau pun sambung beriktikaf dimasjid..

Mengejutkan untuk solat, tapi tak bangun
Selalunya beliau akan balik keesokan hari lepas solat sunnat dhuha.. Tetapi Pada keesokan harinya pada 17 sept sebelum subuh apabila salah seorang dari rakan beliau yang beriktikaf bersama iaitu cikgu hanif mengejutkan arwah dari tidur, cikgu hanif dah mula hairan beliau masih tidak bangun.sedangkan beliau biasanya antara orang terawal bangun untuk menghidupkan 2/3malam dengan bertahjud, mmbaca quran, dan berzikir.
Rupanya sudah meninggal dunia
selepas solat subuh,cikgu hanif dan jemaah surau menelifon ambulan dan apabila pegawai perubatan sampai dan cek mereka telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Allahu..
Cemburukan arwah kerana meninggal dunia dalam masjid, sedang beriktikaf..
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn..
Antara sebab kami kagum dan cemburu kerana,meninggal dunia baru balik dari khuruj, dalam masjid, sedang beriktikaf, tidur dengan cara sunnah, disisinya ada kayu sugi yang diletakkan didalam lota(sejenis teko untuk ambil wuduk) sebekas dadih buah kurma. Kain yang dipakai untuk tidur diikat tengahnya.. Alhamdulillah polis pun Allah lembutkan hatinya( asbab abang muaz) untuk keluarkan permit kubur.

Ketika urus jenazah hujan turun dengan lebatnya
Kalau tak posmoterm.. Kita yakin, ini ada amalan beliau yang Allah suka, Ketika menguruskan jenazahnya pula Allah bagi mudah,lepas itu hujan turun dengan lebatnya. Sementara menunggu anak kedua beliau tiba,seorang hafidz quran yang melanjutkan pelajaran ‘alim di yala, thailand. Iaitu uqashah.
Ramai datang solat jenazah hingga lakukan sebanyak 5 kali
Ramai Dari kalangan sahabat, kenalan, rakan, anak tahfidz dari muqwa yang turut hadir untuk menyembahyangkannya sehingga 5kali saya kira, Mula-mula lepas selesai dikafankan, kemudian lepas solat fardhu zohor dua kali, selepas asar dua kali.. Ma sha Allah ramai solatkan arwah.. Bila anak arwah tiba, barulah dikebumikan..


Bacaan talkin tanpa teks cukup menyentuh hati
Suasana dikubur begitu sebak, ustaz yang memberikan peringatan talqin tanpa teks menyentuh hati setiap pendengar dengan menceritakan amalan kebaikan arwah antaranya menjaga solat fardhu secara berjemaah,rajin berpuasa dan melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan banyak lagi tak mampu ku tulis, jika diingat, memang abang zaidi seorang yang sangat cool..
Orangnya tenang & pendakwah tegar
Orang tenang mengharungi ujian sebagai seorang pencinta Sunnah Nabi saw dan pendakwah tegar.tiap bulan 3hari,40hari/4bulan setiap tahun sama ada dalam negeri, atau luar negeri.. Ma sha Allah,rumahnya memang sentiasa terbuka untuk jemaah masturat walaupun pada 1syawal.

Arwah abang zaidi meninggalkan dunia yang fana’ ini seorang ahlia/isteri,
3orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
19tahun hafidzah quran.
17tahun Alhafidz kearah ‘alim.
12tahun taksilap sedang belajar dimadrasah.
2tahun sikecil zainab.
Moga Allah sayangkan kita sentiasa, dan pilih kita, seluruh zuriat keluarga kita dan ummat Nabi saw dalam kerja-kerja agama islam yang mulia ini.
Kutitipkan doa kepadamu wahai abang mad zaidi bin loso.
Ya Allah, ampuni untuknya, rahmatinya, maafkannya.. Tempatkan beliau ditaman-taman syurga.
محمد أزوان أمبوق ڤيروق
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Datuk Alha Alfa Hadiahkan Kereta Pertama Kesayangannya, Doakan Perniagaan Keluarga Penerima Dimurahkan Rezeki

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).
Antara fadilat dan kelebihan bersedekah ada disebut dalam surah al-Baqarah ayat 265.
Firman Allah SWT:-
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 265).
Dari satu perkongsian dari jurusolek profesional yang juga usahawan Datuk Alha Alfa di instagramnya @alhaalfa, berkongsi momen dirinya melepaskan kereta kesayangan pertamanya iaitu Perodua Alza untuk diberikan kepada sebuah keluarga yang memerlukanny untuk keperluan perniagaan mereka.
Datuk Alha turut berkongsi momen “manis” bersama Perodua Alzanya termasuk ia dibeli untuk membahagiakan keluarga yang hidup dalam kesusahan ketika itu.
Hari ini, alhamdulillah asbab rezeki, ini kereta pertama saya. Habis saja belajar, pergi ke kedai kereta nak beli kereta yang zero downpayment.

“Sebabnya tak ada slip gaji. Ayah pun kerja gaji RM500 ketika itu. Sebulan nak bayar Alza ini RM700 juga. Mula-mula tak lepas. Lepas tu, ayah cakap “cuba bawak surat-surat khabar ada muka engkau tu. Majalah ke.
“Nanti ayah cuba cakapkan dekat tukang jual tu. Mana tahu dia percaya. Dia tolong kita? Saya pun carilah ada sikit-sikit keluar paper. Nak beri tahu saya berkecimpung dalam duni makeup ini boleh buat duit. Walau charge make up time tu RM350 je tapi gigih sebab family kereta time tu buruk. Kalau dapat Alza ini memang happylah. Syukur alhamdulillah, dijumpakan dengan orang yang baik, dia bantu. Dia kata, “janji tau boleb bayar bulan-bulan”. Alhamdulillah tak pernah tak bayar walau pun pernah je tak cukup duit nak bayar. Ikat perut kaw-kaw.
Hadiah pada keluarga lain dan doakan perniaagaan mereka berjaya
Hari ini, Jumaat 4 Februari ini, saya hadiahkan kereta kesayangn saya ni kepada sebuah keluarga ni. Semoga kereta ni asbab rezeki mereka sekeluarga juga bertambah. Insya Allah Aamiin. Jauh nak jalan kereta ini. Hehehe, jaga baik-baik dan itu bukti kerja keras saya. Saya doakan semoga diperluaskan lebih dan lebih lagi. Semoga perniagaan family ini juga bertambah maju. Aamiin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI