Sedang kita diarahkan untuk kuarantin dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di rumah, tetapi dalam masa sama barisan hadapan kita iaitu petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus bekerja menyelamatkan nyawa mangsa virus COVID-19 ini.
Betapa mereka terpaksa meninggalkan keluarga, tidak mengenal penat, mengetepikan seketika soal ibadah semata-mata rasa tanggungjawab lebih besar kepada negara.
Dalam satu posting di laman sosial oleh salah seorag pengguna di laman sosial Facebook Nadiya Ali
berkongsi luahan hatinya yang bertugas di hospital.Menurutnya mereka memang sangat penat, tidak sempat bersolat dan menunaikannya kewajipan ini secara solat jamak.
Bukan itu sahaja, menurutnya makan pun tidak sempat, ada juga antaranya tidak sempat menukar pad dan hanya perasan bocor bila menukar baju.
Dan apabila balik rumah pula risau jika dapat merawat pesakit yang positif. Tanpa sedar secara tidak sedar air mata mereka mengalir.
Malah mereka juga setiap hari melihat sakaratul maut menyebabkan hero kita yang juga barisan ‘frontliner’
ini merasa takut.Jauh di sudut hati mereka mahu solat memohon kepada Allah sebagai hambaNya tetapi keadaan tidak mengizinkan buat masa ini.
Jadi dia sempat memberi ingatan kepada semua rakyat Malaysia agar jangan bersikap degil, tidak perlu keluar berjalan-jalan dan dia berkata akan mengadu di akhirat kelak jika kes menjadi semakin teruk.
Ini kerana sebab manusia yang degil ini, mereka tidak dapat menikmati nikmat solat pada waktunya.
Dan kepada yang bersatu bersama-sama prihatin dengan saranan kerajaan untuk duduk rumah saja, mereka ucapkan terima kasih dan semoga kita semua terlindung dari wabak bahaya ini.
Dan apa yang diharapkan di hujung luahannya semoga kita semua sama-sama dapat bermarathon menunaikan ibadah sepanjang bulan puasa nanti.
Posting ini turut mendapat respon dari warganet apabila mendapat lebih 100K butang like dan lebih 37K menekan share. Mereka turut turut mendoakan barisan frontliner sentiasa dalam lindungan Allah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Wajah Tampak Penat, Tapi Beliaulah Hero Kita”