Pekebun Nak Bagi Percuma, Asbab Nak Sedekah Lambakan Timun. FAMA Tampil Bantu

Share

Dua hari lalu, tular seorang pekebun atas nama Azhar Baling membuat pengumuman di fb, ingin menyedekahkan semua timun ditanamnya.

Dalam pengumuman dibuat itu, pemilik akaun memaklumkan sesiapa saja boleh datang termasuk membawa lori untuk mengambil lambakan timun tersebut.

Tulisnya:-

Askm selamat petang sapa-sapa nak timun boleh datang kebun saya. Boleh bawak lori. Kita bagi free. Kalau ada sapa sapa berhajat memerlukan boleh hubungi 0176666091 sekarang atau secepat mungkin.

Ekoran itu, di ruangan komen ramai yang mengakui bersyukur dengan hal ini dan mengakui kalau dekat, mereka pasti datang ke kebunnya. Bahkan mendoakan agar pekebun ini dimurahkan rezeki. Difahamkan, hal ini dilakukan kerana pekebun berasa kecewa dengan harga ambilan di ladang iaitu RM0.30 sen sekilo.


.

Ekoran statusnya itu, hal ini mendapat perhatian dari Pejabat FAMA daerah Baling yang telah datang dan membuat perbincangan dengan pekebun ini.

Dalam satu hantaran terkini di fb Pejabat Fama memaklumkan akan membeli timun pada harga RM0.70 sekilo bagi membantu pekebun.

“Usahawan tersebut merupakan peserta Kontrak Pemasaran dan memang menghantar bekalan secara tetap kepada Fresh Mart Baling serta hantaran ke Pasar Borong Selayang melalui Fresh Mart. Dana untuk projek tanaman pun di perolehi daripada Fresh Mart.

“Difahamkan Fresh Mart menawarkan harga RM 0.30/kg. Usahawan tidak berpuas hati dan menularkan untuk beri percuma timun di Fb. Usahawan pun tidak memaklumkan apa-apa info lebihan pengeluaran kepada pihak FAMA Daerah.

“Susulan daripada isu tular ini mulai semalam, pihak FAMA telah berbincang dengan usahawan untuk membantu buat belian pada harga lantai iaitu RM 0.70 /kg.

“Pada hari ini, Pengarah FAMa Negeri En Isa bin Hamzah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah (Operasi) En Mohd Adib bin Yusoff telah melawat ladang di kawasan Kg Lalang, Baling. Susulan daripada itu, pihak Pusat Operasi Sungai Petani telah mengatur pasaran belian timun secara Forward Agreement Kontrak Pemasaran”. 

Published by
almaswa Haji Che Ros