
Isi Kandungan
TogglePetang ini tekak terasa untuk menikmati pencuci mulut yang sejuk dan sedap. Maklumlah untuk melegakan tékák yang seharian berpuasa waktu berbuka nanti.
Apa kata kita sediakan sendiri Mango Cheesecake. Rupanya ada resipi senang untuk membuatnya tanpa dibakar, sebaliknya hanya letakkan saja dalam peti sejuk dan boleh terus dimakan.
Malah bahan-bahan juga senang untuk diperoleh di rumah. Jadi apa kata untuk juadah pencuci mulut petang nanti kita sajikan Mango Cheesecake ini untuk seisi keluarga.
Resipi ini dikongsi oleh Muhammad Irman Khairruddin melalui page Masak Apa Hari Ini di laman sosial Facebook hingga menjadi viral kerana cara membuatnya yang simple.
Bila tiada pasangan terpaksa la buat sendiri cheesecake ala bujang terlajak (no bake)
Resepi ada dibawah Dan hasilnya tadaaaa
cheesecake(no bake) letak dalam peti sejuk
Bahan2: BASE
70 grm butter (cairkan)
30 ketui biskut (xkisah jenama apa jnji biskut tawar)
*Hancurkan biskut Dan masukkan butter(dicairkan) Dan gaul serta letak kedalam loyang.
Bahan2:BAHAGIAN TENGAH
250 grm cream cheese
200 ml whipped cream
80 grm gula
1/12 sudu mkan gelatin
Perahan ikut Kita
1 biji yg diblend (tapiskan) ÷ 2 bekas
Mango puree (Topping)
Mango yg blend td
1 1/2 sd mkn Gelatin/ serbuk agar (bersama air panas shgga mnjdi likat Dan larut.)

Bahagian tengah tu
1.Campurkan cream cheese,gula,perahan lemon Dan mango puree pukul hgga kembang.
2.Mangkuk lain pukul whipped cream gula(ikut nak letak atau x) perahan lemon Dan campur gelatin yg dicairkan atau serbuk agar2 pukul hgga kembang.
3. Campur kedua2 step 1 & 2 secara kaup balik secara sebati masukkan kedalm loyang
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kecoh Ikan Paus Menjerit Tanda Kiamat Nak Dekat, Ustaz Elyas Ismail Kupas Video Viral Ini

Baru ini kecoh di youtube “suara” ikan paus menjerit sehingga timbul kaitan ia antara petanda dunia nak kiamat.
Bunyi dan raungan ikan paus ini dianggap luar biasa sehingga ia dikaitkan dengan hari kiamat yang pasti terjadi namun bila tarikhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Di dalam surah Al-Naml ada dinyatakan, bahawa pada hari berlakunya kiamat, tiupan sangkakala akan berlaku.
Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:
وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۚ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. Surah al-Naml (87).
Kejadian tiupan sangkakala ini berlaku sebanyak dua peringkat mengikut pendapat kebanyakan ulama’, iaitu:
Pertama, tiupan sangkakala akan menggegarkan hingga mematikan seluruh makhluk melainkan yang termaktub dalam kalangan mereka yang terkecuali.
Kedua, sesuai dengan kehendak Yang Maha Esa, ditiupkan sekali lagi oleh Malaikat Israfil dengan tiupan yang membangkitkan manusia. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya:
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ
Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).Surah al-Zumar (68) (Mufti Wilayah Persekutuan).
Namun baru-baru ini kecoh video ikan paus menjerit di beberapa buah lautan dan ramai mempercayai bahawa itu adalah tanda dunia sudah semakin menghampiri kiamat.
Mengupas video ini, Ustaz Elyas Ismail dalam siaran secara langsung semalam menjelaskan, jeritan suara ikan paus di beberapa kawasan lautan di luar negara itu menimbulkan tanda tanda.
“Ada kata jeritan biasa saja (sebab memang ikan paus mengeluarkan bunyi) tapi yang agak peliknya ada di kalangan orang ramai mendakwa jeritan itu ada kena mengena dengan tanda-tanda nak kiamat.
Sebabnya, kata mereka, tanda dunia nak kiamat sebab ikan paus pun dah menjerit-jerit. Peliknya ada yang mempercayai hal ini.
“Kawan-kawan yang dihormati sekali, apa tanda bunyi suara ikan paus ke, memang tak disebut di dalam hadith pun. Jadi yang kita pelik tu, dapat sumber dari mana? Lainlah hadith ada menyebut tentang jumlah orang perempuan lebih ramai dari orang lelaki, itu kita tahu dah.
“Dalam hadith ada sebut ini juga. Antara tanda nak kiamat itu berlaku, banyaknya berlaku gempa bumi, penularan wabak atau penyakit-penyakit yang pernah menimpa orang terdahulu akan berlaku kembali.
“Ataupun wujudnya golongan anak yang menjadi tuan kepada ibu bapanya, zina berleluasa, apabila orang jahil diajukan soalan tentang agama. Itu memang ada tanda-tanda nak kiamat. Orang yang ada sifat amanah disifat sebagai pengkhianat, orang bodoh mula bercakap atau bersuara.
“Tapi jeritan ikan paus ini memang tak ada tuan puan. Walau bagaimana pun kena ingat, semua hal-hal berkaitan kiamat ini hanya dalam pengetahuan Allah SWT sahaja. Kita jangan nak memandai-mandai. Nak kiamat dah nie, nak kiamat dah nie.
“Mungkin ada orang kaitkan manusia dan kerosakan dan keruntuhan akhlak itu mungkin. Hah, sebab bila dunia nak kiamat nie, macam-macam perlakuan yang pelik-pelik akan berlaku. Tapi kalau bunyi suara ikan nie, kita tak boleh nak terima benda-benda macam tu.
“Dalam Quran Allah SWT berfirman, “mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.
(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Al-Araaf ayat 187).
“Kita nie diajar supaya apa persiapan kita menjelang akhir kiamat tu. Itu paling penting,” katanya lagi.
Ini video yang viral ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Sebab Allah Memperlihatkan Kilat Kepada Manusia, Surah Ar-Rum Ayat 24 Menjelaskannya

Kilat, petir atau disebut juga halilintar biasanya akan muncul pada musim hujan. Sebelum hujan turun, petir terlebih dahulu akan keluar. Cahayanya adakalanya sangat menakutkan.
Allah ‘Azza wa Jalla menjelaskan fenomena alam ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan ia sebagai salah satu tanda kebesaran-Nya yang patut direnungi manusia. Muncul pertanyaan, mengapa Allah memperlihatkan kilat?
Dalam Bahasa Arab, Ar-Ra’du digunakan untuk menyebut bunyi guruh. Sementara Ash-Shawa’iq dan Al-Barq digunakan untuk menyebut pancaran petir. Firman Allah SWT adalah surah Ar-Rum ayat 24 menyatakan mengapa kilat dihadirkan.
وَمِنۡ اٰيٰتِهٖ يُرِيۡكُمُ الۡبَرۡقَ خَوۡفًا وَّطَمَعًا وَّيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَيُحۡىٖ بِهِ الۡاَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا ؕ اِنَّ فِىۡ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوۡمٍ يَّعۡقِلُوۡنَ
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti.” (QS Ar-Rum Ayat 24)
Menurut kitab tafsir dikeluarkan oleh Kementerian Agama Republik Indonesia, Allah memperlihatkan kilat kepada manusia untuk menimbulkan ketakutan khususnya di saat manusia dalam perjalanan selain harapan hujan akan turun untuk membasahi bumi yang kering.
Ayat ini menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah iaitu kilat. Ini merupakan fenomena alam yang dapat disaksikan oleh pancaindera kita dan dapat pula diterangkan secara ilmiah menurut sains.
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 30,000 darjah Celsius, tiga kali lebih panas daripada permukaan mataahari.
Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan suara (bunyi) walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya.
Itulah penjelasan proses kejadian petir dan guruh terjadi susul menyusul menurut pemerhatian sains.
Dari sudut agama
Al-Qur’an hanya menyebutkan hal itu sebagai alat untuk menghubungkan hati manusia dengan alam dan Penciptanya. Perasaan takut muncul di kala melihat kilat kerana ia biasanya diikuti oleh petir yang apabila menyambar sesuatu, biasanya akan berlaku kemusnahan.
Bila manusia disambarnya, maka ia akan mati terbakar. Bila metal (logam) yang disambar, maka benda itu akan mencair dan melebur. Bila batu dan bangunan yang disambarnya, maka akan hancur.
Sesudah kata-kata takut dan harapan, ayat ini dilanjutkan dengan “Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering).” Apabila menyirami tanah, dia akan menyuburkannya. Kemudian tumbuhlah tumbuh-tumbuhan dan daun-daunnya berkembang. Begitu pula halnya dengan haiwan dan manusia.
Dalam riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang Ar-Ro’du (guruh), lalu Baginda menjawab: “Ar-Ro’du adalah Malaikat yang diberi tugas mengurus awan.
Doa ketika mendengar bunyi Petir
1. Dari Ibnu Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ini ketika mendengar petir.
اّللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ
Allahumma Laa Taqtulna Bighadhobika wala Tuhlikna bi a’dzabika wa a’fina Qobla Dzalik
“Ya Allah, jangan matikan kami dengan murka-Mu, dan jangan binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu.” (HR at-Tirmidzi)
2. Abdullah bin Az-Zubair ketika mendengar bunyi petir, beliau menghentikan kata-katanya lalu mengucapkan:
سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
Subhanalladzi Yusabbihur Ra’du Bihamdihi wal Malaa-ikatu min Khiifatih
“Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memuji-Nya, begitu juga para Malaikat, kerana takut kepada-Nya.”Wallahu A’lam. Sumber : Kalam Sindownews
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ragu-Ragu Hukum Basuh Kain Dengan Mesin Basuh, Dibolehkan Asalkan Tiada Pencampuran Najis Di Dalamnya

Soalan:
Apa hukum membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh?
Jawapan:
Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya.
Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis.
Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan.
Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa.
Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 5/2019 pada 5 September 2019
Artikel Berkaitan: Senyum Dalam Solat, Tak Batalkan Sembahyang. Tapi Lain Pula Hukumnya Bila Ketawa!
SUMBER: Mufti Perlis
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI