Niat Dah Betul Tapi Cara Tak Kena. Ramai Kecam Tindakan Wanita Cuba Masuk Ke Tanah Haram Guna Visa Pelancong

Share

Di Malaysia panas dengan isu penipuan melibatkan visa Haji Furada. Kerugian dianggarkan berbelas juta dengan hampir 400 jemaah tersangkut tak dapat berangkat ke saat akhir menunaikan fardu haji.

Tak habis dengan isu ini, tindakan seorang wanita dari negara ini yang memuatkan naik hantaran meminta doa orang ramai agar dirinya dapat memasuki Tanah Haram dalam mengejar wukuf di Arafah menarik perhatian orang ramai. Katanya dirinya baru sampai ke Jeddah ketika memuat naik hantaran di fbnya dan sudah melepas satu sekatan polis.

Dalam sekatan pihak berkuasa Arab Saudi, dirinya memaklumkan mahu ke Thoif (bukan ke Makkah) sedangkan niatnya ada mengerjakan haji menggunakan visa pelancong miliknya sebelum ini.

Jelasnya semalam, dirinya perlu melepasi dua lagi sekatan pihak berkuasa sebelum dapat sampai ke Makkah.

Tindakannya ini jelas tidak disenangi ramai orang di mana ramai menganggap perbuatan itu sebagai menipu untuk dapat mengerjakan haji. Kata mereka, niat sudah betul tapi cara tak kena.

Di media sosial, ramai menyelar tindakannya dibuatnya kerana jelas ia satu perbuatan menipu.

Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu

Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara menipu. I is kennot brain.
Bila Saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa. Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena libas.

Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu. Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.

Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang. Yang bukan-bukan jer perangai.

Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah. Sumber fb:- Mohd Firdaus Jailan

Published by
almaswa Haji Che Ros