Siapa tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Auranya begitu kuat setiap kali menyampaikan ceramah yang sangat menyentuh jiwa.
Perkongsiannya berjaya menarik ramai penonton untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan.
Bukan sahaja orang dewasa, golongan tua, muda serta kanak-kanak juga turut kusyuk mendengar ilmu disampaikan Ustaz Ebit Lew ini.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook beliau baru-baru ini memuat naik sebuah video pertemuan dengan si cilik yang diuji kudung kakinya sejak lahir.
Dan yang membuatkan pendakwah tersebut kusyuk untuk mendekati kanak-kanak disapa Dhiya ini kerana kusyuk mendengar serta rajin mencatat isi penting sepanjang ceramah anjurannya tempoh hari.
Menurut Ustaz Ebit Lew kanak-kanak istimewa ini tidak memiliki sebarang kekurangan dan begitucantik dan sempurna di sisi Allah.
Malah tambah beliau ujian yang kuat malah diharapkan agar boleh menjadi asbab untuk menjadikannya lebih kuat di masa akan datang.
Pendakwah bebas yang cukup popular di media sosial ini juga turut mendoakan agar kasih sayang antara Dhiya bersama kakaknya yang turut hadir berkekalan hingga ke syurga.
Beliau juga turut menganggap Dhiya seperti anaknya sendiri dan mengingatkan Ustaz Ebit Lew pada anaknya yang berada di rumah. Malah dia turut memberitahu sayang pada Dhiya.
Ustaz juga turut memberitahu, dia melihat ramai orang yang tiada kaki dan tangan tetapi dia boleh mengislamkan ramai manusia dalam dunia.
Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali. Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini.
Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah.
Tersebarnya Islam ke seluruh dunia. Berjuta rahmat yang kau beri pada anak dan ibu bapanya, berilah sedikit rahmat buat diriku. #ProkidsIpoh
Ternyata perkongsian menarik ini turut mendapat respon daripada warganet. Rata-rata netizen sebak mengenangkan ujian terpaksa dihadapi kanak-kanak comel ini
Mereka turut memuji semangat cekalnya dan mendoakan agar adik Dhiya akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Niesa Diana MasyaaAllah, cantik nye adik Dhiya ni. Tenang je tengok muka dia. Kagum dgn adik ni. Such a strong girl. Semoga segalanya dipermudahkan utk Dhiya