Baru saja mendirikan rumahtangga dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55 perkahwinan penyanyi Dato Nora Ariffin sudah terpalit kontroversi kerana timbulnya dakwaan mereka bukan baru bernikah sebaliknya sudah dua tahun.

Bukan itu saja, wujud juga dakwaan Nora memaksa suaminya menceraikan isteri pertama serta pelbagai tuduhan lain.

Akui terkesan dengan kontroversi perkahwinan yang dibina bersama Dr Rushdi yang juga teman baik arwah suaminya sejak kecil, Datuk Nora memberikan penjelasan sekali lagi di instagramnya berkaitan tuduhan ini.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Terima kasih buat semua yang saya hormati.

IKLAN

Perkahwinan tidak boleh dipaksa- paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.

Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah.

Niat saya betul-betul kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah.

IKLAN

Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.

Sekiranya perbuatan saya salah di sisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dari-Nya.
Dan biarlah para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya. In Shaa Allah. Saya akan perbetulkan kesalahan saya.

Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, please tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.

IKLAN

Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yang tidak tepat & berasas ini??? Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan social media & FAKE ACC untuk sebarkan fitnah?

Alangkah baik kalau DM saya direct. Whats your intention? Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya.

Hak mutlak seorang suami, tidak boleh dipaksa- paksa. Saya serahkan pada Allah SWT.

Wasalam
Nora Ariffin

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI