Hangat diperkatakan sekarang tentang aktiviti cuci duit haram atau penggubalan wang haram (money laundering) Jika bukan kerana pendedahan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beberapa selebriti terkenal tanah air baru-baru ini, kita pun tak tahu.

Ramai juga kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan aktiviti penggubalan wang haram dan lanjutannya, duit dicuci bagi mengaburi mata dan ‘menghalal’kan hasil penggubalan wang haram itu.

Berilah seribu nama atau alasan pun, ini bukanlah satu hal yang dibenarkan dalam Islam. Tidak wujud istilah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ dalam Islam. Yang haram tetap haram walau bagaimana cara sekalipun usaha menghalalkannya.

No Way, Cuci Duit Haram Untuk Jadikannya Halal, Lelaki Ini Beri Penjelasan Padu
Gaya hidup mewah yang ditunjukkan secara mendadak boleh diragui sumbernya.

Artikel berkaitan: Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela

Artikel berkaitan: 13 Cara Bersihkan Harta Haram Untuk Ke Syurga

Ikuti penjelasan ringkas yang mudah kita faham aktiviti cuci duit dari aktiviti haram yang sedang hangat diperkatakan kini oleh Aliff Ahmad iii , Co-founder & Producer SCRUT menerusi entri akaun facebooknya.

Memulakan catatan, Aliff Ahmad menyatakan bahawa cuci duit adalah financial dan economics industry bawah tanah.

“Masa aku kanak-kanak, aku hairan melihat ada kedai-kedai yang orang tak masuk tapi survive dan pemiliknya hidup mewah. Survive sampai hari ini. Ada kedai aku lihat hari-hari penuh orang dan owner dia pun nampak struggle, tapi tak mewah,” nukilnya.

IKLAN

“Bila aku tanya mak aku, mak aku jawab, “Itu kedai cuci duit je”. Setelah aku dewasa, terlibat dengan real business. Ramai kawan-kawan, baru aku faham apa maksud cuci duit yang sebenar,” ujarnya

“Bagaimana cuci duit itu dilakukan. Apa menyebabkan orang cuci duit. Siapa yang cuci duit. Semua itu sudah terjawab,”

Apa itu cuci duit? Cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang dari aktiviti haram dan jenayah seperti :
1. Dadah.
2. Pelacuran.
3. Judi haram haram.
4. Scam.
5. Skim ponzi.
6. Duit rasuah dan cashout haram.
7. Ahlong.
8. Perompak.

Menjelas lanjut, ”Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja. Yang tertangkap tu, bukan semua kau dapat kutip kan? Mungkin sebahagian sahaja.

IKLAN

“Yang menjadikan ia lebih “tempting” adalah ia dijalankan secara cash. Sebab itu apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak,”

No Way, Cuci Duit Haram Untuk Jadikannya Halal, Lelaki Ini Beri Penjelasan Padu
‘Bisnes’ ini biasanya dijalankan secara tunai yang banyak.

“Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar,” tegasnya

“Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam business sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, apa diorang kisah kan untuk rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai fi,” ulasnya lebih terperinci.

Penulis turut memberi contoh terdekat, iaitu sahabat baiknya yang terpaksa berhempas pulas untuk memastikan perniagaannya berjaya. “

IKLAN

“Sahabat aku, pernah buka kedai potong halfcut. Menurut kira-kiranya, dia boleh jadi kaya dan berjaya dengan membuka kedai potong. Kononnya nak penetrate industri yang dikuasai oleh bangsa Cina.

“Dia juga dinasihati oleh kawan-kawan Cina yang buat halfcut supaya berhenti sebelum terduduk kerana game bisnes ini dikawal oleh gang cuci duit dan ia tidak bersih. Mereka boleh buang harga sampai lantai katanya. Akhirnya kedai terpaksa ditutup setelah kedai dirompak di pagi raya,”

“Dalam masa yang sama kumpulan mencuci duit ini juga boleh merosakkan eknomi rakyat dengan aktiviti membuang harga atau business macam taknak buat untung. Mereka yang nak berniaga betul-betul pun jadi pening macam mana diorang boleh bagi harga macam tu, berniaga macam tu,”

“Jadi korang jangan percaya sangat kalau tengok orang baru meniaga tiba-tiba boleh ada 21 cawangan kedai tinted, boleh sembang sales sebulan 5 juta, nak buka 100 cawangan. Korang kena letak red alert dah,”

“Dalam masa yang sama, kalau korang nak berniaga, janganlah termasuk dalam industri yang gang cuci duit ini berleluasa di dalamnya. Jangan, kau nak fight dengan orang yang bisnes tak kisah untung rugi ni memang payah. Kebarangkalian kau mampus adalah tinggi,”

Menjelas lebih lanjut, Aliff berkata, ekonomi gelap ini wujud sebab ada supply dan demand. Kalau semua daripada kita tak pinjam ahlong, tak main perempuan, tak main kuda, maka tidak akan wujudlah duit untuk nak dicuci. Ekonomi mereka akan runtuh sendiri.

Kita semua ada kesedaran dan tahu tentang aktiviti ini. Cuma bukan kerja kitalah nak siasat. Kalau boleh elak, elaklah. Apa yang boleh buat, kita boleh siasat company tu dulu dekat www.interepo.com kalau rasa macam ada yang tak kena.

Kashoorga : Tiada jalan singkat untuk kaya. Usahakan mendapat rezeki halal untuk peroleh keberkatan Allah. Tiada istilah cuci duit haram untuk menghalalkannya. Ingat, duit yang kita peroleh itu harus datang dari sumber yang halal, bukan haram atau syubhah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI