Dahulu, kajian Barat dapati orang dewasa termasuk golongan berusia memerlukan lapan jam tidur untuk kekal cergas. Namun sebenarnya kajian dapati dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama tiga jam sahaja.
Bacalah satu perkongsian kenapa kita hanya memerlukan tiga jam sahaja dan bukannya lapan jam seperti dimaklumkan sebelum ini.
Peringatan buat diri sendiri.
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam sahaja!
Saya cuba.. Saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3 pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bila mana ada hari-hari tertentu, tika saya “tanpa rela” sering tertidur pada pukul 9malam. Seterusnya secara automatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga.
Biji mata saya segar, lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin saya. Tanpa mengantuk! Saya pelik!
Ads
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal. Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat.
Tetapi cukup dengan tidur selama 3 JAM SAHAJA.
Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 MALAM HINGGA 12 MALAM (tapi kita di zaman sekarang ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi. Itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat.
Ads
Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kalenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Ads
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. Wallahualam.
Kredit : Cypreme-HQ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malam ini akan bermulalah solat sunat tarawih. Bagi pasangan suami isteri yang ada kekangan untuk menunaikan di masjid, boleh lakukan ini di rumah.
Jadi tanggungjawab suami ketika ini sangat penting dalam menjadi contoh sebagai seorang ketua yang baik dalam sesebuah keluarga.
Tidak payah untuk menjadi Imam kepada keluarga walaupun anda baru pertama kali melakukannya (terutama solat tarawih) kerana ada cara mudah untuk tujuan itu.
Sedikit perkongsian dari Ustaz Shahrizan Daud bagaimana tip dan cara menjadi Imam sewaktu Ramadan nanti.
Jadikanlah Ramadan tahun ini paling bermakna kerana anda berjaya membawa ahli keluarga menambah pahala dan menjadi contoh terbaik dalam keluarga.
Gambar sekadar hiasan.
TIPS DAN CARA MENJADI IMAM SEWAKTU RAMADHAN DI RUMAH
Pada tahun ini, kita akan beribadah dan menghidupkan Ramadhan di rumah. Solat wajib, solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat lain di rumah bersama ahli keluarga sebaik-baiknya perlu dilaksanakan sepanjang tempoh ini.
Solat Fardhu 5 waktu dan Solat Sunat Terawih sempena Ramadhan kali ni ini mudah untuk dilaksanakan jika kena pada caranya. Saya kongsikan beberapa cara mudah untuk dilakukan seperti berikut :
Persediaan Emosi
1. Merasa teruja dan gembira dapat menghadapi Ramadhan kali ini walaupun terpaksa berada dirumah tanpa peluang ke masjid atau surau. Gembira dalam terharu dan sayu mendapat Ramadhan.
2. Menanamkan niat dan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan semua jenis amalan-amalan wajib dan sunat bagi mendapatkan keampunan disamping meraih gandaan kelebihan pahala
3. Mengukuhkan perasaan dan emosi untuk memikirkan ibadah-ibadah lebih banyak berbanding memikirkan menu-menu utk berbuka dan sahur, rancangan di tv atau prog di media, melayari internet media sosial apatah lagi banyak tidur
4. Menginsafi dan mengenal semula diri sendiri sepanjang tempoh menyendiri di rumah ini agar lebih dekat pada Sang Pencipta Allah SWT.
Persediaan Fizikal Ruang dan Kelengkapan
1. Cari sudut atau ruang khas yang dikhususkan untuk aktiviti Ibadat dilaksanakan. Hias dan buatlah dekorasi khas untuk menaikkan mood dan semangat Ibadat seperti letak sejadah, rehal, quran, tasbih, telekung di kawasan tersebut jika boleh dan ruang tersebut tidak diganggu untuk aktiviti harian yang lain ( Bilik Khas Ibadah ) , Jika tiada ruang bilik yang khas, carilah ruang2 yang tiada gangguan laluan di depan, gambar2 atau perhiasan yang boleh mengganggu tumpuan di hadapan tempat solat
2. Gunakan sejadah yang elok dan baik atau pakaian khas solat seperti telekung baru dan bersih, kain sarung dan baju melayu/jubah serta wangian yang indah bagi menaikkan lagi semangat dan memberikan suasana ibadah yang tenang
3. Al Quran stand atau Rehal yang tinggi diperlukan bagi kegunaan bacaan Imam ketika solat yang ingin pembacaan yang agak Panjang. Boleh juga digunakan set audio dalam rumah (karaoke system) sebagai penambah keseronokan bagi bunyi yang lebih baik ketika bacaan yang boleh menambahkan semangat Ibadah jika sesuai.
4. Pilih dan dapatkan alatan kelengkapan Ibadah yang baik dan elok agar mampu menambah keseronokan dan mood ketika perlaksanaan seperti pakaian yg elok, al quran yang besar, cantik dan jelas tulisannya, tasbih yang cantik, sejadah yang agak tebal dan terurus tidak kusut dan tidak mudah tercabut rendanya sebagai contoh.
5. Kesihatan tubuh badan ahli ibadah juga perlu diambil penting bagi mendapatkan tumpuan dan khusyuk dalam solat dan ibadat-ibadat lain. Jika tidak larat berdiri untuk solat tarawih yang lama, boleh duduk sahaja . Jika perlukan kerusi untuk duduk ketika solat, gunalah kerusi yang minimum saiznya tanpa penyandar dan tidak mengganggu ahli keluarga yang turut berjemaah
6. Alihkan gangguan bunyi atau gangguan bayi kecil dgn persiapan mainan atau kelengkapan makanan bersama ketika ibadah
Gambar sekadar hiasan.
Persediaan Ilmu
Seorang suami atau ayah wajib mendalami selok belok hukum hakam dan ilmu berkaitan semua ibadah terutama ibadah di dalam Ramadhan. Fahami tentang keutamaan antara ibadah-ibadah yang dilakukan. Solat adalah tunggak dan tunjang Ibadah dalam semua ibadah Ramadhan termasuk puasa. Berapa ramai ibu ayah yang mengutamakan anak-anak utk sahur dan puasa tetapi mengabaikan kepentingan solat subuh dan solat-solat fardhu fardhu lain malah ada yang mengutamakan tarawih berbanding solat fardhu.
Ulangkaji pelbagai soal jawab persoalan ibadah Ramadhan seperti perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang membatalkan pahala puasa yang sebenarnya lebih banyak dan utama untuk dijaga berbanding perkara yang membatalkan puasa. Dalami juga ilmu tentang Al Quran , zikir , sedekah dan semua ibadat-ibadat yang ingin dilaksanakan sepanjang Ramadhan supaya matlamat
ibadat itu benar-benar tercapai dan diterima oleh Allah swt.
Berikut adalah tips menjadi Imam solat fardhu atau tarawih bagi Ramadhan dalam tempoh PKP kali ini :
1. Imam WAJIB membaca Surah Al-Fatihah dan SUNAT membaca surah-surah lain selepas Al Fatihah.
Langkah paling asas dan mudah adalah membaca surah lazim daripada Surah Al-Dhuha hingga Surah
Al-Nas selepas Al Fatihah dan hendaklah mengikut turutan susunan surah dari awal hingg akhir. Jika tersilap susunan, solat masih sah tetapi hukumnya makruh. Jika tersilap rakaat pertama membaca surah An Nas maka ulangi surah yg sama pd rakaat kedua bg mengelakkan salah turutan surah.
2. Tidak menjadi masalah jika imam mahu membaca Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas sahaja sepanjang Solat Fardhu atau tarawih, tetapi digalakkan utk mempelbagaikan surah-surah yang dihafal dan dilazimi. Ketua keluarga ambillah peluang ketika PKP ni utk menghafal surah-surah baru sebagai koleksi surah lazim yang dihafal dan menambahkan kredibiliti sebagai seorang Imam yang baik.
3. Tidak menjadi masalah jika imam mahu membaca satu atau dua ayat Al-Quran bagi setiap rakaat namun lebih panjang lebih baik.
4. Jika ada imam yang mahu membaca surah atau ayat panjang untuk mengambil kelebihan tilawah al quran sepanjang ramadhan tetapi dia tidak hafal maka dia letakkan mashaf al quran di stand quran atau meja yang tinggi di hadapan Imam yang mudah untuk dibaca ketika solat. Boleh guna telefon bimbit untuk membaca bacaan surah dalam solat jika tidak mengganggu tumpuan dan pergerakan ketika solat namun digalakkan gunalah mashaf al quran dan diletakkan di hadapan untuk mengelakkan pergerakan dan menambah keselesaan dan tumpuan.
5. Pastikan ayat Al-Quran dibaca dengan tajwid yang betul dan solat dilakukan dengan tenang dan penuh tertib.
6. Berselawat di antara 2 rakaat tarawih dibenarkan sebagai rehat antara 2 rakaat namun ianya tidak wajib dan tiada masalah sebab ia bukan rukun Solat Terawih.Boleh juga diganti dengan zikir-zikir yang lain.
7. Pastikan rehat sebentar antara 4 rakaat Solat Terawih. Kalau agak sukar membaca selawat maka boleh baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Boleh dilaksanakan tadabbur ayat-ayat yg telah dibaca sepanjang 4 rakaat awal tadi sebagai mengisi masa rehat antara 4 rakaat solat tarawih.
9. Apabila memasuki malam 16 Ramadhan dan seterusnya, maka disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat akhir Solat Witir.
10. Latih anak-anak terutamanya anak lelaki untuk menjadi bilal di rumah samaada azan atau iqomah sebagai latihan awal untuk mereka.
11. Pastikan susunan saf di atur dengan baik mengikut sususan yang betul jika keadaan ruang muat dan sesuai, jika tidak, memadai imam di depan, lelaki di belakang sedikit daripada imam dan wanita di belakang jemaah lelaki walaupun sususan agak jadi berat sebelah, kurang tepat teratur dan seumpamanya
12. Jika Imam dan makmum adalah semuanya wanita, seperti contoh hanya ada Ibu dan anak-anak perempuan, maka memadai dimulakan solat dengan Iqomah sahaja tanpa meninggi suara terlalu kuat ketika bacaan dalam solat. Manakala susunan saf solat perempuan berada dalam satu saf dan Ibu hanya perlu terkehadapan sedikit sahaja daripada anak-anak perempuan dalam solat tersebut
13. Jika ada anak lelaki yang sudah mumayyiz walaupun belum cukup umur baligh, dibolehkan untuk menjadi Imam bagi ibu atau ayah serta ahli keluarga lain yang mungkin tidak berkeupayaan sebab sakit dan seumpamanya dengan syarat, dia memahami semua hukum hakam solat, syarat sah dan rukun solat serta mempunya bacaan yang baik dan lancar. Sebaik-baiknya pilihlah yang telah balighdan jika tiada, anak yg mumayyiz dibenarkan dengan syarat-syarat tadi.
Semoga Allah menerima Ibadah-ibadah Ramadhan kita semua dengan sebanyak-banyaknya gandaan pahala, keampunan daripada segala dosa serta dimasukkan dikalangan golongan yang bertaqwa di sisi Allah SWT.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang memberi respon apabila selebriti dan usahawan popular, Neelofa yang berhijrah dengan menukar penampilan ke arah lebih baik iaitu memilih untuk berniqab.
Pelbagai pujian diberikan dan ada juga yang turut menerangkan apa perbezaan antara purdah, niqab dan burqa.
Terbaru pelakon yang kini sudan kembali pada jalan berlandaskan agama, Azuan Mazlan turut memberitahu perbezaan antara pemakaian ketiga-tiga hijab ini.
Azuan Mazlan pilih hidup berlandaskan agama.
Dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook, dia mengakui isterinya juga sudah lama berniqab apabila mereka memilih jalan ke arah yang lebih diredai Allah.
Azuan Mazlan juga turut memohon doa agar dirinya dan isteri Ahlia istiqamah dengen jalan yang dipilih. Malah turut mendoakan lebih ramai yang memilih untuk mengamalkan sunnah yang sempurna dalam kehidupan ini.
Ayuh ikuti perkongsiannya agar kita tidak tersalah faham maksud perbezaannya.
Ada beza ketiga-tiga pemakaian hijab ini.
“Ramai pm saya Niqab & Purdah ni sama ke? Burqa tu apa pula? Btw, gambar2 ni nak tunjuk perbezaan antara PURDAH, NIQAB & BURQA’. Kalau tengok kat gambar ni pun dah boleh nampak perbezaannya kan? Bezanya dari segi design & cara pakai jer. Konsep tetap sama. Tutup muka.
“Persoalannya, wajib ke tutup muka? Tak! Sunnah & Sunat jer. Rasa nak pakai, silakan. Taknak pun takpe. Asalkan tutup aurat yg WAJIB ditutup oleh wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan.
“Kalau hal dunia kita berlumba-lumba nak jadi yg terbaik & nak paling rare kan? Hal akhirat mestilah lebih lagi kena buat yang paling rare untuk buktikan pada Allah yg kita betul2 nakkan syurga yang paling tinggi berjiran bersama Rasulullah saw.
“Dalam Sunnah pasti ada banyak Kejayaan.. Banyak bantuan Allah swt bersama kami semenjak ahlia pakai Niqab.. WaAllahi, Seri pada wajah ahlia sy pun berlipat kali ganda, makin bertambah sayang bila lihat wajahnya hati sy sentiasa rasa sejuk jer… Allahuakbar..
“PURDAH : Tutup separuh muka dari hidung sampai ke bawah. Mata & dahi terdedah. Biasanya di pakai macam ni bila nak cepat sebab senang. Ada jenis guna getah (sarung je) atau tali halus (ikat simpul je) dah boleh keluar rumah. Tak leceh sangat. Agak kecik & ringan. Biasanya dipakai belah dalam tudung.
“NIQAB : Jenis tutup dahi sekali, hanya mata sahaja yg kelihatan. Ahlia (isteri) sy suka pakai jenis macam ni sebab lagi kemas & senang diselak bila nak makan. Sebab ikat dekat belah luar tudung.
“BURQA’ : Semua bahagian tertutup termasuk mata. Ahlia (isteri) sy pakai macam ni bila Khuruj Masturat dengan suami dia iaitu saya la.. siapa lagi? Hehe.. Waktu Khuruj Masturat (Keluar di jalan Allah swt) 3 hari, 10 hari, 40 hari & 2 bulan kena pakai macam ni. Selalunya memang dipimpin tangan oleh suami.
“Boleh nampak ke? Ya! Boleh… Tapi tak berapa jelas lah sebab lapisan yang tutup mata tu agak jarang sikit dari lapisan bahagian lain so boleh je nak berjalan cuma tak clear sangat. Saya nak jelaskan kenapa waktu Khuruj Masturat kena pakai full-set burqa’ hitam macam ni sampai mata pun perlu ditutup? Nak cerita kat sini, tak muat caption. Huhuu…
Moga kekal istiqamah.
“Apa-apa pun, tak kesah lah pakai macam mana asalkan tutup aurat dgn sempurna. Semoga istiqomah, doakan saya & ahlia saya juga
“kedua ibubapa saya, adik beradik sy serta seluruh ummat Nabi Muhammad saw dapat mengamalkan Sunnah yang sempurna dalam kehidupan ini.
Setiap hari kita mendengar dan melihat keganasan serta penindanan yang berlaku terhadap saudara Islam kita di Gaza oleh rejim Zionis.
Betapa kejamnya mereka ini membedil mangsa dengan senjata api dan bagaikan tidak puas melihat darah rakyat Gaza yang terbunuh tidak kira sama ada kaum wanita atau kanak-kanak.
Namun semangat saudara Islam kita di Gaza tidak pernah goyah. Mereka tetap bersemanangat menentang kekejaman Zionis Israel ini.
Tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak bangkit menentang kekejaman rejim Zionis biarpun hanya berbekal seketul batu menjadi senjata.
Jika di sini, kita melihat kaum wanita sentiasa berpenampilan cantik dan bergaya dengan busana indah untuk hadir ke mana-mana majlis tertentu, tetapi berlainan sekali dengan penampilan kaum wanita di Gaza.
Pakaian mereka hanyalah jubah serta hijab atau niqab dan masa mereka dihabiskan untuk melindungi diri serta keluarga mereka, Biarpun dilabel insan lemah, tetapi di sana kaum wanitanya tidak seperti kita bayangkan.
Buktinya melihat beberapa foto wanita Gaza yang sedikitpun tidak takut pada wajah mereka menentang Zionis. Berbekalkan semangat juang serta rasa berani, kaum ibu di sana maju bersama menentang Zionis.
Mereka ini begitu berani bertempur tanpa senjata dan hanya berbekalkan batu menentang kekejaman Zionis ini.
Dan semangat inilah yang mendatangkan rasa gerun pada Israel sehingga mereka bertindak dayus mencederakan kanak-kanak dan juga wanita tidak berdosa.
Melihat foto-foto yang dikongsi di laman sosial Facebook Masjid Al Azhar Timika ini saja sudah cukup membutikan bahawa mereka sedikipun tidak gentar menghadapi maut, biarpun nyawa diibarat di haujung tanduk.
Maafkan kami disini… Kami di sini terlalu sibuk dengan skincare kami. Kami di sini terlalu sibuk dengan model gamis dan jilbab kami. Kami terlalu sibuk menghibur diri dengan mempercantik penampilan supaya kami terlihat indah di mata dunia. Maafkan kami saudariku..
Kami sibuk.!
Sangat sangat sibuk…
Jangankan berempati,untuk melihat penderitaan kalian saja kami tak sempat.
kami sudah sangat sibuk dengan dunia yang akan kami bawa mati ini.
Berjuang dan bertahanlah di sana.
Semoga masih ada uluran tangan dan doa2 yang di ijjabah dari mulut mereka2 yang tidak sesibuk kami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...