Peguam Tunjuk Cara Kiraan Nafkah Minimum Ayah Patut Beri Anak Selepas Bercerai

Share

Nak kahwin lain silakan, tetapi jangan sesekali abaikan nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Pernah tular suatu ketika dahulu tentang bekas suami artis muda telah membuat permohonan untuk mengubah kadar nafkah anak dari RM1500 ke RM500 sebulan dengan alasan kurang mampu.

Hal ini telah mendapat perhatian seorang peguam, Azliana Adnan menerusi entri di facebooknya. Walaupun entri ini sudah agak lama, namun, isu nafkah anak adalah isu yang tiada tarikh luputnya.

Artikel berkaitan: Berdosa Tidak Berikan Belanja Nafkah Kepada Ibu Ayah Hidup Susah

Artikel berkaitan: Walaupun Gaji Kecil Janda Enggan Tuntut Nafkah, “Allah Maha Kaya, Tuntut Sahaja DenganNya”

Menurutnya membaca komen pembaca akhbar, rata-rata majoriti mengatakan RM500 memang tidak cukup, ada juga yang kata ibu juga patut menyumbang biayai nafkah anak mereka, bak omputih kata share responsibility.

Ada beberapa isu nafkah yang ramai kena faham dan hadam. Mari kita bincang secara umum kerana isu nafkah ini memang isu yang sentiasa menjadi masalah kepada isteri apabila bercerai dengan suami.

1.Tanggungjawab siapakah untuk menyediakan nafkah anak?

Jawapannya terang lagi bersuluh iaitu AYAH-BAPA-DADDY. Bukan Mommy, Mama atau Ibu yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Sila rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 233.

Kalau tidak tahu mengenai ini sila pergi kursus perkahwinan sekali lagi dan sentiasa hadir ke masjid mendengar ceramah tentang tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

2.Be realistic.

RM500 sebulan untuk nafkah bayi. Mari kita buat kira-kira yang paling ‘kedekut’
Susu formula RM25x3= RM75


Lampin: RM50x 3= RM150
Makanan bayi RM= RM100
Perubatan = RM100
Insurance = RM100
Jumlah: RM525

Berdasarkan RM500, Anak itu tidak dapat membeli keperluan lain seperti pakaian dan lain-lain. Ini belum lagi campur perbelanjaan kecemasan dan keperluan 2-3 bulan sekali seperti injection vaksin dan lain-lain.

3. Isu pengasuh/taska (RM200-400)

Begitu ramai yang komen mengatakan jika bekas isteri bekerja dan mengambil pengasuh untuk menjaga anak tersebut, maka upah pengasuh atau taska tersebut ibu yang harus bayar.

Ini adalah komen yang paling kurang cerdik. Apabila bercerai, ibu yang membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, petrol. Ibu yang menyediakan tempat tinggal anak, Ibu itu jugalah yang membayar keperluan lain untuk anak. Jika ibu itu tidak keluar bekerja, bagaimana ibu itu hendak menanggung kehidupannya sendiri dan anak-anaknya?

Realiti selepas bercerai atau masih berkahwin, ibu juga menanggung sebahagian nafkah anak-anak walaupun itu bukan tangggungjawabnya.


Jika tanggungjawab menyediakan nafkah anak pun tak mampu, manakan mampu lelaki yang bernama ayah berkahwin baru dan mempunyai anak-anak lain dengan isteri baru.

Bukan menghalang lelaki berkahwin lain tapi jangan sampai anak terabai. Harus pijak dibumi yang nyata. Jangan kedekut dengan anak sendiri, anak kan rezeki, bagaimana rezeki nak masuk jika dengan anak sendiri kita sekat perbelanjaan mereka, dan jangan sesekali kerana berdendam dengan bekas isteri, anak yang menjadi mangsa.

Published by
Emma Masri