“Patutlah Tak Sampai-sampai”- Sedih Luahan Wanita Hamil 2 Bulan, Suami Terkorban Kemalangan

Share

Sesungguhnya memang benar rindu yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya.  Rindu yang tiada ubatnya. Betapa beratnya dugaan wanita ini apabila kehilangan imamnya ketika sedang hamil 2 bulan.

Jika sebelum ini dia pernah kehilangan kerana mengalami keguguran dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi apabila hilang suami tercinta. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk syurga saya. Semoga awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Awak selalu pesan jaga solat, jaga aurat. Kalau xmengaji awak akan tnya lama tak nmpak mengaji . awak suami yang baik. .
Dah tkda tempat untuk sy mengadu , bergaduh, merajuk2. Allah. Saya bukan isteri yang terbaik tapi saya sentiasa tunggu awak, setia sentiasa. Rindu suami yang dah takda tu pedih nya ya Allah. Tinggalkan saya, Ayra & anak dalam kandungan. 

Awak tenang di sana dengan baby k2 kita yang gugur tu okey. Nanti saya & anak2 menyusul juga. Semoga sy kuat tanpa awak. awak balik lambat pon saya dah tak keruan ?? Ni pulak dah tinggalkan saya selamanya.



Ketika sudah bersiap-siap untuk ke majlis reunion syarikat suaminya, lain pula yang terjadi. Patutlah lambat, rupa-rupanya suami wanita ini terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Allah Allah Allah.

Petang tadi aku siapkan baju kami bertiga untuk ke reunion company suami. Pukol 5 petang, tak sampai2.

Aku call suami aku, polis yang jawab. Allahuakbar suami aku kemalangan & meninggal di tempat kejadian. Allahh allahhh. .

Tolong doakan suami saya. Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk suami saya yang tercinta. 

Kita jumpa di Syurga suamiku…


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini 



PASANGAN INI BARU SAHAJA MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN MEREKA YANG KETIGA 22 JANURI LALU. INI CATATAN DI LAMAN FACEBOOK ARWAH BUAT ISTERINYA.


Happy Anniversary ke 3 sayang, tahun ni kita celebrate dalam reban arnab, ayam & burung je la ye, sweet kan ?

Terima kasih sentiasa bersama saya selama 3 tahun ni, banyak bersabar kerenah saya & anak. Saya paham memang susah nak handle suami hot ni.

Moga hubungan kita akan lebih utuh, diredhai & berkati Allah. Insyaallah jika diizinkan kita ke syurga. Biarlah awak ketua bidadari saya ?

Maafkan segala khilaf & salah saya selama ni. Insyaallah saya akan berusaha untuk jadi lebih baik dunia akhirat untuk kita & Ayra ❤️


Tolong doakan anak kami kuat ?? dah 2 bulan lebih rupanya. Sedih dengar heartbeat. Anak yatim.



Hanya kenangan menjadi pengubat rindu yang tidak terungkap dengan kata-kata.


Sumber kredit: dr.putri dan Hafizie Jamal

KASHOORGA: Moga wanita ini tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Al-Fatihah buat arwah Hafizie Jamal.

VIDEO:

Published by
wan erni