‘Pandai baca Al-Quran, akhlak & akademik pun bagus.’ Cuma khilaf, terpedaya pujuk rayu lelaki hingga mengandung luar nikah. Tersalah langkah cuma sekali, namun kesannya diingati seumur hidup.
Mendidik anak dalam dunia serba moden ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang ibu, bapa telah berikan asas pendidikan agama yang sempurna, namun takdir Allah anak tersalah langkah. Ujian ini bukan saja pada sang anak tapi juga kepada ibu, bapa.
Menerima ujian berat sebegini bukanlah mudah. Anak yang ditatang bagai minyak yan penuh hamil anak luar nikah di saat dia masih menyambun belajar.
Masyallah terlalu berat! Jika ibu, bapa yang tak kuat imannya, mahu saja dihalau anak yang bersalah kerana menconteng arang ke muka mak,ayah.
Kisah yang dikongsikan Baitus Solehah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yan berdepan situasi sama. Mereka tak terus menghukum anak, sebaliknya memberi peluang apada anak untuk mengubah diri.
20 tahun umurnya ketika melahirkan anak perempuan. Masih sekolah. Ambil diploma di tahun akhir. Semester akhir. Tiba-tiba mendapati diri mengandung.
Memang sangat sangat terkejut. Imbasan ketika dipujuk rayu 9 bulan dahulu terbayang di ruang mata. Cuma sekali itu saja. Beritahu ibu ayah. Mula-mula ayah panik. Menangis, bingung, tidak tahu apa hendak dilakukan.
Akhlak & Akademik Pun Bagus
Ayah google, cari info. Jumpa nombor telefon saya. Ayah telefon saya, bercerita. Terdengar suara sayu seorang ayah meluahkan masalahnya. Sungguh hiba hati ayah.
Ads
Setelah mendengar nasihat dan pandangan saya. Ayah turuti. Habiskan dulu peperiksaan semester akhir supaya dapat diploma. Habis periksa baru daftar masuk Baitus Solehah.
Tak sampai seminggu masuk Baitus Solehah, sakit hendak melahirkan anak. Terus hantar hospital. Dua hari selepas tu discaj, bawa balik Baitus Solehah.
Oleh kerana masih dilanda shock culture, dalam berusaha untuk menerima hakikat mengandung tanpa suami, terpaksa berjauhan dengan ibu ayah, masih berusaha nak suaikan diri dengan aktiviti dan kehidupan di Baitus Solehah, tiba tiba melahirkan anak pula. Satu keadaan lagi diri nak hadap. Semua datang bertubi tubi.
Bila melahirkan anak, sakit melahirkan belum berapa nak hilang, kena menyusukan anak pula. Anak kuat menyusu. Kerap bangun susukan anak.
Ads
Hari ke-10, tiba tiba menghilangkan diri dari klinik. Selepas pemeriksaan post natal, cek tahap kuning anak, keluar dari kawasan klinik tanpa pengetahuan sesiapa. Ibu ayah pun tidak tahu.
Saya terus memaklumkan kepada ibu ayah. Sehingga 24 jam jika tidak ada khabar berita, laporan polis orang hilang akan dibuat oleh Baitus Solehah. Jadi ibu ayah berusaha mencari melalui kawan kawan.
Akhir terjumpa di rumah kawan. Ibu ayah bawa menginap di hotel untuk bersembang dan luahan hati ke hati. Pujuk memujuk.
Terpedaya Pujuk Rayu Lelaki
Esoknya, ibu ayah hantar semula ke Baitus Solehah. Walau apa pun, ibu ayah mahu anak jadi kuat. Betul-betul bertaubat, sedar salah silap walaupun terperdaya dengan pujuk rayu kawan lelaki yang dianggap baik.
Ibu ayah mahu anak bina jati diri. Kuatkan iman, mantapkan rohani. Sebenarnya anak ni bukan tak tahu agama, sangat elok bacaan Al Quran, boleh jadi imam solat jemaah, akhlak pun bagus, akademik pun bagus.
Tapi, itulah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang konon bulan bintang itu dapat dicapai dengan tangan.
Ads
Alhamdulillah, selepas dihantar semula, boleh terima kaedaan. Berusaha untuk kuat. Berusaha menjaga anak sendiri dan belajar agama. Duduk di dalam kelas mentelaah kitab dengan guru.
Hingga Mengandung
Apabila keputusan peperiksaan keluar, keputusan bagus. Hari tu masa majlis konvokesyen, saya benarkan pulang sehari. Lepas tu Mohon sambung belajar melalui upu.
Diterima masuk sambung sarjana muda di IPT. Semalam waktu daftar keluar selepas cukup tempoh 6 bulan, akan meneruskan pengajian. Daftar masuk IPT. Memulakan kehidupan baru di kampus.
Sementara tu, anak pun dah 6 bulan, sepenuh menyusu susu ibu ekslusif 6 bulan, sekarang dah boleh makan , boleh titip anak kepada nenek.
Ibu ayah beri sokongan teruskan belajar. Saya pun beri sokongan. Banyak nasihat diberikan. Cabaran kehidupan di kampus. Satu saja, “no couple”, “no dating”. Tutup aib rapat rapat, ingat wajah ibu ayah dan anak. Jauhkan jalan yang menghampiri zina.
Salah langkah sekali bukan bermakna akan tersalah langkah selamanya. Kejayaan terbuka untuk melangkah. Ingat Allah, jauhi jalan jalan menuju kemurkaan Allah. InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Kashoorga : Keluarga yang hebat, baik anak atau ibu, bapanya.
Sepanjang bulan ini kita menyaksikan pusat pengajian tinggi mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam setiap bidang yang diambil.
Dan pastinya kemeriahannya lebih terasa dengan kehadiran kedua ibu bapa yang menjadi penyokong kuat selama menimba ilmu di menara gading.
Namun bagaimana perasaannya jika bukan empunya diri yang tampil menerima skrol tetapi, ibu bapa sebagai pengganti diri kita menerima sekeping sijil yang sangat berharga ini.
Seperti perkongsian di laman sosial twitter yang tular apabila kakak kepada seorang graduan Aina Fatin Najwa, muat naik video bapanya yang naik pentas konvokesyen untuk menerima skrol adiknya yang telah meninggal dunia tahun lalu.
Dia memberitahu yang bapanya berusaha untuk jadi kuat menghadapi detik berkenaan dan hanya dalam hati tahu apa sebenar dirasai.
Malah ayahnya juga menangis sepanjang dalam perjalanan ke UiTM hingga majlis berlangsung.
Dalam posting berkenaan juga kakak allahyarham, Dzarah Nafisah Mazlan juga turut menyatakan rasa rindu dan bangga dengan pencapaian adiknya itu.
Allahyarham Aina Fatin Ajwa telah berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi mara (UiTM) Lendu Melaka sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Sebaik menonton video berdurasi 31 saat itu dengan iringan lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, rata-rata mengundang sedih warganet.
Masing-masing mengakui sebak melihat ketabahan seorang bapa yang mengambil skrol anaknya di pentas konvokesyen.
Malah dapat melihat betapa erat bapanya mendakap skrol berkenaan seperti mendakap allahyarham anaknya itu yang meninggal akibat denggi berdarah.
Rata-rata mendokan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga reda atas diugaan yang diberikan oleh Allah ini.
Jauh dari lubuh hatinya, ayah juga sangat sedih dengan kehilangan adik
Video ini pendek tetapi buat air mata keluar meleleh
Nampak kuat tapi tidak. Sepanjang perjalanan ke Uitm sampai majlis berlangsung, ayah menangis
Sebak ketika bertugas
Tak sangka majlis graduasi jadi sesedih ini
Melangkah penuh bangga walau hati sedih rindukan anaknya. Paling sedih tengok dia peluk sijil..
Meninggal kerana denggi berdarah
Moga Allah berikan baraqah dan kekuatan pada ayah serta semua ahli keluarga
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Uruskan anak & rumah itu sedekah pada keluarga.” Isteri tak perlu ada duit sendiri kalau nak bersedekah kerana sedekah bukanlah dalam bentuk duit semata-mata.
Suri rumah yang uruskan anak dan keluarga sepanjang hari sepanjang waktu, sudah pasti banyak ganjaran pahalanya. Setiap titik peluh yang mengalir adalah sedekah seorang isteri kepada keluarga tanpa dia sedar.
Ramai yang menganggap wanita yang tak bekerja perlu ada duit sendiri dan jangan bergantung harap pada suami semata-mata kerana bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku.
Ikuti perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Tolonglah jangan buat macam ini. Ia menyakitkan dan buat orang lain rasa terdesak.
Kisahnya, beberapa hari lepas, saya ada join satu bisnes talk ini. Saja nak topup ilmu, nak boost up energy, dan nak cari circle yang lebih kurang sama minded dengan kita.
Penceramah itu ulang beberapa kali ayat yang sama. Memang saya ingat sangat, ayat nilah yang buatkan saya gelabah dan stres dengan hidup saya 10 tahun dulu. Waktu tu, baru kenal bisnes online dan dropship segala bagai ini.
Itu Sedekah Pada Keluarga
Kebanyakan founder, akan mengulang ayat yang sama berkali-kali. Mungkin niat diorang ni, nak bagi kita semangat berbisnes tapi ayat yang disebut tu menyakitkan sangat.
“Takkan nak bergantung kat suami saja!”
“Takkan nak harapkan duit suami. Kita pun kena ada pendapatan sendiri. Kena pegang duit sendiri.”
“Sekurang-kurangnya ada duit sendiri untuk beli mainan anak-anak. Tak adalah asyik minta kat suami saja.”
“Macam mana nak sedekah banyak-banyak kalau masih harapkan duit suami?”
“Kalau suami mati, baru menyesal tak mula sekarang!”
Isteri Tak Perlu
5 ayat durjana inilah yang membuatkan saya sibuk dengan telefon dalam keadaan anak kecil-kecil yang perlukan perhatian sangat-sangat.
Duduk terngiang-ngiang dalam kepala ini, kita tak mahu bergantung pada suami semata. Dah set dalam kepala, ‘aku nak ada duit sendiri.’
Lama kot saya dalam fasa huru-hara cari duit ini. Lebih kurang empat tahun! Saya pulak memang sudah biasa pegang duit sendiri dari zaman universiti. Buat degree dan master pun tetap buat home tuition juga. Punyalah suka bau duit tu.
Lima ayat itu berlegar dalam kepala saya yang membuatkan kita cuba nak berdikari, tak mahu bergantung pada suami sendiri.
Sudahnya, saya stres gila-gila. Pantang dengar anak menangis, terus naik hantu. Saya susah tidur, kerap jatuh sakit, dan cepat sangat down.
Akhirnya, tok laki pun berbulu kot tengok bini dia macam orang tak betul, naik angin je kerjanya. Terus dia azankan bini dia ni.
“Kalau isteri tak nak bergantung pada suami, buat apa nak ada suami, buat apa berkahwin? Kalau isteri tak nak minta duit suami, macam mana nak tolong mudahkan urusan suami bagi nafkah?”
Pedas betul tapi sangat masuk akal. Isteri yang minta duit pada suami itu, sebenarnya sedang mudahkan urusan suami dalam bab beri nafkah. Lagipun, itukan suami kita, mintak sajalah!
Kalau Nak Bersedekah
Paling pedas yang saya akan ingat sampai mati, bab sedekah tu.
“Awak sibuk nak cari duit sendiri untuk mudah bersedekah padahal setiap kali awak potong bawang, awak uruskan anak-anak, awak sapu rumah, semua itu sedekah awak pada keluarga. Banyak pahala! Awak tak nampak ke?”
Zassssssss!
Macam kena tikam. Pedih betul rasanya.
Sibuk nak bersedekah duit padahal sedekah tu bukan dalam bentuk duit semata.
Bersedekah Tak Kena Cara
Tolong jangan gunakan perkataan ‘sedekah’ tu untuk jerat suri rumah yang memang sudah menggunung kerja rumah yang tak penah habis. Sedangkan semua kerja rumah itu pun sudah menjanjikan banyak pahala.
Memang ada isteri yang dirinya memang Allah lorongkan untuk beri manfaat pada ummah. Dia tak lekat dekat rumah, sibuk ke sana sini. Itu cara dia, bahagian dia.
Kita yang duduk dekat rumah ni, bukan tak boleh cari duit lebih, tapi janganlah ada mindset mengarut macam lima dekat atas itu. Huru-hara hidup kau nanti.
Saat dikurniakan anak pertama, lelaki atau perempuan, anugerah itu automatik menjadi amanah berat untuk dipikul sang ibu dan ayah. Zuriat yang perlu dijaga sehabis baik walau terpaksa bertarung nyawa.
Anak lelaki atau perempuan cabaran menjaga dan mendidik mungkin sama tapi tak serupa. Tanggungjawab dilihat berat tatkala yang lahir adalah sang puteri yang mampu menawan dunia. Buat ibu ayah tercinta, sajak nukilan Muallim ini sudah cukup terangkum cabaran yang harus ditempuhi. Semoga bermanfaat.
BILA ADA ANAK PEREMPUAN Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan… Jujur.. Masa dia kecil-kecil dulu… Tak rasa sangat cabarannya… Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya… Mak sentiasa pesan… Ada anak perempuan jangan ambil mudah… Jangan buat tak endah… Tanggungjawabnya berat… Tugasnya amat besar… Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki… Bila ada anak perempuan… Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi-seksi… Biasakan pakaian menutup aurat.. Ajarkan anak anak berpakaian sopan… Tidak terdedah sana sini… Tidak ketat menonjol… Ajarkan mereka erti malu… Bersederhana menikmati zaman kanak-kanak… Bila ada anak perempuan… Tak boleh dibiar tidur sana sini… Harus diajar tidur setempat di dalam bilik… Bahayanya ada di mana mana… Jangan percaya kepada sesiapa… Bila ada anak perempuan… Ajarkan mereka sentuhan selamat… Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat… Jangan biarkan anak berseorangan… Sentiasa temani mereka… Biar kita susah hari ini… Dari menangis di kemudian hari… Bila ada anak perempuan… Ajarkan mereka tentang harga diri… Ajar mereka untuk sayang diri sendiri… Kerana diri mereka sangat berharga… Bila ada anak perempuan… Terangkan kepada mereka tentang haid… Dan kehamilan bila mereka sudah baligh… Usah malu untuk memberi ilmu… Bimbang mereka cari di tempat salah… Bila ada anak perempuan… Pilihlah rakan untuk mereka… Kenali juga siapa kawan mereka… Rakan yang baik menjadi penguat… Rakan yang nakal menjadi pemusnah… Bila ada anak perempuan… Selalulah diperiksa handphone mereka… Apa yang dikongsi… Apa yang ditulis… Ambil tahu… Bila tiba saat kau lepaskan mereka… Hidup berjauhan… Sentiasa ingatkan mereka… Jagalah diri baik-baik… Jagalah maruah diri… Jagalah maruah keluarga… Biarlah orang kata kita kolot… Biarlah orang kata kita syadid… Bila ada anak perempuan… Berdoalah… Mohon dijaga kehormatan diri mereka… Mohon dijaga keselamatan mereka… Moga-moga Allah lindungi mereka…
Kashoorga : Indah sajak buat ayah ibu. Bukan mudah menjaga mereka. Maruah mereka terlalu berat dan besar untuk dijaga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Puasa ganti tapi awal pagi ada pula kawan nak belanja makan-makan, terus tak jadi puasa.Situasi ini mungkin pernah kita lakukan kerana tidak tahu hukumnya.Sebenarnya...