“OMG Sis So Pretty”, Penampilan Outfit Mizz Nina Dapat Usikan Manja Dari Suami Tersayang

Share

Siapa tidak kenal pasangan bahagia Noh Hujan dan isteri tercinta Mizz Nina. Keduanya anak seni ternama dan membina kemasyhuran dalam industri hiburan tanahair. Selepas berkahwin, keduanya memilih jalan di redhai Allah taala termasuk mengubah semua penampilan mereka sebelum termasuk cara berpakaian ke arah kebaikan

Sekali pun rumahtangga pasangan bahagia ini sudah memasuki usia 10 tahun, Noh atau nama sebenarnya Mohamad Noh bin Salleh, 36 dan isteri sentiasa redha dengan ujian Allah taala walau belum dikurniakan rezeki untuk memiliki anak dan menyerahkan kepada Allah akan rezeki tersebut.

Lebih menarik, keduanya sering menjadi idola di kalangan peminat mereka kerana keduanya sentiasa menjaga rumahtangga sebaik mungkin tanpa sebarang kontroversi dan diangkat sebagai ikonik islamik kerana sikap dan peribadi mereka sangat terpuji termasuk banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan hingga ke luar negara termasuk dalam isu Palestin dan Syria.
.
Malah Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman saat ditanya tentang kejayaan pernah dicapaikan berkata, kejayaan seseorang itu adalah akhiratnya. Kerana di situlah semua akan berkumpul sama ada menuju ke syurga Allah atau ke neraka kerana perbuatan baik dan buruk semasa hidup di dunia.

Di sebalik penampilan sentiasa menutup aurat sepenuhnya dan menjaga adab pergaulan, satu perkongsian di instagramnya baru-baru ini menarik perhatian peminat mereka kerana suaminya, Noh Hujan dilihat “seakan mengusik” penampilannya yang cukup menarik itu. Tetapi jelas Mizz Nina memang cantik dengan busana dikenakannya itu ketika keluar jalan makan-makan.

Cantik penampilan Mizz Nina.

Ketika Mizz Nina menulis “jalan-jalan makan dim sum @yunhouse.kualalumpur الحمد لله Stay safe everyone!, kongsinya.

Selepas dirinya memuat nak gambar tersebut, Noh dilihat membuat usikan manja dengan memuji penampilan isterinya itu dengan menulis, “OMG Sis So Pretty” dan ia dilihat disukai oleh ramai peminat pasangan ini.

Bahkan ada peminat turut “mengusik” Noh dengan menulis “Tahu takpe. buah hati siapa lah tu ??. Bahkan ada yang menulis, “jangan lebih-lebih, bini orang tu”.

Ternyata resepi bahagia itu terletak pada usikan manja suami isteri kerana setiap kata-kata pujian itu memberi bahagia di hati sang isteri. Jadi jangan sesekali kedekut memuji penampilan isteri dan kalau boleh lakukan setjap hari agar mereka tahu, diri mereka sangat dekat di hati suami.

Apa pun semoga rumahtangga pasangan ini kekal bahagia hingga jannah. Sumber gambar:- Instagram Mizznina dan Mohamad Noh Salleh

Published by
almaswa Haji Che Ros