‘Orang lain duduk, lelaki ini terpaksa akad nikah sambil baring.’ Kuatkan diri, demi halalkan kekasih hati. Inilah yang dinamakan bila sudah jodoh, tak akan ke mana.
Bayangkan ketika pengantin lelaki lain duduk di hadapan ‘tok kadi’ untuk akad nikah, lain pula bagi Mohammad Syauqi Kasim yang terbaring menahan kesakitan ketika menyempurnakan upacara itu.
Bagaimanapun, Mohammad Syauqi, 31, kuatkan dirinya demi menghalalkan Nordalilah Muhammad Rosli, 29, yang sah menjadi isterinya, kelmarin.
Kisah Mohammad Syauqi mendapat perhatian netizen selepas videonya terbaring di atas katil ketika majlis akad nikah tular di laman sosial.
Lelaki Ini Terpaksa
Memetik laporan Harian Metro, berkongsi kisah di sebalik video itu, Mohammad Syauqi yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat jelaskan, dia terbabit dalam kemalangan.
Kemalangan tersebut berlaku pada 5 Februari lalu ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kedah ke ibu kota.
Akibat kemalangan itu, peha Mohammad Syauqi terhentak tangki motosikal hingga tulang pelvisnya patah dan buat masa ini belum boleh berjalan serta menggunakan peralatan ortopedik sementara (External Fixator).
Akad Nikah Sambil Baring
Meskipun begitu, Mohammad Syauqi dan Nordalilah sepakat untuk meneruskan majlis seperti yang dirancang dan bersyukur semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.
Ads
“Hari nikah tempoh hari, saya tetap gementar, sama saja seperti orang lain.
“Perkara yang paling saya nak buat adalah sambut tetamu, ahli keluarga dan rakan malah kalau boleh, nak bersanding sebelah isteri serta abadikan detik indah ketika itu.
“Bagaimanapun, saya sekadar dapat ‘sanding’ sebelah isteri dalam keadaan saya di atas katil saja namun itu pun sudah cukup bahagia buat saya,” katanya.
Kuatkan Diri
Berhubung video yang tular, Mohammad Syauqi berkata, ia dimuat naik salah seorang rakannya.
“Dia (rakan) muat naik di TikTok, kami pun tak tahu pada awalnya namun terharu selepas tengok video perkongsiannya itu.
“Terkejut juga apabila kisah perkahwinan saya tular hingga rakan ‘tag’ di hantaran yang ada perkongsian kisah kami,” katanya.
Ads
Sementara itu, Nordalilah juga bersyukur kerana dia dan Mohammad Syauqi akhirnya sah bergelar suami isteri walaupun berdepan ujian menjelang hari perkahwinan.
Demi Halalkan
Tambah Nordalilah, dia tahu suaminya kuat semangat dan itu yang memberi kekuatan untuknya teruskan majlis pernikahan tempoh hari.
“Kami sudah berbincang dengan keluarga kedua belah pihak dan sepakat tidak tangguhkan majlis.
“Saya nampak suami sama saja seperti sebelum sakit malah tetap ceria cuma kali ini terbaring saja jadi tidak sedih sebaliknya gembira.
“Dia masih boleh tersenyum dan kami juga teruja walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan untuk bergerak.
“Ketika akad nikah, suami nampak yakin dan sempurnakan dengan sekali lafaz saja. Selepas semua yang berlaku, saya lega kerana kami berdua ditakdirkan juga jadi suami isteri,” katanya.
Ads
Kekasih Hati
Dalam masa yang sama jelas Nordalilah, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakannya dan suami.
“Saya seronok baca semua doa yang baik-baik.
“Sokongan keluarga dan rakan juga buat saya kuat sebenarnya dan semoga doa baik berbalik kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Gambar sekadar hiasan.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
Gambar sekadar hiasan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul.
Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.
Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:-
“Masya-Allah, habis mati ternakan aku” “Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Sepatutnya begini:-
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.” “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.
Manakala Masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.
Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi.
Dan apabila kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam. Sumber : Bahagian Dakwah Jakim.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum ini pengacara dan juga dikenali dengan panggila Gadis Trivago, Dahlia Shazwan telah melakukan penghijrahan apabila mengenakan hijab.
Dia yang mendapat petunjuk dari Allah setelah pulang dari mengerjakan umrah bulan sebelumnya.
Dan semalam penyanyi bersuara lantang Ernie Zakri pula telah berhijab sepenuhnya semalam. Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujur saya masih dalam proses membiasakan diri. Moga diri ini terus istiqomah. Doa yang baik.
“Ikutkan niat itu sudah lama. Cuma baru baru ini dengan keadaan kita diuji dengan penularan wabak Covid 19, saya terdetik untuk melakukan anjakan dalaman diri.
“Lewat pagi tadi kira kira jam 2 pagi saya mesej Mama di aplikasi WhatsApp biarpun serumah. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan untuk bertudung dan Mama sangat gembira.
“Di kalangan keluarga ada yang terkejut dengan keputusan ini. Apatah lagi di saat kerjaya saya meluncur baik. Namun saya percaya dalam hidup ini kita perlu membuat satu keputusan besar dalam hidup termasuk soal penghijrahan diri,” katanya kepada BH online.
Kata pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakrie ini, dia pernah menyatakan dalam diri bahawa tahun 2020 akan menjadi titik permulaan penghijrahan dirinya.
“Semua bagai dipermudahkan dan tersusun cantik. Di saat saya sedang berehat daripada kerja seni akibat situasi semasa, Allah makbulkan hasrat hati ini.
“Saya ambil masa sebenarnya untuk memutuskan perkara ini. Ia kewajipan. Malah sebelum menunaikan umrah buat kali pertama hujung tahun lalu, saya terdetik untuk berubah menjadi lebih baik dalam diri.
“Malah kini setiap kali bertudung, saya rasa gembira dan cukup lengkap. Perubahan ini juga takkan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan selama ini,” katanya lagi.
Ernie menambah, dia berharap peminat tidak keliru andai ada rakaman atau gambarnya tidak bertudung kelihatan selepas ini.
“Yang ada akan nampak saya dalam mana mana kerja seni selepas ini tanpa bertudung, itu semua dilakukan sebelum ini lagi,” katanya memohon doa agar terus istiqamah.
Dalam pada itu, rakan artis serta followernya turut mengucapkan tahniah atas penghijrahan Ernie dan mengharapkan dia terus kekal istiqamah dengan penghijrahannya itu.
Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Namun, apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, emosi isteri...