Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab telah memeterai kerjasama dalam membantu perusahaan kecil, sederhana melayu.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd telah diadakan hari ini bertempat di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv di sini.

Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab

Nu Ideaktiv diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).

Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Memeterai Kerjasama Dalam Membantu Perusahaan Kecil, Sederhana Melayu
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.

Memeterai Kerjasama

Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu, menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.

Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.

Ads

“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”

Dalam Membantu Perusahaan

“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.

Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.

“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”

Ads

“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.

Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Memeterai Kerjasama Dalam Membantu Perusahaan Kecil, Sederhana Melayu
Kecil, Sederhana Melayu

Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.

“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Syamil lagi.

Ads

Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Memeterai Kerjasama Dalam Membantu Perusahaan Kecil, Sederhana Melayu

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI