Padang pasir mulai subur, Makkah mula menghijau selepas hujan antara petanda kiamat sudah dekat.
Perkembangan ini berlaku apabila sekarang di bumi Mekkah sedang mengalami musim sejuk iaitu hujan secara tak langsung mempengaruhi kesuburan tanah di sana.
Tanah yang selama ini hanyalah padang pasir kini bertukar menjadi kehijauan pabila tumbuhan mulai tumbuh apabila air hujan sentiasa membasahi bumi.
“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai.”
(Musnad Ahmad, No: 7554, syarah Ahmad Syakir, beliau berkata; “Sanadnya sahih.”)
Antara Petanda Kiamat Sudah Dekat
Di dalam hadith ini terdapat dalil bahawa tanah Arab sebelumnya adalah hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai dan akan kembali seperti semula.
Cuma adakah kita sendiri telah bersiap sedia untuk menghadapi hari kematian dan kiamat?
Bisiklah hati, tanyalah iman…
Komen Warganet:
Antara komen netizen yang menarik perhatian adalah ada segelintir mereka mengaitkan fenomena ini sebagai tanda akhir zaman.
Mak Wan Su
Masyallah… Allahuakhbar! Sewaktu pertama kali sampi di Mekah dahulu waktu menunaikan umrah kelihatan di sana hanya nampak kawasan gurun berpasir, berbatu bata yang kering. Tapi sekarang kelihatannya begitu menghijau sekali. Tanda-tanda salah satu di akhir zaman… Hanya Allah yang Maha Berkuasa ke atasnya.
Sakinah Dasuki
Moga kita terus istiqomah ya ustazah, dijauhkan dari fitnah akhir zaman, fitnah dunia. Takut rasa hati…
Zakaria Zex
Sebelum Allah menjemput bertemu dengan-Nya, Allah memberi petanda pada kita. Cuma kita saja tak perasan. Allah hendak musnahkan dunia ini pun Allah beri petanda.
Hanya kita yang mengetahui dunia ini akan musnah apabila menghayati kitab-kitab dan hadis. Sudah banyak tanda-tanda kiamat yang ustaz dan para ulama saban hari memberitahu melalui kuliah dan ceramah agama.
Ads
5 FENOMENA MUSIM SEJUK
Dalam posting yang lain, Makkah Kenangan terindah turut berkongsi 5 fenomena musim sejuk yang sedang berlaku di Mekah.
.
.
.
.
.
Ads
Bagi yang belum pernah menjejak kaki ke sana, perkongsian ini banyak memberi manfaat buat mereka. Maklumlah belum semua berkesempatan menjejakkan kaki ke sana.
Kashoorga: Tanda-tanda akhir zaman sudah terlalu banyak, namun bersediakah kita semua untuk menghadapinya. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.
Dalam satu posting di laman Instaramnya, Mira muat naik ucapan istimewa buat bapa tercinta sempena ulang tahun kelahiran bapanya, Baioezaman Ab Khalik ke 56 tahun.
Menurut Mira, dia pernah ditegur bapanya tentang cara berpakaian kerana dianggap tidak sopan sebagai wanita Muslimah.
Dan sebagai anak yang baik, Mira menerima nasihat bapanya dan membalas dengan memberitahu dia berjanji akan lebih berhati-hati dengan penampilannya.
Menurut pelakon dan pengacara kesayangan ramai ini, dia menyifatkan bapanya itu seorang lelaki yang unik dan tidak banyak bercakap namun mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.
Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable.
Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs
Perkongsian ini mendapat reaksi daripada warganet. Masing-masing memuji cara didikan ayah Mira yang dari awal membentu peribadi mulia.
zarinazainuddin_Didikan dari awal membentuk peribadi mulia ,Allhamdulillah u hv good vibes around u mira Allah love u so much happy birthday to your lovely abah @mfmirafilzah
kekasihbyhidayahs So lovely abah mira. Tegur dengan penuh hikmah semoga Allah pelihara selalu family mira
nadhsafiy01 Abah yang sungguh bertanggungjawab.. Alert dengan pemakaian anak..
norrmuttlib berapa Sayang seorang abah pada anakanda. Semoga Mira boleh menjadi teladan dan influencer yang mendorong kepada syar’ie attire.
z_rth8 Anak yg baik mendengar nasihat org tua ..semoga kamu juga sentiasa di rahmati dan dipelihara oleh Allah SWT Aamiin
Isu pengeluaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi I-Sinar bagi pencarum yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 menjadi isu nasional kerana ramai mendesak kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan duit yang mereka simpan. Desakan demi desakan akhirnya pihak kerajaan akur bahawa pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa had mulai 8 Mac ini bagi akaun satu.
Malah sebelum dibenarkan pengeluaran bagi Akaun 1, terlebih dahulu pihak kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran Akaun 2 yang dinamakan i-Lestari di mana setiap bulan pencarum menerima RM500 sebulan yang diperkenalkan mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
Di sebalik ramai gembira menerima wang apabila permohonan diluluskan, Lembaga Zakat Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun menyatakan bahawa zakat wajib dikeluarkan ke atas KWSP yang dikeluarkan.
Oleh itu setiap pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar wajib di zakat sekiranya mencukupi syarat-syaratnya. Walau bagaimana pun berikutan pandemic COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia serta kesan kegawatan ekonomi akibat pandemic ini berikutan adalah ketetapan berkaitan kewajipan zakat ke atas pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari.
Pengeluaran KWSP kerana ketiadaan atau terjejas sumber pendapatan:- Pengeluaran i-Sinar atau i-Lestari KWSP dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaaan atau terjejasnya sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan maka zakat tidak diwajibkan sekiranya pengeluaran dilakukan dalam keadaan sebegini.
Pengeluaran KWSP tetapi mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung diri dan tanggungan: Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan pilihan kerana masih mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan, zakat diwajibkan ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan. Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas dasar darurat. Oleh itu ia tertakluk dengan keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Selangor sebagaimana di atas.
Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum orang mengeluarkan zakat.
Apakah hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat?
JAWAPAN
Dijelaskan di sini jenis dan bahagian orang yang enggan membayar zakat berdasarkan niat hati masing-masing kepada dua bahagian:
Pertama: Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari kewajipannya
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat. Oleh itu, ulama bersepakat menyatakan bahawa orang yang menentang dan mengingkari zakat adalah kafir dan murtad. Darahnya halal dibunuh sekiranya tidak bertaubat. Ini kerana zakat merupakan perkara yang mudah diketahui kefardhuannya di kalangan orang Islam yang tidak memerlukan kepada hujah dan dalil.
Imam al-Nawawi Rahimahullah menukilkan di dalam kitab al-Khattabi dengan menyatakan: “Sesiapa yang mengingkari kewajipan berzakat pada masa ini adalah kafir berdasarkan ijma’.” Katanya lagi: “Pengetahuan tentang kewajipan berzakat telah tersebar luas di kalangan orang Islam sehingga telah diketahui oleh rakyat dan penguasa, termasuk orang alim dan jahil. Oleh itu, tiada alasan bagi sesiapapun membuat tafsiran (تأويل) sendiri untuk mengingkarinya. Begitulah juga hukumannya bagi orang yang mengingkari sesuatu perkara agama yang telah disepakati oleh ulama, seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mandi junub, pengharaman zina, perkahwinan dan hukum-hukum yang lain.” (Syarah Muslim (1/205)
Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah berkata: “Adapun dalil kefardhuan zakat, sesiapa yang mengingkarinya adalah kafir.”
Kedua: Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil dan kedekut
Orang yang enggan mengeluarkan zakat, sedangkan dia mengi’tiqadkannya wajib dan mengakui kefardhuannya, akan menyebabkan dia menjadi fasiq, berdosa dan dikenakan azab seksa di akhirat kelak. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang –orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, serta belakang mereka (sambal dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu, rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah al-Taubah: 34-35)
Ini berdasarkan hadith daripada Ibn Umar R.A. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Setiap harta yang dikeluarkan zakatnya, ia bukanlah simpanan, dan setiap harta yang tidak engkau keluarkan zakatnya, ia adalah simpanan.” Riwayat al-Bukhari (4)
Begitu juga hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari kiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalubanyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.” Riwayat al-Bukhari (1338)
Seterusnya, Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan, ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari Kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah ali-Imran: 180)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT sahaja yang memiliki apa yang diwarisi oleh makhluk di langit dan di bumi. Oleh itu, mengapakah mereka mesti bakhil apabila memilikinya dan tidak mahu membelanjakan ke jalan Allah SWT?
Di dunia ini, zakat boleh diambil secara paksa daripada mereka yang enggan mengeluarkannya tanpa menafikan kewajipannya. Jika mereka enggan memberi zakat dan menghalang ‘amil daripada mengambilnya, maka pemerintah Islam yang melaksanakan syariat Allah SWT hendaklah menentang mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pasti ramai antara kita suka melakukan perjalanan jarak jauh menggunakan pengangkutan awam. Ia bukan saja tidak memenatkan malah terasa lebih rilek selain dapat menikmati pemandangan yang indah.
Namun ada kalanya terasa kekangan bila masuk waktu solat dan kita masih di atas pengangkutan awam. Bagaimana nak solat, ambil wuduk di mana dan barangkali bertanya arah kiblatnya mana kalau kenderaan sedang bergerak.
Menurut Ustaz Jafri Abu Bakar, bermusafir bukan alasan tidak solat kerana sudah ada banyak kemudahan ruang solat disediakan dalam kenderaan.
Dalam satu perkongsian video di instagramnya, Ustaz Jafri menunjukkan ruang solat yang ada di dalam perkhidmatan keretapi ETS.
“Kita berada di ruang D iaitu adanya surau untuk bersolat. Tidak terlalu besar namun ia mampu memuatkan bebeberapa orang. Di ruang solat itu juga disediakn paip air bagi memudahkan mengangkat wuduk,” katanya sambil menambah sebelum bersolat, di ruang solat itu ada disediakan kompas bagi memudahkan kita menentukan arah kiblat. Caranya cukup mudah iaitu melihat tanda merah saja mengikut arahnya.
Dalam pada itu, tambah Ustaz Jafri lagi, kalau arah tanda kiblat bergerak kiri dan kanan (kerana keretapi bergoyang) jangan berasa khuatir sebaliknya teruskan bersolat sehingga selesai.
“Tiada masalah kerana kita solat dalam kenderaan seperti ini. Cuma paling penting kita mengadap ke arah kiblat pada waktu kita mengangkat takbir sahaja,” katanya yang memaklumkan tiada alasan untuk tidak bersolat sebenarnya.
Bagi yang melakukan ibadah korban perlu mengetahui bahawa mereka tidak dianjurkan untuk memotong rambut pada kepala, badan dan juga kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga...