Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi kerana memiliki anak lelaki dan anak perempuan yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut Abby Abadi yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.
Ads
Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:
Hubungan keluarga yang akrab.
Menitikberatkan pendidikan agama.
Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.
Semoga terus kekal istiqamah dengan Al-Quran dan berakhlak dengannya.
Rancangan Famili Firdaus mengetengahkan selebriti yang mendidik anak-anak mereka ke arah didikan Islam yang sejati. Minggu ini Famili Firdaus menampilkan Norman Hakim dan Abby Abadi bagi berkongsi tip dan juga didikan kepada anak-anak mereka yang amat menitikberatkan soal pendidikan agama.
Nabi SAW bersabda barang siapa solat di Hijir Ismail adalah sama seolah-olah dia bersolat di dalam Kaabah sebab ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Sebenarnya di Makkah, semua tempat mustajab berdoa. Namun jika ada peluang, pergilah ke Hijir Ismail kerana ia adalah antara tempat yang paling mustajab untuk berdoa.
Ikuti catatan Bijen Mohd di laman Facebooknya tentang pengalamannya ketika di Hijr Ismail.
Makan Pizza Di Hijr Ismail
Melampau sangatkan tajuknya? Haha! Tapi inilah tip paling excited yang saya nak kongsi, berkelah di dalam Hijr Ismail. Dalam post semalam saya ada cerita yang kebiasaannya kami akan beriktikaf di masjid sampai langit dah cerah barulah kami akan meneruskan aktiviti pagi yang seterusnya.
Ada satu hari tu lepas habis tawaf sunat di Mezzanine, isteri teringin sangat nak turun bawah. Sejujurnya bila datang berkeluarga ni, seboleh mungkin saya akan elak dari bersesak-sesak di bawah. Hanya turun di dataran ketika tawaf untuk umrah saja.
Tapi pada hari tu, saya layankan saja kehendak beliau. Mengidam ibu mengandung ni bukan boleh kira. Bila dah sampai di bawah, kami pun melepak-lepak di pinggiran sambil Aisya dan Nu’man sambung makan.
Saya pula ambil peluang melewati binaan Kaabah dari dekat. Tengah dok round-round tu, nampak macam ada peluang keemasan untuk kami. Saya cepat-cepat panggil isteri dan ambil anak-anak ajak merapati Kaabah.
Waktu tu dalam jam 8.42 pagi. (Inilah pentingnya ambil gambar, ada log timestamp. Hehe!) Di Kaabah tengah buat turnaround maintenance. Biasalah! Kan sekarang Makkah dilanda belalang dan cengkerik, eh! Jadi kerja menyah binatang yang melepak di kelambu Kaabah pun dilakukan. Oleh sebab itu Hijr Ismail dikosongkan.
Mungkin masyarakat yang sedang bertawaf ketika itu masih belum arif dengan SOP pembersihan, saya tengok tak ramai yang standby di pintu masuk Hijr Ismail. Atau, mereka standby di tempat yang salah. Heh!
MENYUSUP MASUK KE DALAM HIJR ISMAIL
Berbekalkan sedikit pengalaman yang ada, saya membawa isteri dan anak-anak menyusup ke tempat standby yang sepatutnya. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan.
Bila saja kerja turnaround selesai dan pagar dibuka, saya terus memberi arahan kepada isteri untuk bergerak masuk ke dalam Hijr Ismail dan mengambil posisi bahagian kiri paling belakang. Ini posisi selamat! Berhimpit jugalah nak masuk tapi mengikut pengalaman, inilah yang paling mudah pernah saya rasai. Lalu berjayalah kami berempat berada di dalam Hijr Ismail pada pagi itu. Tak pernah disangka-sangka isteri.
Baik, sekarang apa nak buat di situ? Biasanya memang tak ada ruang nak solat pun sesampainya di situ. Relaks, tenang anak muda. Hijr Ismail tak lari ke mana. Duduk atau berdiri je di situ dulu sambil ambil nafas, berdoa, tangkap gambar atau apa-apa saja yang patut.
Percayalah, sekejap lagi adalah tu ruang untuk bersolat. Bergilir-gilirlah dengan isteri. Dah habis solat, berdoalah lama mana pun nak doa sambil jaga anak pula. Bagi chance orang lain pula nak solat.
Dah tak tahu nak buat apa (sebab susah nak keluar), makanlah pizza lebih malam tadi yang dibawa bekal dalam beg. Hahah! Slice pizza bubuh dalam resealable bag IKEA. Senang nak usung kehulu-kehilir. Ini penting supaya anak-anak tak lapar dan meragam.
JALAN MERAPATI KAABAH
Nak tak nak kena keluar juga. Jadi pandai-pandailah cari jalan keluar. Nescaya nak keluar lagi payah dari nak masuk tadi. Jalan keluar yang paling mudah sebenarnya adalah dengan merapati Kaabah dan mengesot keluar perlahan-lahan. Tapi nak rapat ke Kaabah berempat memang payah.
Cuma nak khabor bila dah berjaya keluar tu, jalan saja merapati Kaabah menuju ke rukun Yamani. InsyaAllah berpeluang besar memegang Kaabah dan seterusnya menyentuh rukun Yamani.
Selesai mengusap rukun Yamani, segeralah keluar dari arus pusingan tawaf tu untuk mengambil nyawa yang seterusnya. Tenang dan kenanglah nikmat Tuhan yang baru dicurahkan kepada kita. Jangan pula duk kalut nak try Hajarul Aswad dari situ. Sabar, ada teknik lain.
Doa ibu boleh tembus ke langit tanpa ada filter. ‘Nak anak berjaya, kena doa dari baby.’ Jadilah rutin sejak anak kecil, doakan yang baik-baik untuk anak agar mereka anak yang hebat dunia dan akhirat.
Mustajabnya doa seorang ibu kerana doanya tiada hijab dan terus tembus ke langit. Seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Ibu tidak boleh berasa lemah atau berputus asa mendoakan yang lebih baik untuk anak.
Nak anak berjaya, mahu anak sentiasa dilindungi, nak anak dapat jodoh yang baik, nak anak rajin solat, kena doa dari anak masih baby.
Doa ibu pula tembus ke langit tanpa ada filter.
Boleh Tembus Ke Langit
8 doa mustajab yang boleh dibacakan oleh ibu kepada anaknya.
1. Doa untuk mengatasi anak yang nakal.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.’ (Surah Al-Furqan : 74).
2. Doa Anak Rajin Solat
‘Ya Tuhan ku, jadikanlah aku dan anak cucu ku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenanlah doa ku.
(Surah Ibrahim : ayat 40)
Tanpa Ada Filter
3. Doa dapat keturunan yang baik
Ya Tuhan ku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.’
(Surah Ali-Imran: ayat 38)
4. Doa agar dikurniakan anak
“Ya Tuhan ku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.’
(Al- Anbiya: 89)
5. Doa agar mendapatkan anak yang soleh/solehah.
“Ya Tuhan ku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.’ (As-Saffat : 100)
6. Doa memohon anak dan keturunan yang soleh
“Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah pada ku untuk bersyukur atas nikmat mu yang telah Engkau kurniakan pada ku juga pada orang tua ku. Dan ilhamkanlah pada ku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhai dan perbaikilah keturunan ku. (Al-Ahqaf, Ayat 15)
Kena Doa Dari Baby
7. Doa anak dilembutkan hati
“Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.’ (As-Syura, Ayat 19)
8. Doa agar diberikan rahmat
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami dan Engkau adaah sebaik-baik Pemberi Rahmat. (Al-Mukminun, Ayat 109)
Sehebat mana pun kita menjaga, Allah jualah sebaik-baik penjaga.
Semoga anak-anak kita emua sentiasa dalam jagaan Allah. Amin.
Kashoorga : Berdoalah selagi mampu tanpa rasa jemu.
Adam Corrie mula dikenali sebagai guru tari atau kareografer terkenal selain terkenal memegang watak antagonis. Ramai mengenalinya dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster. Adam pernah menjadi tenaga pengajar sebagai guru tari dalam program TV Akademi Fantasia musim pertama, kedua dan keempat.
Memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dalam usia 39 tahun, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar tarian atas nasihat ustaz.
“Sebenarnya saya sudah lapan tahun tidak mengajar orang menari sebab ramai yang menghentam dan mempertikaikan status saya.
“Kata mereka, kenapa saya masih mahu menari dan terlibat dalam program hiburan lagi setelah memeluk agama Islam.
“Pun begitu, saya jelaskan kepada mereka agar saya diberikan waktu untuk belajar dan mendalami mengenai asas-asas agama Islam.
“Lama-kelamaan saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia yang dahulunya saya aktif mengajar orang menari,” ujar Adam.
Memasuki tahun ke-11 menjalani hidup sebagai saudara baharu, Adam memberitahu, kunci untuk terus konsisten dan sentiasa mengingati Tuhan adalah dengan cara menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.
“Di awal keislaman sedikit demi sedikit saya belajar ilmu fardhu ain untuk solidkan solat saya dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
“Dalam pada itu, jangan sesekali kita tinggalkan majlis ilmu dan carilah mereka yang berilmu, malahan berguru dengan mereka,” katanya.
KALAU KITA NAK JADI BAIK, KITA KENA SELALU BERKUMPUL ATAU BERJUMPA DENGAN ORANG BAIK-BAIK
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...