Pasangan Pengantin Paling Manis & Santun, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Emir Hanya Dengan Sekali Lafaz!

Share

Mengambil masa hanya setahun untuk mengenali hati budi masing-masing, semalam pelakon, pengacara Mira Filzah telah selamat diijab kabulkan dalam majlis sederhana tetapi penuh meriah.

Paling penting majlis yang dilakukan di sebuah pusat konvensyen di ibu kota megikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Mira Flzah dilihat sangat manis dan santun dengan menggyakan kurung Påhäng rona putih ditemani ibu tersayang di atas pentas sepanjang majlis ijab kabul.

Hanya sekali lafaz, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular ini.

Tidak meminta wang untuk mas kahwin, sebaliknya seutas gelang di majlis pernikahannya.

Rombongan lelaki juga turut menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulling daripada pihak pengantin perempuan.

Dalam artikel di Berita Harian majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.

Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.

Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.

“Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.

“Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir,” kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.

Dalam pada itu, suaminya juga turut menitipkan doa di laman sosial Instagramnya agar perkahwinan dibina ini akan mendapat keredhaanNya dan selamat hingga ke jannah.

wanemirastar Dengan nama Allah, ٱلرَّحْمَٰنِ Yang Maha Pemurah, ٱلرَّحِيمِ Lagi Maha Mengasihani..

“Kami mohon doa kalian.. moga rahmat Allah SWT membimbing kami, Wan Emir Astar & Nur Amirah Filzah, melaksanakan ibadah perkahwinan, sunnah junjungan kita Rasulullah SAW, dalam usaha kami untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Mohon selamat segalanya, hingga ke Jannah.

#emiramirah

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwin Oktober Nanti, Mira Filzah Ikut SOP Jemput 250 Tetamu. Netizen Doakan Kekal Till Jannah!

Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.

Pasangan ini juga mendapat ucapan tahniah dari warganet atas perkahwinan yang baru dibina ini. Masing-masing mendoakan keduanya kekal bahagia till jannah.

nabila.razali Such a beautiful bride & groom Selamat pengantin baru Mira Shayanggg Until Jannah!
cikmanggis Tahniah Mira syg. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Berbahagialah sehingga ke Jannah. In shaa Allah Taala
deenaemir Alhamdulillah tahniah. Selamat pengantin baru Mira & suami. Moga kekal hingga ke syurgaNya
ipangiv_ Tahniah kak mira semoga kekal ke syurga
laila_love4ever Tahniahhh adikk… @mfmirafilzah smg kekal bahagiaa hingga ke jannah!!!!
blqsaqsh_ cantiknye kak mira semoge kekal hingga ke jannah dengan si suami tercinta

Kredit Foto: Instagram Mira Filzah, Drama Sangat & Rizman Ruzaini

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman