Impian Wanita Ini Duduk Dekat Nabi Muhammad Dimakbulkan. Takdirnya Meninggal Di Madinah & Dikebumikan Di Baqi’!

Share

Bagi sesiapa yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, selain untuk menyempurnakan ibadah pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia di tanah Madinah kerana mahu berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW.

Namun kita hanya merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika bukan disebabkan takdir dariNya, tidak mungkin impian untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW akan terlaksana.

Seperti perkongsian di laman Instagram PU Amin yang memberitahu impian seorang wanita yang mahu duduk berdekatan dengan Nabi Muhammad dan ternyata Allah kabulkan niatnya itu.

Almarhum Sabariah Simek yang mengikuti rombongan jemaah Simply Umrah meninggal dunia di Madinah dan jenazahnya telah disempurnakan solat jenazah oleh jemaah di Masjid Nabawi.

Menurut PU Amin, dia bersyukur kepada Allah dapat menghantar jenazah Makcik ini ke Baqi’ dan memohon agar Makcik ini agar dapat mengingati mereka dan membawa  untuk berjumpa Nabi dan dapatkan syafaat Nabi di Padang Mahsyar nanti.

Dan sebagai balasan menurut PU Amin adalah supaya Makcik ini nanti dapat memanggil  dan selamatkan mereka di Padang Mashyar.

Impian dan cita cita nya duduk dekat Nabi Muhammad Saw . Alhamdulillah Allah kabulkan . Selesai urusan dokumentasi dan proses mandi kafan dia meninggal semalam..

Hari ini semua jemaah di Masjid Nabawi telah malaksanakan Solat Jenazah makcik iaitu Al Marhumah Sabariah bt Simek ( jenazah no 15 )..

Dia adalah jemaah Simply Umrah bersama kami semua . Alhamdulillah dapat hantar dia ke baqi’..

Moga makcik ingat nama orang orang yang bantu makcik didunia ini untuk ke Baqi’ tau, moga makcik dapat bawa kami jumpa Nabi dan dapatkan Syafaat Nabi masa di Padang Mahsyar . Kami tak harapkan balasan lain , kami nak makcik panggil kami dan selamatkan kami dalam ramai ramai orang dekat Mahsyar nanti . Bantu kami Ya Makcik..

Selamat berehat Makcik . Seronok sangat dapat tinggal di baqi’ . Untung makcik . Jangan lupa kami makcik . Saya pulang ke Malaysia dulu makcik . Moga makcik gembira dan aman di sana.

“Siapa yang mati dimadinah dan dikebumikan di baqi’ , mereka ini akan utama dan layak mendapat syafaat ku” -mafhum hadis-..

Published by
Siti Zurina