‘Pandai Baca Al-Quran, Akhlak & Akademik Pun Bagus.’ Cuma Khilaf, Terpedaya Pujuk Rayu Lelaki Hingga Mengandung

Share

‘Pandai baca Al-Quran, akhlak & akademik pun bagus.’ Cuma khilaf, terpedaya pujuk rayu lelaki hingga mengandung luar nikah. Tersalah langkah cuma sekali, namun kesannya diingati seumur hidup.

Mendidik anak dalam dunia serba moden ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang ibu, bapa telah berikan asas pendidikan agama yang sempurna, namun takdir Allah anak tersalah langkah. Ujian ini bukan saja pada sang anak tapi juga kepada ibu, bapa.

Menerima ujian berat sebegini bukanlah mudah. Anak yang ditatang bagai minyak yan penuh hamil anak luar nikah di saat dia masih menyambun belajar.

Artikel Berkaitan: Peguam Kongsi Risiko Nikah Luar Negara, Apa Status Nasab & Hak Masa Depan Anak?

Pandai Baca Al-Quran

Masyallah terlalu berat! Jika ibu, bapa yang tak kuat imannya, mahu saja dihalau anak yang bersalah kerana menconteng arang ke muka mak,ayah.

Kisah yang dikongsikan Baitus Solehah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yan berdepan situasi sama. Mereka tak terus menghukum anak, sebaliknya memberi peluang apada anak untuk mengubah diri.

20 tahun umurnya ketika melahirkan anak perempuan. Masih sekolah. Ambil diploma di tahun akhir. Semester akhir. Tiba-tiba mendapati diri mengandung.

Memang sangat sangat terkejut. Imbasan ketika dipujuk rayu 9 bulan dahulu terbayang di ruang mata. Cuma sekali itu saja. Beritahu ibu ayah. Mula-mula ayah panik. Menangis, bingung, tidak tahu apa hendak dilakukan.

Akhlak & Akademik Pun Bagus

Ayah google, cari info. Jumpa nombor telefon saya. Ayah telefon saya, bercerita. Terdengar suara sayu seorang ayah meluahkan masalahnya. Sungguh hiba hati ayah.

Setelah mendengar nasihat dan pandangan saya. Ayah turuti. Habiskan dulu peperiksaan semester akhir supaya dapat diploma. Habis periksa baru daftar masuk Baitus Solehah.

Tak sampai seminggu masuk Baitus Solehah, sakit hendak melahirkan anak. Terus hantar hospital. Dua hari selepas tu discaj, bawa balik Baitus Solehah.

Oleh kerana masih dilanda shock culture, dalam berusaha untuk menerima hakikat mengandung tanpa suami, terpaksa berjauhan dengan ibu ayah, masih berusaha nak suaikan diri dengan aktiviti dan kehidupan di Baitus Solehah, tiba tiba melahirkan anak pula. Satu keadaan lagi diri nak hadap. Semua datang bertubi tubi.

Baca Di Sini:

“Kerosakan Zina” Sudah Berlaku, Apa Seterusnya? Anak Kongsikan Pengorbanan Ibunya Tubuhkan Baitus Solehah

Indahnya Nikmat Bercinta Lepas Nikah, Lagi-Lagi Dapat Hadiah Istimewa Dari Allah Kongsi Abil, Lelaki Pernah Viral

Cuma Khilaf

Bila melahirkan anak, sakit melahirkan belum berapa nak hilang, kena menyusukan anak pula. Anak kuat menyusu. Kerap bangun susukan anak.

Hari ke-10, tiba tiba menghilangkan diri dari klinik. Selepas pemeriksaan post natal, cek tahap kuning anak, keluar dari kawasan klinik tanpa pengetahuan sesiapa. Ibu ayah pun tidak tahu.

Saya terus memaklumkan kepada ibu ayah. Sehingga 24 jam jika tidak ada khabar berita, laporan polis orang hilang akan dibuat oleh Baitus Solehah. Jadi ibu ayah berusaha mencari melalui kawan kawan.

Akhir terjumpa di rumah kawan. Ibu ayah bawa menginap di hotel untuk bersembang dan luahan hati ke hati. Pujuk memujuk.


Terpedaya Pujuk Rayu Lelaki

Esoknya, ibu ayah hantar semula ke Baitus Solehah. Walau apa pun, ibu ayah mahu anak jadi kuat. Betul-betul bertaubat, sedar salah silap walaupun terperdaya dengan pujuk rayu kawan lelaki yang dianggap baik.

Ibu ayah mahu anak bina jati diri. Kuatkan iman, mantapkan rohani. Sebenarnya anak ni bukan tak tahu agama, sangat elok bacaan Al Quran, boleh jadi imam solat jemaah, akhlak pun bagus, akademik pun bagus.

Tapi, itulah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang konon bulan bintang itu dapat dicapai dengan tangan.

Alhamdulillah, selepas dihantar semula, boleh terima kaedaan. Berusaha untuk kuat. Berusaha menjaga anak sendiri dan belajar agama. Duduk di dalam kelas mentelaah kitab dengan guru.

Hingga Mengandung

Apabila keputusan peperiksaan keluar, keputusan bagus. Hari tu masa majlis konvokesyen, saya benarkan pulang sehari. Lepas tu Mohon sambung belajar melalui upu.

Diterima masuk sambung sarjana muda di IPT. Semalam waktu daftar keluar selepas cukup tempoh 6 bulan, akan meneruskan pengajian. Daftar masuk IPT. Memulakan kehidupan baru di kampus.

Sementara tu, anak pun dah 6 bulan, sepenuh menyusu susu ibu ekslusif 6 bulan, sekarang dah boleh makan , boleh titip anak kepada nenek.

Ibu ayah beri sokongan teruskan belajar. Saya pun beri sokongan. Banyak nasihat diberikan. Cabaran kehidupan di kampus. Satu saja, “no couple”, “no dating”. Tutup aib rapat rapat, ingat wajah ibu ayah dan anak. Jauhkan jalan yang menghampiri zina.

Salah langkah sekali bukan bermakna akan tersalah langkah selamanya. Kejayaan terbuka untuk melangkah. Ingat Allah, jauhi jalan jalan menuju kemurkaan Allah. InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Opah Cucu Seribu,
Mak Liza

Kashoorga : Keluarga yang hebat, baik anak atau ibu, bapanya.

Sumber : Baitus Solehah

Published by
Nur Syazwani Mehat