Nisfu Syaaban menandakan masuknya pertengahan bulan yang mendekati Ramadan. Inilah bulan persediaan kita dalam membentuk diri menjadi mukmin yang lebih baik termasuk dalam menahan hawa nafsu.
Malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ini selepas adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Menurut sebuah hadis daripada Mu’az bin Jabal r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (HR Ibnu Hibban, hadis sahih)
Meski tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam ini namun alangkah eloknya pada malam ini kita menambah amal ibadah kita.
Memetik daripada perkongsian Ustazah Asma’ Harun dalam satu hantaran di media sosial beliau ada tiga amalan yang dicadangkan untuk kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban
1. Menunaikan solat sunat tasbih
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai bapa saudaraku Abbas, Aku ingin memberikan engkau sesuatu. Aku sangat mencintai engkau. Aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat yang mana jika engkau melakukannya Allah akan mengampunkan dosa engkau yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian, yang sengaja dan yang tidak sengaja serta (dosa) yang rahsia dan yang terang-terangan.
“Sepuluh sifat tersebut adalah engkau solat sebanyak 4 rakaat. Engkau baca pada setiap rakaat al Fatihah dan surah lain. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu engkau masih berdiri maka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar 15 kali kemudian engkau rukuk dan bacalah (zikir tersebut) 10 kali.
Ads
“Kemudian engkau bangkit dari rukuk dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud, bacalah 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat.
“Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat (seminggu sekali). Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu lakukanlah sekali seumur hidupmu.” (HR Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah, hadis sahih)
Maksudnya: “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56)
3.Membaca surah Yasin tiga kali
Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nabulsi, seorang mufti di Damsyik pada abad ke-16 menyebutkan di dalam kitabnya, Fadhail al-Ayyam wa asy-Syuhur, antara amalan orang-orang soleh pada malam ini adalah dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat fardhu Maghrib.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, maka lakukannya selepas Solat Isyak.
Ramai yang rindu untuk datang ke Makkah Al Mukaromah untuk bersolat di Masjidilharam dan melihat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Bahkan tidak kurang juga yang rindu solat di Masjid Nabawi yang di dalamnya terdapat makam Rasulullah SAW yang ditempatkan di dalam Raudhah.
Di saat ramai yang rindu mengerjakan umrah di bumi baroqah kerana pintu sempadan negara mula dibuka tapi nampaknya persoalan mula timbul apabila di media sosial bertebaran aksi-aksi orang Arab menari bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas di Festival Seni dan Budaya atau disebut juga Riyadh Season yang bermula Rabu lalu sehingga lima bulan akan datang iaitu berakhir pada Mac 2022 akan datang.
Pembukaan acara Riyadh Season menyaksikan puluhan ribu Bangsa Arab hadir dan menikmati muzik serta bebas bercampur lelaki perempuan
Apa yang membuatkan ramai tidak percaya, jika ianya diadakan di Eropah yang ramai penganut beragama Kristian dan sebagainya, itu tiada masalah kerana mereka sedari kecil sudah terdedah kepada pergaulan bebas hingga zina dianggap hal biasa bagi ibu bapa.
Tapi bila ia diadakan di Riyadh, Arab Saudi yang juga merupakan ibu negara bagi Kerajaan Arab Saudi, bumi yang disebut baroqah bahkan dikaitkan dengan Bangsa Arab, sudah pasti ia menimbulkan berbagai persoalan.
Namun sesuatu harus kita belajar, tidak semua bangsa Arab itu muslim sebalik faktanya, banyak sekali yang bukan Muslim, dalam pengertian tidak memeluk Islam sebagai “agama rasmi” mereka. Arab Kristian adalah kelompok non-Muslim Arab yang paling dominan sekali di negara-negara Arab itu sendiri.
Pendek kata, imam tidak dapat diwarisi dan bangsa juga bukan jaminan seorang itu ke syurga Allah. Ia terletak pada keimaman kita sendiri. Bahkan Nabi Muhammad SAW ada menyebut, tanda-tanda kecil hari kiamat itu apabila manusia terlalu leka dan bermaharajalela dengan alat muzik.
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Festival Seni dan Budaya Riyadh Season ini akan berlangsung 5 bulan hingga Mac 2022.
Info tentang Riyadh Season
1.Ia merupakan pesta Festival Seni dan Budaya dan akan berlangsung selama lima bulan di Riyadh.
2. Dianjurkan oleh General Entertainment Authority, Riyadh Season di mana sebanyak 7500 acara merangkumi muzik, seni, makanan hinggalah sukan di pesta ini.
3. Pesta ini telah bermula Rabu lalu dan akan berakhir Mac 2022. Dijangkakan hampir semua hiburan di bandar ini akan berlangsung di Musim Riyadh (Riyadh Season) dan akan disebar luaskan di media sosial.
4. Riyadh Season akan berlangsung di kawasan seluas 5.4 juta meter persegi dan diterbahagi kepada 14 zon. Ini termasuk Boulevard Riyadh City, pusat beli belah mewah di Via Riyadh, pusat budaya Khalooha, Riyadh Oasis dan banyak lagi.
5. Bagi acara muzik, sebanyak 70 konsert akan diadakan termasuk melibatkan enam artis antarabangsa. Bahkan untuk majlis pembukaan ia dimeriahkan oleh rapper Pitbull yang membuat persembahan di Boulevard Riyadh City. Bukan itu saja, Orkestra dari Mesir juga akan mengadakan persembahan di sini.
6. Bagi acara sukan, lagenda bola sepak, Lionel Messi akan tampil di acara Riyadh Season Cup yang akan berlangsung pada Januari 2022. Messi yang kini bermain untuk kelab Paris Saint Germain bakal tampil bersama Neymar dan lain-lain lagi.
7.Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, hanya individu yang lengkap dua dos dibenarkan masuk ke acara-acara pesta ini.
Kita sudah terbiasa menyebut Waalaikumussalam setiap kali kawan memaklumkan ada orang memberi salam kepada kita. Waalaikumussalam bermaksud “segala sejahtera ke atas kamu”.
Namun Waalaikumussalam ternyata bukanlah perkataan tepat cara menjawab salam yang disampaikan kepada kita sebaliknya ia perlu dijawab lain dan masa yang sama kita perlu tahu sama ada lelaki atau perempuan yang menyampaikan salam kepada kita.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @hafiiz_hussin, Ustaz ini berkongsi cara menjawab salam yang betul setiap kali orang menyampaikan salam kepada kita.
Menurut Ustaz Hafiiz, kita kena tahu siapa yang menyampaikan salam kepada kita. Lelaki atau perempuan?
Kalau lelaki, kita seharusnya menjawab”Alaika Waalaihissalam” yang bermaksud Alaika (ke atasmu (lelaki) dan Waalaihissalam (dan ke atasnya salam sejahtera).
Katanya lagi, ramai yang menjawab Waalaikumussalam setiap kali orang berkirim salam namun cara menjawab itu salah (kurang tepat).
“Mungkin ramai yang tak tahukan cara yang sebetulnya kita nak jawab salam orang yang kirim salam pada kita,” katanya menambah kalau orang yang berkirim salam itu lelaki dan yang menyampaikan salam itu juga adalah lelaki, maka cara jawabnya ialah ”Alaika Waalaihissalam”.
“Tapi kalau yang menyampaikan itu adalah perempuan maka cara jawabnya adalah “Alaiki Waalaihissalam”. Alaiki bermaksud ke atasmu (perempuan) dan Alaihassalam (dan ke atasnya perempuan salam sejahtera)
“Bezanya pada “ka” bagi lelaki dan “ki” bagi perempuan.
Seterusnya kalau yang menyampaikan salam itu juga perempuan maka kata Ustaz Hafiiz cara jawabnya ialah “Alaiki Waalaihissalam”. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah perempuan dan yang menyampaikan salam itu adalah lelaki maka cara jawabnya adalah “Alaika Waalaihassalam”.
“Jadi bezanya di sini adalah “Alaika” untuk lelaki dan “Alaiki” untuk perempuan. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah lelaki akan jadi “Alaihissalam”. Kalau perempuan akan jadi “Alaihassalam”.
Bagaimana pun jawapan Waalaikumusalam itu tidaklah salah tapi ia merujuk kepada ramai.
Kalimah Bismillah atau disebut juga Basmallah sudah tidak asing bagi kita.
"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Malah ayat Bismillah juga menjadi permulaan ayat bagi surah Al-Fatihah, ibu segala doa juga penawar segala masalah.
Malah untuk makan, minum, melangkah, memulai pekerjaan dan apa jua niat, kita digalakkan mengucapkan perkataan Bismillah ini terlebih dahulu untuk memperoleh keberkatan dalam apa juga kita lakukan.
Bismillah memiliki banyak keutamaan dan keagungan. Apa ada pada kalimah Bismillah ini? Ada empat “rezeki besar” menanti jika kita mengucapkannya.
1) Keampunan :- Dalam Kitab Qurrotul ‘Uyun karya Syekh Muhammad At-Tihamiy, Sayyidina Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:-
“Demi Allah yang Maha Agung, maka sungguh Sayyidina Abu Bakar telah menceritakan kepadaku dan beliau berkata:-
“Demi Allah yang Maha Agung maka sungguh Nabi Muhammad SAW yang terpilih telah menceritakan kepadaku dan Baginda telah berkata:-
“Demi Allah Yang Maha Agung maka sungguh Israfil telah menceritakan kepadaku bahawa Allah Ta’ala berfirman:-
“Demi keagungan-Ku, kedermawanan-Ku dan kemuliaan-ku, siapa saja yang membaca ‘Bismillahir-Rohmanir-Rohiim’ yang dihubungkan dengan pembuka Al-Fatihah sebanyak satu kali, maka saksikanlah oleh kalian bahawasanya Aku telah memberi ampunan kepadanya dan Aku menerima amal kebaikannya dan Aku hapuskan semua kesalahannya. Dan Aku tidak akan membakar lidahnya di dalam api neraka dan Aku lindungi ia dari seksa kubur, seksa neraka dan seksa Hari Kiamat. Dan ia akan menemui-Ku sebelum para Nabi dan para wali seluruhnya.”
2) Mendapat keberkatan hidup :- Ulama Yaman Al-Habib Athos Bin Hafizh pernah memberi nasihat:
“Apabila engkau mahu mengerjakan sesuatu yang baik, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu duduk, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu berdiri, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menyentuh suatu benda yang baik dan bagus, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menaiki kereta, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu memakai pakaian, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Dan semua yang berhubungan dengan kebaikan, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
Fadhilatnya, Insya Allah apa pun pekerjaan baik yang di dahului dengan membaca Bismillahir-Rohmanir-Rohiim maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatan dan Malaikat membentangkan sayapnya. Malaikat akan ampun kepada Allah untuk kita dan perbuatan ini dicatat oleh Malaikat sebagai 400 kebaikan. Setiap satu kali perbuatan baik yang didahului oleh بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ akan dicatat dengan 400 kebaikan.”
3) Dihapuskan seluruh dosa:- Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata:-
“Jikalau engkau terbiasa mengucapkan kalimat bismillah setiap kali mahu melakukan sesuatu pekerjaan, maka nanti pada hari Kiamat di saat engkau menerima amalan perbuatan selama engkau lakukan di dunia ini, maka engkau akan memulai membacanya dengan kalimat bismillah sebagaimana kebiasaanmu di dunia.
Kemudian tanpa engkau sedari, seluruh dosamu telah dihapuskan, maka engkau pun hairan dengan apa yang telah terjadi (pada hal engkau telah banyak berbuat kemaksiatan ketika di dunia).
“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya engkau telah memanggilku dengan Rahman dan Rahim (Maha Pengasih dan Maha Penyayang) maka aku hapuskan seluruh dosa-dosamu kerana sifatku yang Maha pengasih.”
4) Dimasukkan dalam golongan As-Saddiqin :- Selanjutnya, Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata, seketika itu terdengarlah seruan:
“Barang siapa memungut kertas yang bertuliskan ‘Bismillaahirrohmaanirrohiim’ dari lantai, dengan niat agar kalimat itu tidak tercemari oleh kotoran, tidak terpijjak dan dilakukan kerana mengagungkan Allah, maka Allah akan memasukkannya ke dalam golongan as- Saddiqin (para Waliallah yang selalu membenarkan Ajaran Allah) di sisi-Nya, dan kedua orang tuanya diampuni.”. Sumber : Islam Pos
Nah! Mulai hari ini jangan lupa mengucapkan perkataaan Bismillahir-Rohmanir-Rohiim dalam apa jua kita lakukan. Memang terasa rugi kerana tidak melakukannya sebelum ini tapi tiada istilah yang terlambat dalam kamus hidup kita. Moga kita semua memasuki syurga Allah di hari akhirat kelak. Ya, inilah rezeki besar kita kerana hal ini mungkin kita tidak memilikinya di dunia tapi pasti di akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak selain melindungi mereka.Tapi bagaimana pula jika suami dihukum penjara atas kesalahan...