Sejak semalam kecoh di media sosial 400 bakal jemaah ke tanah suci terkandas apabila tidak dapat menunaikan fardu haji.
Dari temuramah dilakukan, ada jemaah yang sebak kerana ditipu dan diberikan janji manis bahawa mereka boleh ke tanah suci menggunakan kouta haji furada.
Sebaknya kerana ada yang keluarkan semua duit KWSP semata-mata nak ke Makkah.
“Ada pakcik makcik yang habiskan duit pampasan diperoleh dari kerajaan selepas pencen semata-mata nak ke Makkah ini. Ada yang gadai kebun, ada yang keluarkan semua KWSP tapi akhirnya jadi begini.
“Kalau tak dapat pergi (tak dapat visa furada) beritahu awal-awal. Macam Ustazah Asma’Harun yang dah pulangkan duit jemaah. Tapi ini janji macam-macam, kata ada penerbangan akhir. Dari jam 4.30 alih ke malam tapi bila kami check penerbangan akhir ke Makkah jam enam petang sebenarnya,”katanya menahan sebak.
Di sebalik isu ini, pendedahan dari Aliff Ahmad pemilik SCRUT dan Nik Ezwan Kamel mendapati letterhead yang dikeluarkan oleh syarikat terlibat tidak sama dengan nama akaun wang dibayar oleh jemaah kerana ia nama berbeza. Jadi ia menimbulkan tanda tanda kepada orang ramai.
Berikut pendedahannya :-
Pergi haji kena scam
Kesian makcik dan pakcik dah menaruh harapan tinggi untuk pergi menunaikan haji.
Dalam kes harini sampai 400 jemaah terkandas. Aku taknak komen siapa yang telah menipu. Tapi dalam surat di bawah ni, letterhead company lain, masuk duit company lain. Sangsi betul.
Setelah aku check maklumat kedua-dua syarikat ni di Interepo – https://interepo.com . Aku mendapati tak ada pun common directors. Owner pula berbeza-beza. Siapa yang tunggang siapa aku tak pasti.
Selain itu, apa lagi yang bermain dalam fikiran aku adalah, hebat diorang ni, masuk duit juta juta pakai syarikat enterprise je. Pandai meniaga.
Aku doakan nasib mereka yang telah bayar untuk pergi ke haji ni terbela. Semoga Allah membalas kelakuan jahat pada pihak yang tidak bertanggung jawab. Sumber :- FB ALIFF AHMAD & NIK EZWAN KAMEL