Bila musim harga emas murah, kita dapat lihat orang ramai beratur membeli emas. Mungkin ramai beranggapan, ini masa terbaik untuk membeli emas memandangkan harganya yang jatuh.
Namun di sebalik keghairahan orang ramai membeli emas, sedikit perkongsian dari pelabur hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi apa perbezaan di antara emas hiasan dan emas pelaburan mungkin boleh membuka minda kita perbezaan keduanya. Ini kerana kita mungkin beranggapan tetap sama tetapi sebenarnya ia berbeza.
Baca perkongsiannya:-
Semalam waktu ada urusan diluar rumah, saya lewat beberapa kawasan dan dapati penuh manusia di kedai emas.
Apakah kita semua sedang ada duit lebihan sekarang?
Atau kita yakin membeli barang kemas pelaburan yang baik demi masa depan?
Sama seperti hartanah,
Kita selalu tanya, tujuan beli untuk pelaburan atau nak duduk sendiri.
Emas juga begitu kawan, kita akan tanya. Beli emas untuk melabur atau nak bergaya waktu kenduri kendara.
Harga emas sedang turun sekarang, ramai ambil manfaat sekarang.
Walau emosi kita berbunga bunga nak beli emas bergaya macam jiran tetangga.
.
.
Belilah emas yang bagus untuk pelaburan masa depan. Bukan sebab harga emas murah sekarang.
Beli emas sebab kita ada matlamat ingin menyimpan emas yang baik.
Kelemahan emas hiasan ini kawan.
1. Susut Nilai Lebih Tinggi.
Berbanding kita beli emas pelaburan, emas hiasan ada susut nilai dari harga kita beli antara 25%-40% pun ada! Dah macam beli kereta.
2. Kos Upah Tinggi.
Semakin pelik bunga bunga cinta pada barang kemas kita, makin tinggi upahnya. Malah ada kedai manipulasi upah untuk dapat keuntungan lebih tinggi.
3. Harga Lebih Tinggi.
Harga barang kemas ditentukan oleh Persatuan Pekedai Emas (FGJAM). Mereka biasanya tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran emas semasa selalunya.
4. Lambat Naik Harga!
Harga barang kemas ini bila naik harga, kedai akan cepat update harga baru. Bila harga turun, mereka akan lambat turunkan harga dan kekal beberapa bulan pada harga lama biasanya. Kena rajin semak harga semasa.
5. Mudah Rosak.
Bila kerja tangan semakin halus, terputus, patah, kemek, bengkok dan hilang boleh berlaku. Semakin kita selalu guna peluang rosak dan hilang tetap ada.
Maka kita faham sekarang mengapa emas jongkong dan dinar lebih baik buat simpanan dan pelaburan masa depan.
Kawan kawan,
Walau saya mengajak ramai orang menyimpan emas, saya tetap galakkan orang ramai simpan emas pelaburan bukannya emas hiasan.
Jika ada duit lebih dan teringin nak merasa barang kemas ditangan. Silakan sahaja kawan, masing masing ada keinginan berbeza janji bahagia.
Jangan ghairah ikut orang sebab ada lebihan duit i sinar ditangan.
Pandemik ini akan jadi panjang, belilah emas pelaburan bukannya emas hiasan untuk masa depan.
Sumber :-
Azizul Azli Ahmad
Simpan Emas Jangan Sampai Lemas.