Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah. Agar kembara ke Tanah Suci Makkah itu tidak menjadi sia-sia, isikanlah setiap masa yang ada dengan aktiviti amal ibadah bagi tujuan menambah pahala.

Melalui perkongsian Norida Jalaludin  wanita ini berkongsi tentang pengalamannya menunaikan umrah.

Ganjaran pahala sembahyang berjemaah di Masjidilharam, Mekah ialah 100,000 kali sementara di Masjid Nabawi, Madinah 1000 kali. Tetapi pernah tak kita berfikir mengapa sebanyak itu ganjaran yang Allah berikan kepada hambanya yang bertuah menjadi tetamuNya di kedua-dua buah masjid agung itu.

Alhamdulilah, saya berpeluang menjadi tetamuNya bersama adik beradik dan keluarga masing-masing baru-baru ini dan ini yang bermain-main dibenak fikiran saya setelah berada 4 hari di Madinah dan beberapa hari di Mekah.

Persoalannya, mampukah kita meraih ganjaran pahala sebanyak itu. Untuk bersembahyang di kedua-dua masjid, kita perlu berada satu atau dua jam sebelum azan bagi memastikan mendapat tempat yang selesa dan dalam saf yang sempurna. Masih ok lagi kerana bole aje niat iktiqaf dan membuat solat-solat sunat, qada solat dan mengaji al-quran sebagai pengisian waktu.

Pahala Solat Berjemaah Di Masjidilharam, Makkah 100 000 kali, Di Masjid Nabawi, Madinah 1000 kali, Ruginya Kalau Tak Rebut

Ads

Ujian bermula bermula bila hampir masuk waktu sembahyang. Tetiba ada seorang dua atau sekumpulan jemaah yang masuk lewat cuba menyelit dalam saf atau dengan tak rasa bersalah membuat saf kecil mereka di depan barisan kita. Astaghfirullah.. hati telah mula nak marah dan bermulalah adegan petengkaran kecil dalam bahasa yang masing-masing tak faham meminta mereka beralih mencari tempat lain.

Bagi yang nak mengerti mereka bangun tapi bagi yang degil dan tak berganjak…bertambah lagi rasa tidak senang dihati.  Perbuatan lalu lalang di depan orang bersembahyang, baring-baring, ditengah-tengah saf sementara menunggu masuk waktu juga meruntun hati untuk berkata-kata dan yang paling sedih melihat perbuatan melangkah al- quran oleh sesetengah jemaah seolah-olah tidak mengundang dosa bagi mereka.

DUGAAN DEMI DUGAAN

Sikap mak-mak arab di pintu masuk kedua-dua masjid dan cara mereka memarahi jemaah yang sibuk mencari ruang untuk solat juga bole buat kita hilang sabar. Kemuncak ujian kesabaran di Masjid Nabawi ialah ketika nak memasuki Raudah dan di Masjidilharam ialah ketika mengerjakan ibadah tawaf. Satu lagi dugaan hebat yang dirasai di Masjidilharam ialah bila nak masuk masjid bila hampir masuk waktu sembahyang. Masyallah semua berebut-rebut nak masuk pintu yg sama serentak dan lebih hebat lagi berlaku adegan bertolak-tolakan hinggakan ada yang tersepit.

Ads

Inilah rutin yang terpaksa dilalui selama berada di tanah haram. Cubalah renungkan sejenak mampukah kita meraih ganjaran pahala yang Allah janjikan. Mengerjakan umrah menjadi impian setiap orang yang berkemampuan tetapi disebalik itu, Allah menguji tahap kesabaran umatnya. Setinggi mana tahap kesabaran kita, sebanyak itulah agaknya ganjaran yang Allah berikan dlm bentuk pahalanya.

KENANGAN INDAH DI MASJID NABAWI

Namun terselit juga  indah ketika di Masjid Nabawi. Semasa iktiqaf di masjid kami mengisi masa membaca al-quran sambil membetulkan bacaan adik-adik. Tiba2 kami dihampiri oleh sesaorang dan memperkenalkan dirinya seorang guru Al-Quran yg hafizah. Dlm keterbatasan kami utk saling faham memahami, dia menawarkan dirinya utk mendengar dan membetulkan bacaan al-quran kami. Kami bertiga beradik begitu teruja dan memilih utk membaca surah al Fatihah. Msyallah, beliau bukan shj membetulkan sebutan dan mahraj huruf tetapi tajweednya sekali.

Pahala Solat Berjemaah Di Masjidilharam, Makkah 100 000 kali, Di Masjid Nabawi, Madinah 1000 kali, Ruginya Kalau Tak Rebut

Ads

Kami mendapat rating yg baik dan setiap kali kami membaca dgn betul, dia menghadiahkan kami dengan senyuman manis sambil menyebut aiiwa. Kami menamatkan sesi bersamanya menjelang ptg tetapi berjanji utk bertemu semula dgnnya seusai solat maghrib.

Alhamdulillah dlm ribuan umat di masjid nabawi, Allah pertemukan kami semula dgnnya. Kami memilih utk membaca ayat2 lazim dan menjelang waktu isya’ kami dpt membaca surah Ad-Dhuha hingga Al-ikhlas. Ya Allah ku panjatkan setinggi kesyukuran atas kurnia nikmatmu mempertemukan seorg guru Al-Quran dari Palestin utk memperbetulkan bacaan kami. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg kamu dustakan.

Wallahualam.

Sumber kredit: Norida Jalaludin via Kenangan Haji & Umrah

VIDEO KASHOORGA:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI