Nelydia mohon maaf, akui masih baru berhijrah. “Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab.’ Itulah luahan hati Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan seterusnya memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Benarlah hati manusia berubah-rubah, begitu juga dengan figura ini. Dirinya juga tak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidupnya seperti orang lain. Manusia mana yang sempurna, begitu juga dia.
Artikel Berkaitan: Hijrah Kerana Cinta Kepada Allah SWT & Rasul
Dalam masa yang sama, Nelydia akui bukan sesuatu yang mudah untuk terus kekal istiqamah berhijab selama ini.
Nelydia dan suami yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji turut berasa kecewa apabila dirinya tidak konsisten dalam pemakaian hijab.
“Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri.
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri,” ujarnya.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nelydia juga akui sebagai insan biasa dia turut mempunyai kelemahan diri.
“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
Baca Juga Di Sini:
Syukur Alhamdulillah, Isteri Mark Adam Kekal Berhijab Selepas Pulang Tunai Umrah
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Sumber : myMetro, Instagram Nelydia Senrose