‘Ovari isteri dibuang sebelah, tahu risiko sukar hamil.” Anak bukan syarat utama bahagia selepas nikah dan bagi pasangan ini mereka merasakan untuk bahagia selepas bernikah tidak perlukan sebarang syarat.
Tidak dinafikan pasangan yang mendirikan rumah tangga ingin memiliki cahaya mata. Namun jika takdir tidak memihak dan impian untuk bergelar ibu dan ayah tak kesampaian, apalah daya kita.
Kongsi lelaki ini, NZ Nor Firdaus
Artikel Berkaitan: Masalah Kelenjar Tiroid Ketika Hamil, Apakah Bahaya Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan
Berapa orang anak sekarang?
Itu antara soalan yang biasa ditanya bila kita sudah berkahwin, namun pada mereka yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin pada mereka itu soalan sensitif. Tapi insyallah tidak pada saya…
Mungkin ada yang tidak tahu, saya berkahwin dengan isteri saat ovarinya sudah dibuang sebelah.. maksudnya ada satu saja ovari, di buang kerana kanser ( panjang ceritanya dan berlaku sebelum saya kenal isteri ).
Saat saya berkahwin saya sudah tahu apa risikonya, antaranya penyakit akan berulang mahupun kesukaran mendapat cahaya mata.
Tapi sudah namanya jodoh kan, kami pun berkahwin dan saya pun menerima isteri seadanya dan sudah berfikir panjang pada dua risiko utama itu.
Kadang-kadang ada yang tanya kenapa buat keputusan sedangkan tahu risikonya, ada yang tanya macam mana kalau tak ada anak, anak kan penyeri… bla bla bla..
Pada saya bahagia itu perlu diletak tanpa syarat. Kalau kita fikir berkahwin itu akan bahagia bila ada anak, anak Itu boleh jadi juga satu cabaran. Kalau kita letak bahagia itu kerana kaya, maka kita mungkin diuji dengan ketidak cukupan…
Allah sudah sediakan saya sebelum berkahwin, saya berjumpa ramai pasangan yang tetap bahagia walaupun tidak dikurniakan anak…
Sebenarnya selepas berkahwin , isteri pernah dua kali mengandung, tapi dua-dua kali itu gugur. Hikmah gugur itu asbab kami buat check up dan di situlah bermulanya kehidupan kami sering ulang alik ke hospital.
Mula-mula follow up sebab cyst, lama-lama jumpalah cancer. Memang fasa drama air mata itu memang keraplah kan… Siapa tak sayang isteri..
Lagi pula baru kahwin tak sampai 6 bulan lagi dan lumrah seorang wanita dia juga inginkan dirinya mampu lahirkan anak. Iyalah sebab bila doktor kata, harapan mengandung masih ada tapi risiko tetap ada. Saya terus cakap tak apa, anak kita tolak tepi kita kejar sihat dulu.
Saya selalu cakap dengan isteri, kita tak dikurniakan anak sendiri tapi hampir setiap hari Allah bagi peluang jemputan program. Selalu cakap dekat isteri, ini haa ramai anak-anak kita kena jaga. Allah itu Maha Adil, kadang-kadang Allah kurangkan sesuatu, Allah pasti lebihkan sesuatu…
Saja nak tulis post ini sebab saya faham ada sesetengah pasangan memang stres dengan soalan anak ini. Cuma pada saya dengan isteri selalu berbincang, jangan letakkan bahagia itu bersyarat kita akan stres nanti. Jadi kami cipta bahagia sendiri dan bersama. Kami bebas berjalan ke sana, ke mari. Makan berdua selalu tanpa gangguan…
Baca Juga Di Sini:
Doktor Kongsi Resepi Minuman Sihat Untuk Isteri Susah Mengandung, Insya Allah Ada Rezeki Anak
Pernah Terfikir Culik Anak Orang, Akhirnya Selepas 20 Tahun Kahwin, Wanita Ini Dikurniakan Zuriat
Yang dikurniakan cahaya mata, jagalah sebaiknya. Matinya anak adam, tiga sahaja bekalan yang masih boleh di bawa iaitu:
1. Doa anak soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat
Dan memang sedih pada kami bila berurusan atau dengar kes-kes buang bayi, gugurkan bayi. Memang sedih, iyalah orang yang hendak Allah tak izinkan, yang dapat mudah-mudah melepaskan. Sedihkan…
Kami yakin Allah sebaik-baik perancang.
Jadi kalau orang yang baru kenal dia tak sengaja tanya soalan anak ini saya akan cakap, anak sudah dekat syurga dan saya tidak ambil hati.
Saya mohon doakan isteri saya yang sedang melawan kansernya agar terus kuat dan doa juga saya pun kuat. Saya juga doakan semua sahabat-sahabat Facebook saya pun kuat dan dapat bahagia yang di cari dalam rumah tangga…
Ujian pasti datang pelbagai cara dan kebahgian juga akan datang dalam pelbagai cara. Cuma perlu yakin, usaha dan doa. Insyaallah.
Sumber : NZ Nor Firdaus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.