Sejak mengenakan hijab, pelakon serta pengacara Lisa Surihani, 33 tahun dilihat semkain cantik, langsing dan penampilan cukup menyenangkan. Sebelum itu Lisa memang ada mengalami masalah berat badan, tetapi dia berjaya mengatasinya.

Dan kini Lisa berjaya maintain dengan berat badan ideal walaupun sudah mempunyai dua orang cahayamata. Apatah lagi sejak mengenakan hijab, Lisa juga turut menjaga batas pergaulan serta memilih busana bersesuaian dengan penampilannya kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Setelah diselidikinya, ini merupakan rahsia atau petua cantik yang diamalkan oleh Lisa Surihani. Sesuai untuk kita praktikkan terutamanya untuk menambat hati suami atau bakal ratu sehari yang akan berkahwin tidak lama lagi.

1. Kurang Bermekap

Tidak dinafikan kuasa mekap boleh menjadikan penampilan kita berubah dan lain daripada yang lain. malah bagi seorang perempuan itu, mekap juga sangat penting untuk memberi keyakinan setiap kali keluar rumah. Tidaklah nanti wajah dikata kusam atau tidak cukup tidur. Namun bagi Lisa Surihani katanya dia tak berapa suka mengenakan solekan yang tebal melainkan kalau ada event besar atau perlu menghadiri majlis-majlis formal. Malah lebih senang menggunakan krim CC untuk lindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu olesan nipis maskara dan gincu juga sudah memadai.

2. Rajin Bersenam

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, bukan sahaja wajah perlu dijaga, badan yang sihat juga sangat diutamakan.  Bagi Lisa katanya bersenam itu adalah wajib! Tidak perlu bersusah payah melakukan senaman berat, sekadar jalan kaki, jogging atau naik tangga di rumah juga sudah cukup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

3. Amalkan kaedah Intermittent Fasting

Menurut Lisa, ini merupakan diet yang paling mudah dan tidak menyiksakan. Dia berpuasa selama 16 jam dan makan hanya tempoh 8 jam. Berkat kesungguhannya, barulah dia mendapat bentuk badan ideal. Kaedah ini boleh diamalkan  dengan mula puasa dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari. Namun untuk tempoh 8 jam makan itu perlu juga mengawal diet agar tidak berlebihan.

4. Manja Dengan Suami & Anak-anak

Sejak mendirikan rumahtangga dengan pelakon serta pengarah Yusry, pasangan ini memang sangat sweet dan romantik. Di mana ada Lisa di situ juga ada Yusry. Terpancar kebahagiaan pasangan ini yang dikurniakan dua anak Yahaira Leanne, 4 tahun dan Yusof Leonne, 2 tahun. Baru-baru ini mereka sekeluarga juga turut pertama kali menunaikan ibadah umrah dan sebaik pulang penampilan Lisa turut berubah kepada hijrah lebih baik. Kata orang kalau bahagia bersama keluarga, wajah akan nampak jadi lebih muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

5. Rajin Cuci Wajah Sebelum Tidur

Walaupun sibuk memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan. Dia akan pastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.

6. Mudah Tersenyum

Lisa juga dilihat mudah tersenyum dan jelas terpancar seri di wajahnya. Dengan barisan susunan gigi yang menjadikan senyuman dilemparkan tak puas mata memandang.

7. Menghormati Orang Lebih Tua, Terutama Ibunya

Pengacara Tanya Dr Imelda ini juga dilihat sangat rapat dengan ibunya. Kalau dulu sebelum kahwin, memang ibunya yang sering menemani Lisa ke mana sahaja dia pergi. Malah sampai sekarang hubungan mereka berdua memang rapat disebabkan dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik. Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI