
Pengeluaran khas one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mula diterima semalam oleh sebahagian besar individu yang memohon awal pasti memberikan berita gembira buat yang memerlukan.
Wang RM10k ini besar ertinya bagi mereka yang sangat memerlukan apatah lagi hari raya bakal menjelang tidak sampai dua minggu lagi. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan keperluan.
Dalam satu perkongsian di fb Amran X Aminudin berasal dari Tawau, Sabah, perkongsian anak bongsu yang masih bujang ini cukup mengagumkan dan mengharukan orang ramai apabila menghadiahkan RM10K tanpa mengambil sesen pun duit itu dan diserahkan bulat-bulat kepada ibu yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang tanpa limit.
Katanya, duit boleh dicari lagi dan sementelah dirinya masih bujang saat ini. Mungkin kalau sudah berkeluarga, tidak tahu keadaan saat itu.
Berikut perkongsiannya:-
KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku. Mamaku sedih. Dia cakap kenapa dikasi keluar nak. Kenapa tidak simpan jak nak di dalam KWSP.
Aku jawab, tak apalah mak. Kalau mau tunggu aku pencen pun ndak tau siapa antara kita antara mak @ aku yang jalan dulu.
Aku tau mak. Mama tua sudah. Tuaa sangat sangat. Aku tahu mama banyakkkk sakitt banyakkk sangat sangatt. Dari ubat ubatan mama pun aku tauu mama tahannn jaa dengan sakit mama. Aku takuttt mak ndak dapat bahagiakan mama. Sebab tu aku masih rasa ndak puass berbaktii sama mama.
Aku masih boleh bekerja mak. Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umurku.
Mamak rasalah sikit hasil titik peluhku selama mamak besarkan aku ni. Apalah sangat nilai 10K ni dengan pengorbanan mama lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh didikan yang baik sampai aku boleh bekerja cari duit.
Anak mama ni masih bujang lagi. Kalau anak mama ni sudah kawin mungkin masa tu anak mama ni susah suda mau berlaku adil.
Mama doakan ja aku supaya rezeki ku diperbesarkan lagi supaya aku boleh berkongsi rezeki sama keluarga dan orang lain yah.
Sayang mama Dunia Akhirat
Ikhlas dari anak bongsumu,
-Ohjenk-
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
NGO Bongkar #POLIGAMISCAM, Wujud “Orang Dalam” Palsukan Alamat & Tandatangan Isteri Tua

Isu suami berkahwin lebih dari satu sering kali menjerut hati ramai wanita khususnya di pihak isteri pertama. Walau ada perkongsian melibatkan bahagia hidup bermadu tapi lebih ramai wanita yang menderita.
Terbaru, satu pertubuhan bukan kerajaan telah berjaya membongkar sindiket pemalsuan tandatangan palsu isteri pertama bagi membolehkan suami bernikah lagi atas bantuan orang dalam jabatan agama di sebuah negeri di utara.
KASHOORGA mendapat keizinkan dari usahawan ternama, Puan Mona Din yang bersama sekumpulan rakan serta ahli profosional terdiri dari peguam syarie yang menubuhkan Ngo bagi membanterasa #poligamiscam selepas seorang rakan baiknya menjadi mangsa.
Ini kerana tanda menurunkan sebarang tandatangan, tetapi pada borang poligami itu tertera tandatangan “palsunya” yang dibuat dengan bantuan orang dalam sebuah jabatan agama di utara termasuk menukar alamat pada kad pengenalan bagi memudahkan urusan pernikahan dibuat.
Dan ternyata usaha membanterasa #poligamiscam ini membuahkan hasil apabila pertemuan bersama YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Msia / Ketua Pengarah JKSM yang mengakui wujudnya “masalah” ini.
Bacalah catatan dari Puan Mona Din dalam usaha dirinya dan sekumpulan rakan-rakan membantu wanita-wanita di Malaysia yang mungkin pernah teraniaya dalam isu poligami ini untuk sama-sama tampil ke depan.
Ini catatan dari FB Puan Mona Din.
Selepas posting terakhir Part 8 pd 9/12/20, sangat ramai yang menantikn episod 9 dan seterusnya.
Dan pada posting fb saya bertarikh 10 Disember, saya tlh maklumkan saya kini sedang bergerak di dalam satu kumpulan, sedang berjuang bersama beberapa yg lain, atas tujuan mahu menumpaskan #poligamiscam ini.
Maka pada hari ini, Selasa 22/12/20, telah mencatat sejarah LANGKAH PERTAMA BERKUMPULAN, untuk kami mara ke depan bersama demi menghapuskan #poligamiscam.
Seawal 7.40 pagi tadi, saya telah berada di hadapan bangunan Jabatan Kementerian Kehakiman Malaysia ( JKSM), sedang menunggu ketibaan 9 lagi ahli-ahli team saya yang lain. Untuk makluman semua, pihak saya telahpun membuat permohonan rasmi untuk berjumpa dgn pihak JKSM dan YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Msia / Ketua Pengarah JKSM.
Objektif Pertemuan Dengan YAA Dato Hj Naim & JKSM adalah :
1. Pihak kami ingin memperkenalkan diri ; sebagai sebuah NGO baru, menggabungkan beberapa pihak iaitu org awam seperti saya, pihak guaman sivil & syariah, profesor2 aktivis masyarakat, pensyarah undang-undnag, wakil media serta beberapa mangsa #poligamiscam ( pnikahan bpoligami secara pemalsuan dokumen dan pernyataan tidak benar secara bertulis).
2. Pihak kami memohon JKSM serta lain2 agensi terbabit, unt mbantu dan mberikn bkerjasama dlm usaha mngatasi masalah #poligamiscam yg bleluasa blaku di msia sekarang, di mana dirasakan, langkah penyelesaian terhadap masalah ini kurang diberi perhatian, dan kurang di jalankan.
3. Pihak kami mahu mengemukakan ‘aduan & lapuran’ secara rasmi tentang blakunya #poligamiscam di Malaysia, yg mana di dlm siasatan pihak kami, di dapati ada penglibatan segelintir pjawat awam di bidang agama dan kehakiman di malaysia.
4. Pihak kami ingin mngemukakn bukti2 yg telah berjaya kami kumpulkan, mngenai kmungkinan ujudnya ‘dalang’ dlm bberapa kes poligamiscam.
5. Pihak kami juga mahu bkongsi pengalaman tentang laluan2 sukar yg kami percaya sengaja di lakukan oleh pihak2 tertentu, bagi tujuan menghalang siasatan kes dari di teruskan.
6. Pihak kami ‘mnuntut’ agar pihak JKSM selaku bdn utama hal-hal pentadbiran jabatan kehakiman di msia, agar mlakukan perkara2 ‘wajar’ dalam mngatasi masalah ini.
7. Dalam usaha mnumpaskan #poligamiscam ini, pihak kami mahu mengambilkira pelan dan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak JKSM
8. Pihak kami juga mahu mmaklumkn kpd JKSM bberapa pelan tindakan kami, yg akan kami lakukn mnurut saluran undang2, bagi mbantu mngatasi masalah #poligamiscam di Malaysia terutama dalam membela hak2 wanita yg tlh teraniaya.
9. Pihak kami mrngharapkn satu jalan penyelesaian dicari dan dibuat, bagi mngatasi ‘ketidakadilan’ yg terjadi akibat #poligamiscam, yg kbyknnya tlh mbawa nasib yg buruk bukan sahaja kpd wanita, tetapi juga kpd anak2, dan akhirnya dlm kbanyakan kes di bawah penilaian kami, #poligamiscam ini tlh berupaya mhancurkn seluruh institusi keluarga.
10. Pihak kami juga memaklumkn akan bjumpa dengan lain2 badan / individu yg relevan, selain JKSM, bagi mnyuarakan semua perkara di atas.
11. Akhir sekali, pihak kami ingin mengetahui, apakah tindakan dan hasil, oleh pihak JKSM, berkenaan isu pemalsuan dokumen serta sekatan dokumen oleh pendaftar mahkamah syariah, yg telah saya viralkan di fb, sehingga mendapat tindakbalas awal press release oleh JKSM pada 8/12/20 yang berjanji untuk mnyiasat kes viral tersebut.
.
Alhamdulillah, tepat jam 8.30 pagi tadi, seramai 10 orang dr team saya, dan 5 dari pihak JKSM yang di ketuai oleh YAA Dato' Dr. Setia Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM bersama YA Tuan Haji Nassir Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, memulakan meeting bsama kami secara rasmi.
Alhamdulillah, pertemuan bdepan buat pertamakali, beliau yg sbelum ini,
tidak pernah saya dengar namanya, takpernah saya kenal raut wajahnya, tak pernah saya dengar suaranya, tapi hanya pabila tulisan fb saya viral dan pihaknya JKSM btindak bersuara, barulah saya mula mngenali siapa dirinya…Dan for the first time bermesyuarat bersamanya, amati dgn penuh khusyuk setiap bait kata yg keluar dr mulut sesusuk tubuh itu, seorang pemimpin ttinggi badan kehakiman syariah Malaysia, betapa kata2nya konsisten dgn tonasi suara yg rendah, tetapi penuh tegas, penuh tersusun, penuh bhemah, penuh ilmu, penuh fakta, penuh positif, penuh bersulam ayat2 Quran & Hadis.
Sungguh, mungkin ini kali pertama dlm hidup, saya bertemu dan mnyaksikan, sesaorang yg di dlm seluruh bicaranya, lebih separuh dr perkataan2 yg dituturkn,
adalah dengan memetik ayat2 Quran & Hadis serta terjemahannya. Lebih dr separuh ! MashaAllah.
Dan di dlm kes viral saya, ini kata2 & keputusan Dato Naim mewakili pihak JKSM :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]
Alhamdulillah, di seluruh ptemuan itu, Dato Naim bagi pihak JKSM telah bberapa kali mngucapkn tkasih kpd saya & team, di atas pjuangan ikhlas fardhu kifayah kami ini, dan beliau secara tbuka mnyatakan sokongan, dan mahu bkerjasama sepenuhnya, mngikut peraturan Allah, negara & moral, bagi bsama2 mbendung dan menghentikan #poligamiscam, yg sedang berleluasa di Msia.
Dan di akhir penutup majlis, sepertimana yg kami pinta di Objektif No 11,
Dato Naim telah meminta seorang pegawai JKSM untuk membentangkan secara terbuka dan terperinci, fail lapuran berbelas mukasurat, hasil siasatan oleh JKSM terhadap tulisan viral fb saya.
Rupa2nya pihak JKSM telah menghantar 2 officer untuk ke utara, bertemu & mngambil keterangan terus dr mangsa ( kawan saya ) & anaknya, serta mnyiasat setiap 7 pertuduhan yang telah saya tulis di Part 2 fb saya. Terlopong saya & team mendengar cara mereka turun padang mnyiasat, betapa bersungguh2 mereka menjadi detektif demi mencari bukti, bertemu bual orang ramai, masuk kampung keluar kampung dan akhirnya hasil siasatan diperolehi, apa yang saya tulis ternyata benar, alamat-alamat pemastautin dan alamat IC baru yang ditukar, adalah palsu.
Siasatan mereka juga, berjaya menemukan 2 individu yang dipercayai menjadi penggerak utama di dlm kerja memalsukn alamat yang diguna.
Sedih saya pabila mengetahui, salah seorang darinya mpunyai ptalian darah paling rapat, dgn bekas suami rakan saya. Dan satu perkara yang paling mbuat saya sgt terharu, juga bsyukur, di mesyuarat pagi tadi, saya akhirnya menerima serahan secara rasmi, sbg tuan fb yg mviralkn kisah ini, juga sbg wakil sahabat saya yg nun jauh di utara,
apabila Dato Naim sendiri yg mnyerahkn envelope putih btulis Urusan Seri Paduka Baginda, yang di dalamnya mengandungi ‘Dokumen Misteri’ yang saya tulis dalam Part 5,
yg cuba di halang beri oleh pendaftar mahkamah syariah tempohari.Akhirnya…!
Tkasih kpd Dato Naim & JKSM, Dokumen itu akhirnya telah berjaya diperolehi.
Alhamdulillah. Dan petang tadi, sebaik tiba di rumah, saya screenshot dah hantarkn kpd sahabat saya, untuk beliau mlihat sendiri dlm dokumen tersebut, ‘tandatangan nya’ yg tidak pernah dia tandatangani..!
Dan seperti yg telah dijangka,
TANDATANGAN TERSEBUT BUKAN OLEHNYA.
TANDATANGAN TERSEBUT ADALAH PALSU !!!
Begitulah berakhir peristiwa hari ini. Peristiwa yg sangat bermakna dan manis sekali, sebagai permulaan langkah sebuah perjuangan team saya, untuk membela nasib wanita2 teraniaya oleh #poligamiscam.
Sesungguhnya bak kata Dato Naim ; Perjuangan ini baru bermula.
Perjuangan ini masih jauh likunya. Kita tidak tahu akn berjaya atau tewaskah kita dlm menghadapi mereka-mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi perbuatan mereka. Namun kata Dato Naim, sesungguhnya Allah itu ada. Dan Allah bukan hanya menilai hasilnya, tetapi Allah akan mnilai setiap niat dan setiap usaha yang kita lakukan, dalam mcegah perkara yang mungkar.
Semoga redha dan izin Allah mngiringi perjuangan kami. Semoga doa sahabat2 semua mengiringi perjuangan ini. Tkasih kpd seluruh team saya, kita bjuang & bsahabat kerana Allah. Betapa sangat pelik, Allah temukan dan cantumkan hati-hati kita, untuk sama2 berjuang, walhal setiap kita, sebelum ini tidak pernah kenal one another..,!
Betapa Allah lah Yang Mengaturnya. Pasti ada sebab mengapa kita yg di pilihNya, hanya Dia Yang Maha Tahu..Tkasih dr hati saya, buat Dato Hj Naim & JKSM,
buat rakan2 pejuang aktivis masyarakat, kepada mangsa2 yg mpercayai kami, juga buat Tuan Muhamad Akmal Arif bin Shamsul Kahar (Akmal SK) daripada Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co.dan Tuan Ahmad Shaher bin Mohd Fuad daripada Zahid Ahmad & Associates. yang sanggup teguh berdiri bersama2, membantu kami pejuang2 wanita..
InshaAllah, mari teruskan perjuangan, kita benteras #poligamiscam, kita pastikan yang bersalah dan bersubahah menerima hukumannya.
#hapuskanpoligamiscam
#justiceformalaysianmuslimwomen
Sumber / gambar : PUAN MONA DIN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dah Buat Sumpah Laknat Tapi Mahu Batalkan

Isi Kandungan
ToggleSoalan
Seorang suami telah curang dan terlanjur dengan teman wanitanya dan perkara itu diketahui oleh isteri. Suami kemudian dipaksa membuat sumpah laknat (memegang al-Quran) dengan mengatakan dia tidak akan bersama (bersetubuh) dengan teman wanita tersebut. Sekiranya dia melakukannya dia akan mati disambar petir.
Akan tetapi suami tetap mahu bernikah dan bertanggungjawab atas ketelanjurannya. Bolehkah dia membatalkan sumpah laknat tersebut?
Jawapan
Suatu sumpah dianggap sah sekiranya menggunakan nama Allah SWT atau salah satu daripada sifat-sifatnya.
Begitu juga sah suatu sumpah itu dengan menggunakan al-Quran, seperti berkata: “Aku bersumpah dengan al-Quran tidak akan melakukan perbuatan itu”. Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni menyatakan bahawa sesungguhnya bersumpah dengan Al-Quran adalah sumpah yang sah, dan wajib membayar kaffarah jika dilanggar.
Adapun bersumpah dengan memegang al-Quran adalah untuk mengukuhkan atau menguatkan lagi kesungguhan untuk bersumpah dan ia bukan merupakan syarat sah sumpah.
Sumpah tidak boleh ditarik balik dan sekiranya sumpah itu dilanggar maka wajib baginya membayar kaffarah, iaitu dengan memilih salah satu dari 3 perkara di bawah:
1. Memberi makan 10 orang miskin, setiap orang miskin 1 cupak makanan asasi. Iaitu memberi makan bermaksud memberi milik kepadanya dan tidak memadai dengan mengundang mereka menikamati jamuan makan dan seumpamanya. Sebagai alternatif, bayaran boleh dibuat secara online kepada pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
2. Memberikan pakaian yang biasa dipakai kepada 10 orang miskin. Pakaian iaitu sesuatu yang selayaknya dipanggil pakaian. Sepakat fuqaha menyatakan tidak sah jika hanya kasut, songkok, stokin kerana dengan yang demikian tidak dikatakan sebagai berpakaian melainkan perlu berbaju.
3. Memerdekakan seorang hamba beriman, lelaki atau perempuan
Jika tidak mampu mana-mana di atas, wajib berpuasa salama 3 hari tanpa disyaratkan berturut-turut.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya syarat sah sumpah dipenuhi dan suami tersebut berkahwin dengan perempuan itu, maka dia wajib membayar kaffarah. Namun, dia tetap perlu bertaubat atas dosa zina yang dilakukan kerana ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Surah Ad-Duha, Penawar Bagi Anxiety. Sangat Lembut Cara Allah Menegur Kita HambaNya!

Tidak dinafikan, penyakit anxiety atau kemurungan semakin banyak melanda masyarakat kita tidak kira golongan muda atau tua.
Penyakit ini kian membimbangkan kerana boleh menyebabkan pesakitnya mengalami masalah gangguan mental dengan diri sendiri.
Selain mendapatkan rawatan di hospital, pesakit juga boleh menggunakan cara melalui kaedah Islam yang dibenarkan.

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kemurungan ini.
Satu perkongsian thread di laman sosial twitter seorang pengguna menggunakan nama @Awantona memberitahu Allah menegur kita secara lembut.
Ayat 1 : Wad duhaa‘Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga Allah, insya-Allah’
Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya.
– Demi waktu dhuha (ketika matahari naik setinggi galah)
Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang alami tekanan emosi atau depresi adalah: “Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam”
Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.
Ayat 2 : Wal laili iza sajaa
– Dan demi malam apabila telah sunyi
Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam.
Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.
Ayat 3 : Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’
– Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu
Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya.
Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu.
Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.
Ayat 4 : Wa lal aakhiratukhairul laka minal-oola’
– Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Apa yang bakal mendatangi mu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.
Ayat 5 : Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’
– Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati
Katakan ini pada mereka yang depresi “Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita.’
‘Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.’
‘Inilah janji Allah dan akan tertunailah sabarlah untuk sedikit masa lagi.’
Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu. Inilah firman Allah?
Artikel Berkaitan: Buat Amalan Ini, Confirm Rezeki Tak Putus-Putus Datang
Ayat 6 : Alam ya jidka yateema Fa aawaa’
– Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit?
Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?
Ayat 7 : Wa wa jadaka daal lan fahada
– Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk.
Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?
Saya tahu saya tidak solat.
Saya tidak pernah kenal agama.
Dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.
Samalah halnya dengan kamu, tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu.
Ayat 8 : Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’
– Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya.
Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.
Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah dan juga kita.
Mengingatkan kita berulang-ulang kali.
Kenapa kita harus meyakini setiap peringatanNya ini.
Janjinya itu benar.
Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.
Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.
Kemudian Allah memberikan kamu penawat untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?
Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.
Ayat 9 : Fa am mal yateema falaa taqhar’
– Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya
Ayat 10 : Wa am mas saa-ila fala tanhar’
– Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya
Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis.
Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.
Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.
Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.
Berapa ramai dari kalangan kita yg pernah tidur dlm kelaparan? Subhanallah..
Jadi Allah beritahu kita yang penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain
Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.
Artikel Berkaitan: Amalkan Zikir Fatimah Untuk Redakan Keletihan
Ayat 11 : Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith
– Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga.
Ucapkanlah:
Alhamdulillah untuk mata ini,
Alhamdulillah untuk tangan ini,
Alhamdulillah untuk mulut ini,
Alhamdulillah untuk hati ini.
Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita?
Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita.
Jika allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini. Fikirlah sedalam-dalamnya.
Semoga perkongsian kami hari ini dapat manfaat kepada korang semua. Mohon share kepada kawan-kawan yang memerlukan kekuatan. Dan moga terus kuat dalam menempuh kehidupan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI