Para Ibu! Allah Anugerahkan Dirimu Satu Senjata Paling Ampuh Iaitu LISANMU, Jagalah Setiap Tuturmu

Share

Begitu mulianya seorang ibu hingga disebut doanya mampu menembus langit. Tak ada lagi hijab antara ibu dan Allah SWT ketika ia panjatkan doa penuh ketulusan untuk anaknya. Malah setiap anak dituntut berbuat baik dengan kedua ibu bapa tanpa mengira kedudukan ibu bapa itu sendiri.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)

Tentu ada antara kita tahu, kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai orang yang wajib kita hormati. Baginda menjawab “Ibumu”, Ibumu, Ibumu hingga tiga kali kemudian barulah Rasulullah SAW menjawab “Ayahmu” selepas itu.

Begitu mulianya seorang Ibu sehingga harus kita hormati hingga tiga kali lebih besar dibandingkan dengan seorang ayah. Bagaimana tidak? Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sangatlah besar. Dari mula mengandung, melahirkan, mendidik hingga dewasa.

Selepas mendirikan rumahtangga, setiap pasangan pasti inginkan anak sebagai penyeri rumahtangga.


Ketika seorang wanita sudah menjadi IBU, maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi..

"Tahukah apa itu?"

Itu adalah Lisannya.

Lisannya akan menjadi berat timbangannya.

Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit.

Ucapannya akan diangkat ke langit. Doanya langsung tiada hijab dengan Allah.

Doa ibu akan mampu menjadi penghalang kesulitan bagi setiap zuriat keturunannya.

Dan apabila seorang ibu mengeluh tentang anak-anaknya, ia menjadi langkah pemberat setiap urusan ahli keluarganya termasuk suaminya.

Maka jangan sesekali seorang ibu mengeluh kerana setiap setiap keluhan itu akan menjadi satu kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya akan menjadi kenyataan di hadapan Allah.
Setiap ucapan seorang ibu akan menjadi keburukan buat diri anak-anak dan keluarganya.

Lisan seorang ibu itu layaknya mukjizat para Nabi atau karomah para kiai.

Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini.

Gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dipermudahkan dalam mencari nafkah. Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Kerana mengeluh itu akan semakin memberatkan rezekinya.

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan atas anak-anakmu kepada Yang Maha Esa, jangan mengeluh langsung kerana ia akan menjadi keburukan pada penghidupan anak-anakmu.

Published by
almaswa Haji Che Ros