Kita sering dihidangkan dengan kisah mereka mengejar kekayaan namun jelas melakukan perbuatan maksiat. Saat diberi rezeki, mereka mengatakan itu usaha mereka tanpa menyedari ianya istidraj. Bahkan sentiasa berterusan melakukan dosa dan hati bergelak ketawa seolah-olah tiada apa dirisaukan. Adakah benar orang bergelumang dosa ini hati mereka gembira atau berpura-pura di hadapan orang lain untuk menutup kekurangan yang ada.
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya pernah terbaca satu kenyataan tentang dosa itu adalah apa yang menjadikan jiwa gelisah. Namun, saya dapati ada sesetengah orang, mereka melakukan dosa tetapi hidup mereka kelihatan tenteram. Apa pandangan SS Mufti dalam hal ini? Terima kasih.
Jawapan:-
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kenyataan yang saudara baca itu adalah benar. Ia merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi SAW bersabda:-
Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.”Riwayat Muslim (2553).
Imam al-Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata: Maksud “حَاكَ فِي صَدْرك” ialah menggelisahkan hati, berasa ragu-ragu, tidak membukakan hati, terhasil perasaan syak di dalam hati, serta takut dan khuatir bahawa keadaan dirinya berdosa. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 8/343)
Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.
Riwayat Ahmad (18006)
Dalam menjawab persoalan di atas, kami mulakan dengan hadis daripada Abi Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.
Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. Riwayat al-Nasa’ie (11594)
Ini bermakna, hati mereka kelam dan bertambah gelapnya dengan sebab dosa yang berterusan sehingga jadilah sukar untuk mendapat cahaya dan petunjuk Ilahi. Akhirnya menjadi sebati dengan maksiat.
Maksudnya: Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. Surah al-Mutaffifin (14)
Ads
Ibn Kathir berkata: Bukanlah perkara seperti sangkaan mereka sehingga mereka berkata, Quran ini sebagai dongeng purbakala tetapi ia kalam Allah, wahyu yang diturunkannya kepada Rasulullah SAW.
Sesungguhnya Allah menghijabkan mereka daripada iman dek kerana hati mereka dipenuhi dengan rain. Yang mana telah bercampur pada hati mereka dengan sebab dosa dan kesalahan yang banyak. Kerana itulah firman Allah SWT: (Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.)
Perkataan rain di mana hati-hati orang kafir dipenuhi dengan dosa sedangkan ghaim pula kepada orang yang baik-baik, dan ghain pula bagi orang yang hampir dengan Tuhan. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 4/587)
Ibn al-Qayyim menyebut: “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Lihat Madarij al-Salikin, 2/292)
Seorang yang tidak taat kepada Allah SWT dan hati mereka telah menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa. Pembicaraan di sini tidak bersifat umum yang berlaku bagi setiap orang, tetapi khusus bagi mereka yang memiliki hati yang sihat dan bersih. (Lihat Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, hlm. 294-295).
Imam al-Qurtubi berkata, “Dosaialah perbuatan yang menyebabkan pelakunya layak mendapat celaan.”( Lihat Tafsîr al-Qurthubi 2/20)
Sepatutnya bagi seorang Mukmin itu, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa, maka harus bersungguh-sungguh menjauhinya.
Maksudnya: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.” Riwayat al-Tirmizi (2497)
Kami katakan, sebenarnya apa yang kita lihat bahawa mereka gembira, suka dan kadang-kadang berpesta dalam maksiat sebenarnya itu lahiriah yang dibuat-buat, tetapi hati mereka sentiasa dalam kesempitan. Inilah hakikat yang sebenar. Kami asaskan kenyataan ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Surah Taha (124)
Ibn Kathir berkata: Siapa yang berpaling dari perintah Allah dan melupai-Nya, maka kehidupannya penuh kesempitan di dunia, tiada ketenangan dan tiada kelapangan pada dadanya. Bahkan dadanya sentiasa merasa sempit dek kerana kesesatannya sekalipun nampak diberi nikmat pada zahir dengan pakaian, makanan, tempat tinggal, tetapi hatinya tetap gundah gelana. (Lihat Mukhtasar Ibn Kathir, 2/497)
Al-Sobuni berkata: Siapa yang berpaling dari perintah-Ku dan apa yang Aku turunkan kepada rasul-rasul-Ku dari Syariat dan hukum, maka balasannya hidup di dunia penuh dengan kekerasan sekalipun nampak diberi nikmat pada zahirnya. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/229)
Semoga Allah kurniakan kepada kita kelapangan dalam hidup dan ketenangan. Kami akhiri dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Dah kurus, kembali sarung seluar ketat, berkebaya.’ Siapa sangka dia pernah menangis, minta allah kurniakan haji mabrur apabila dijemput Allah ke Tanah Suci.
Benarlah manusia berubah, namun berusahalah menjadi muslimah yang menjaga auratnya. Bermula dari sedikit agar aurat terjaga.
Ternyata memang ramai wanita di luar sana kadang-kadang kembali melucutkan pakaian bila badan mula ringan, mula kurus. Jadi beringatlah!
Pertama, dicabutnya rasa malu kamu di hadapan khalayak.
Kedua, ditiupkan perasaan mahu pamerkan kecantikan diri mu, buat peragaan di tengah khalayak.
Ketiga, ditutup telinga agar kamu tidak perlu mendengar bisikan iman.
Akhirnya … dilucutnya pakaian iman agar kamu dibiarkan bertelanjang tanpa rasa segan.
Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai rakan-rakan berusia berpatah balik ke belakang.
Walhal rumahnya sudah kata pergi. Kuburnya melambai setiap hari.
Kurniakan Haji Mabrur
Allah ya Allah … lindungi kami serta zuriat keturunan kami dari mendengar bisikan syaitan yang di laknat Tuhan pencipta alam.
Mudah-mudahan kami semua serta mereka yang terlalai sempat bertaubat sebelum mati.
Terjemahan Surah Al-A’raaf. Ayat 027 bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Salah satunya adalah berpuasa sunat dan antara kelebihannya adalah diampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Jadi kita sangat digalakkkan untuk berpuasa sunat kerana kelebihannya yang sangat besar.
Share je.. walaupun tak puasa.. In shaa Allah .. esok atqu tahun depan puasa. Puasa Tarwiyah & Arafah HARI INI DAN ESOK ADALAH IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA BOLEH MENGERJAKANNYA.
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.
Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:
1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.
2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)
3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:
1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya. 2. Allah akan menambah harta. 3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya. 4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu. 5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya. 6. Allah akan memudahkan kematiannya. 7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah. 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar. 9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini. 10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.
Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arofah. Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT
Do’a Niat Puasa Tarwiyah
*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ*
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH “ Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat karena Allah ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah *ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.* NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH “ Sahaja Aku berpuasa pada hari Arofah , sunat karena Allah ta’ala.”
Selain menunaikan solat yang wajib iaitu solat fardhu lima waktu, kita juga sangat digalakkan untuk melakukan solat sunat.
Antaranya solat sunat Istikharah, sunat Hajat, solat Dhuha ataupun solat Tahajud. Selalunya solat sunat ini dilakukan untuk meminta pertolongan pada Allah sebagai pembuka jalan kepada permasalahan yang sedang dihadapi.
Ada solat yang perlu dilakukan pada waktu tengah malah, seperti solat tahajud. Solat ini dilakukan pada waktu sepertiga malam dan biasanya dilakukan pada jam 3 pagi ketika individu lain sedang tidur.
Ini kerana pada waktu seperti ini kita lebih kusyuk solatnya dan boleh memohon apa juga pertolongan kepada Allah SWT.
Walaupun solat tahajud ini sukar untuk dilakukan kerana perlu bangun tengah malam, namun jika dapat dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali, insya-Allah kita akan dapar lihat perubahannya.
Ayuh kita lhat manfaat yang akan kita dapat, jika melakukan solat tahajud ini yang dikongsi di laman sosial twitter.
1. Penghapus dosa dan mencegah berbuat dosa
“Lakukanlah qiyamulai kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah,” (HR At-Tirmidzi)
2. Tanda taqwanya terlihat di wajah
Ulama berkarisma Kota Basrah, Al Hasan Al Basri pernah ditanya, “Kenapa orang-orang yang membiasakan diri solat tahajud di malam hari mukanya bertambah cerah, berseri-seri dan berwibawa?”
Beliau menjawab, “Kerana mereka selalu bercengkerama dengan Tuhan yang Maha Penyayang dikegelapan malam, maka Dia pun memberikan kepada mereka cahaya dari cahayaNya.”
3. Melancarkan aliran darah pada tubuh
Solat tahajud biasanya dilakukan pada jam 3 pagi dan ketika itu udara di atmosfera sangat segar untuk dihirup oleh paru-paru. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang membuatkan badan rasa segar seketika dan seluruh aliran darah terasa lancar.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Gerakan takbiratul ihram yang diikuti dengan bersedekap sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar. Hal tersebut diketahui mampu melancarkan aliran udara menuju paru-paru.
5. Jaminan masuk syurga
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambung tali kasih, SOLAT MALAM saat orang terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat,” (HR Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Fikiran jauh lebih segar
Tidur adalah istirahat yang sangat baik buat tubuh badan. Tidur dapat membantu seluruh organ berehat daripada setiap tugas berat, menambah kekuatan dan otak pun kembali bekerja dengan baik.
Alasan tersebut menjadikan solat tahajud dilaksanakan setelah bangun dari tidur. Fikiran akan lebih segar dan membuatkan gerakan solat kita juga jadi lebih khusyuk.
7. Mendapat keringanan ketika dihisab di akhirat
Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa mengerjakan solat tahajud dengan sebaik-baiknya dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan: 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat,”
4 macam di kemuliaan diakhirat adalah wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di hari pembalasan nanti, akan mendapat keringanan ketika dihisab, menyeberangi titian siratul mustaqim dengan sangat cepat seperti halilintar menyambar dan catatan amalnya diberikan ditangan kanan.
8. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Secara bio-teknologi, penemuan baru menyebut bahawa solat tahajud mampu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang.
9. Solat yang paling afdal selepas 5 waktu
“Tak ada tempat berbagi ataupun mengadu yang lebih baik selain kepada Allah SWT. Solat tahajud menjadi salah satu ibadah yang paling afdal setelah solat 5 waktu sebagaimana sabda Rasulullah, “Seutama-utama solat sesudah solat fardu adalah solat sunat di waktu malam,” (HR Muslim)
Selamat beramal!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...