Kalangan Muslimah tak dinafikan ramai yang masih keliru tentang bila waktu tamatnya haid. Ini kerana selepas berakhirnya darah berwarna merah, ia akan diikuti dengan tompokan berwarna keperangan, kuning dan keruh. Dalam hal ini adakah ia dianggap darah haid, atau sebaliknya?
Kaedah Kenal Pasti Warna Keruh, Kuning Dan Perang Yang Dianggap Darah Haid
Warna darah haid ialah kehitaman, merah, perang, cecair kekuningan dan warna keruh seperti tanah atau air kotor serta berbau.
Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i, cecair berwarna kuning dan keruh yang keluar pada tempoh haid (zaman imkan al-haid) adalah termasuk dalam kategori darah haid apabila ia dilihat pada tempoh sekurang-kurang haid (24 jam) serta tidak melepasi tempoh sebanyak-banyak haid (15 hari dan 15 malam).
Berikut merupakan riwayat berkaitan warna kuning dianggap sebagai darah haid, sebagaimana riwayat Aisyah RA dalam al-Muwatta[4]:
Maksudnya: “Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah RA dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.” Riwayat Malik (189)
Dihukumkan haid sekiranya
Tambahan pula, majoriti ulama-ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa darah kuning dan keruh boleh dihukumkan sebagai haid sekiranya;
1. Darah keluar pada waktu kebiasaan haid.
2. Darah keluar bukan pada waktu kebiasaan haid tetapi ia keluar pada waktu yang memungkinkan darah haid keluar.
Sementara itu, warna kuning atau keruh yang didapati bukan dalam tempoh haid atau selepas maksimum haid atau pada tempoh suci, maka ia tidak dianggap haid. Ini berdasarkan hadis Ummu A’tiyyah:
كنَّا لا نعدُّ الكَدرةَ والصُّفرةَ بعدَ الطهرِ شيئًا
Maksudnya: “Kami tidak menganggap darah yang keruh dan kekuningan yang keluar selepas tempoh suci itu darah haid”. Riwayat Abu Daud (307)
Bagi menjelaskan lagi persoalan ini, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan tempoh suci antara dua haid. Tempoh paling minimum suci antara haid ialah 15 hari.
Ini berdasarkan kajian (istiqra’) daripada Imam Syafi‘i.[8] Setelah melepasi tempoh minimum suci, maka ia memungkinkan masuk tempoh kitaran haid baharu (imkan al-haid) seperti ilustrasi di bawah.
Kesimpulannya cecair darah yang berwarna sama ada perang, kuning atau keruh merupakan darah haid seandainya ia keluar pada waktu yang boleh dihukumkan sebagai haid.
Jika keluarnya pada waktu yang tidak boleh dihukumkan sebagai haid, maka ia dianggap sebagai darah istihadah atau darah fasad.
Apabila mendapat panggilan temuduga pastinya menggembirakan hati. Namun perasaan berdebar-debar pasti datang menerjah bila sampai hari temuduga. Sebenarnya perasaan gemuruh itu adalah satu perkara yang normal bagi setiap orang. ia bergantung bagaimana seseorang ‘menguruskan’ perasaan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa gemuruh itu ialah dengan mengamalkan doa sebelum masuk bilik temuduga. Banyakkan juga selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW untuk menghilangkan darah gemuruh.
Ini doa yang boleh diamalkan bagi menghilangkan darah gemuruh. Baca sebelum memasuki bilik temuduga.
Selepas selesai temuduga dan sementara menunggu keputusan temuduga, banyakkan solat hajat, berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tidak seperti yang kita harapkan janganlah berputus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dan apabila Allah hadirkan hidayah buat seseorang maka merekalah insan yang terpilih. Bagi tiga pelancong Jerman Mark, 22, Elyas, 26, dan Tovel, 29, tujuan asal bercuti di Pulau Perhentian, Besut menjadi titik tolak kepada tiga sahabat ini untuk memeluk agama Islam.
Kisah bermula apabila tiga sahabat ini menumpang tandas di Masjid Ar Rahman di pulau itu. Ketiga-tiga sahabat itu memeluk Islam selepas mengakui jatuh cinta dengan agama Islam dan kesantunan umat Islam khususnya di pulau berkenaan.
Pendakwah Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan berkata, tiga lelaki Jerman itu menyatakan hasrat dan minat untuk memeluk Islam selepas beliau bersama beberapa lagi ahli jemaah dakwah menyantuni mereka di masjid berkenaan.
Katanya, pada mulanya tiga lelaki itu meminta izin mahu menumpang tandas masjid, namun mereka mendekati warga asing terbabit sambil diajak berbual-bual dengan menikmati minum petang selepas dilihat agak malu.
“Sepanjang perbualan itu, kami rancak berkongsi mengenai perkembangan Islam sehinggalah hampir waktu Maghrib. Kami mengajak mereka masuk ke masjid untuk melihat jemaah solat dan mendengar ceramah.
“Mereka teruja mendengar ceramah disampaikan pendakwah, Dr Maulana Helmi dan saya membantu mereka memahami butiran ceramah dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.
“Tidak sangka pula selepas itu mereka menyatakan minat untuk memeluk Islam dan akhirnya mereka mengambil wuduk dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan saya dan jemaah lain di masjid itu.
Menurutnya, beliau turut mengajar jejaka Jerman itu cara mengambil wuduk dan mereka menikmati makan malam dalam talam bersama jemaah lain selepas solat Isyak.
Katanya, tiga pelancong itu masih tinggal di Pulau Perhentian dan mereka turut berkesempatan menunaikan solat Aidiladha serta melihat sendiri ibadah korban yang dilakukan penduduk pulau berkenaan.
Kisah tiga pelancong Jerman yang bercuti di pulau itu memeluk Islam mendapat perhatian apabila ia tular di laman sosial sejak seminggu lalu.
Abu Khaleef berkata, beliau gembira kerana rombongan dakwah dipimpinnya yang disertai 300 jemaah yang datang ke pulau itu sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah di seluruh negara akhirnya menarik minat bukan Islam memeluk Islam.
Rombongan dakwah Abu Khaleef ke pulau itu turut disertai individu ternama termasuk usahawan dan artis tempatan seperti Dr Sam Rasputin, Radhi OAG, Jojoe One Nation Emcees, Sabhi Saddi dan Farid Wari.
Sumber: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru baru ini tular kisah seorang peragawati dan pelakon Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan dilakukan suaminya. Ia terbongkar apabila beliau mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Realitinya apa yang berlaku pada Zahnita ini sebenarnya turut dialami oleh ramai isteri di luar sana namun didiamkan. Perlu diketahui bahawa dalam Islam seseorang suami itu tidak boleh memukul wajah isteri walaupun terjadi perselisihan yang dahsyat kerana hukumnya haram.
Memetik perkongsian Sinar Harian dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri.
Suami hanya boleh memukul isteri sebagai alternatif terakhir bagi tujuan mendidik dan tidak membawa kecederaan.
Pukulan adalah untuk isteri yang nusyuz sahaja. Seorang suami perlulah menasihati isteri terlebih dahulu sebelum memisahkan tempat tidur.
Jika tidak dihiraukan dah terakhir baharulah pukul jika isteri masih derhaka kepada suami.
Jawi menjelaskan, hanya pukulan ringan dibenarkan yang bertujuan memperbaiki hubungan.
Pukulan hanya pukulan ringan yang tidak mengeluarkan darah serta tidak menimbulkan kebinasaan jiwa atau cacat pada tubuh, patah tulang atau sebagainya.
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...