‘Orang yang betul-betul jaga solat, Allah uji dengan bos dan tempat kerja.’ Jika tiada pilihan, boleh buat solat jamak tamam. Tidak semua daripada kita bernasib baik dapat tempat kerja dan majikan yang baik.
Tidak semua bos memahami dan memberi izin kepada pekerjanya untuk menunaikan solat apalagi berbeza agama. Namun sikap anak muda ini harus dipuji kerana dia benar-benar menjaga solatnya.
Ikuti perkongsian Ahmad Fedtri Yahya ini dan hadam baik-baik cadangannya apabila seseorang itu berdepan dengan situasi yang sama.
Artikel Berkaitan:
Menetap & Bekerja Di Tempat Lain, Bolehkah Solat Jamak Qasar Di Kampung Mak, Ayah?
Bergantung kepada situasi dan penilaian di tempat kerja anda, diharap jawapan @ustazshahrizan
“Jika benar ada kepayahan yang tiada pilihan masa, tempat, tiada pengganti ( syif ) kepayahan dan kesusahan ini dikira mendesak, maka harus laksanakan solat jamak ta’khir tamam.
Tangguh maghrib dan buat pada waktu Isyak. Jika ada pilihan, maka kena solat maghrib pada waktunya mengikut kadar kemampuan ruang dan laksanakan rukun yang wajib-wajib sahaja jika ianya mendesak untuk solat dengan segera.
INFO:
Syarat solat jamak tamam sebab hajat :
1. Tidak dijadikan kebiasaan atau adat.
2. Hajat itu benar-benar mendesak ( kepayahan mendesak ).
3. Tidak dijadikan sebab atau alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat (contoh muslihat : memilih untuk solat jamak kerana shopping / bersukan etc
P/S : Boleh berbincang dengan manager atau staf yang lain untuk aturan jadual dan masa sebaiknya.
Rupa-rupanya ramai warganet juga berdepan situasi yang lebih kurang sama bila bekerja di tempat baru.
madihah195
Pernah juga kerja yang ada situasi macam itu. Malah mereka silap tunjuk arah kiblat lagi. Time itu tak canggih lagi hendak tengok compass kan. Hmmm, sedihnya sebab pekerja dan manager semua Islam.
Tak expect ada situasi sukar hendak solat di tempat yang ada orang Islam. Tapi what I do awal-awal kerja macam akur saja, terpaksa solat lewat dan sambung terus next solat. Makan pun hanya roti saja sempat.
Tapi next day itu rasa tak sedap hati buat macam itu hari-hari. End up cuba beranikan diri setiap kali masuk waktu solat, minta izin dekat manager hendak solat.
Nampk dia macam berat hati hendak bagi tapi dia bagi juga. Surprisingly, tak lama selepas itu, seorang demi seorang staf sudah mula solat.
Subhanallah rupanya mungkin ada staf lain yang tak berani hendak bangkitkan isu ini. So conclusionnya, cuba beranikan diri untuk slow talk tentang ini.
norfatinsyamimi
Dulu saya pernah kerja kedai komputer milik bos India. Tapi mereka sangat baik. Bila tahu saya berjalan kaki jauh hendak ke surau untuk solat, diorang kumpul staf-staf untuk kemas satu bilik khas bagi saya solat kat situ.Lengkap ada bilik air untuk wuduk dan mereka siap pasang almari untuk saya simpan telekung. Masyallah terharunya sangat waktu itu.
syuhadarhmt
Ayah saya selalu pesan, one of the main point kena titikberatkan masa cari kerja, adakah tempat kerja tu memudahkan kita untuk solat dari segi tempat dan masa?
Seandainya majikan atau “work-nature” kerja itu menyukarkan untuk solat, tinggalkan segera (andai sudah bekerja) atau jangan apply at the first place. Kita kerja hendak cari rezeki jangan sampai lupa pada Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq)
milkywithstars
Sebak baca, orang yang betul hendak jaga solat. Allah uji dengan bos dan tempat bekerja.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Orang yang hebat, Allah selalu uji.
Sumber: Instagram Ahmad Fedtri Yahya
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.