Islam menyeru umatnya untuk bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Malah digalakkan mencari rezeki yang halal kerana setiap sen yang kita peroleh akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di hari akhirat kelak.
Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.” Riwayat al-Tirmizi (2416).
Isu seorang pekerja tidak dibayar gaji OT selama tiga tahun pastinya menarik minat ramai kerana dirinya perlu bekerja lebih tapi upahnya tidak dibayar sebagaimana dalam perjanjian kerjanya. Penantianna akhir dan rezeki berpihak padanya apabila memperoleh RM58,000 selepas bertindak menyaman pihak majikan seperti dikongsikan di page fb Islam Agamaku.
Berikut adalah kisahnya :-
Pekerja Keselamatan Menang Gaji OT 3 tahun- Sivarajan Arumugam 8hb Feb 2022
Murali Vengu seorang pekerja keselamatan yang telah bekerja dengan sebuah bengkel kereta kemalangan dan pusat tuntutan insurans, telah menfailkan tuntutan gaji kerja lebih masa (OT), gaji cuti rehat dan juga gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya pada bulan Oktober, 2021 yang lalu.
Murali seorang sahajalah yang menjaga keseluruhan stor bengkel yang menempatkan kereta-kereta kemalangan yang sedang melalui proses bayaran insurans. Majikan bengkel tidak mengambil pekerja keselamatan tambahan. Maka beliau diminta bekerja dari 7malam sehinggalah pejabat bengkel tersebut buka pada jam 9 pagi pada hari keesokannya.
Ads
Walaupun beliau sepatutnya hanya bertugas selama 12jam, iaitu dari 7 malam sehingga 7 pagi, tetapi biasanya beliau diminta tunggu sehingga pekerja ofis masuk kerja pada jam 9 pagi. Maka beliau bekerja sehingga 14jam setiap hari.
Murali juga tidak diperuntukkan apajua cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan diminta juga kerja pada hari kelepasan am. Pada hari dimana Murali terpaksa keluar untuk urusan penting, beliau terpaksa menempatkan isterinya di pondok pengawal untuk sementara waktu sehingga beliau pulang.
Walaupun bekerja 12jam hingga 14 jam setiap hari, tetapi beliau hanya menerima gaji asas sebanyak RM 1,300 dan elaun petrol sebanyak RM250 setiap bulan. Sehingga beliau berhenti kerja pada tahun 2018, beliau langsung tidak dibayar gaji kerja lebih masa OT.
Semasa rundingan di Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya pada hari ini, majikan cuba mengelirukan pegawai dengan mengatakan bahawa pelbagai bayaran telah dibuat kepada Murali. Tetapi pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa majikan mengabungkan bayaran elaun petrol dan caruman KWSP untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.
Saya telah menerangkan bahawa, tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai komponen seperti tuntutan gaji lebih masa (OT) hari kerja biasa, hari rehat, hari kelepasan am, gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am. Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh.
Selepas rundingan beberapa kali diantara majikan dan pegawai, akhirnya majikan bersetuju membayar sebanyak RM 58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah tersebut adalah lebih kurang bersamaan dengan RM1,600/sebulan gaji lebih masa untuk 3 tahun.
Ads
Seperti Murali, ada ramai lagi pekerja keselamatan yang ditipu tanpa dibayar gaji lebih masa, walaupun ianya jelas dinyatakan sebagai amaun yang perlu dibayar oleh majikan dalam Akta Kerja. Maka, lebih ramai lagi pekerja keselamatan harus memastikan bahawa hak mereka terbela dan kiraan gaji merangkumi bayaran gaji kerja lebih masa.
Rakyat pekerja hanya dapat mengajar majikan-majikan seperti ini, jika lebih ramai lagi yang menfailkan kes dan mengheret mereka ke Mahkamah Buruh. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industry pengawal keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.
Dalam pada itu ini adalah hak pekerja dalam islam yang perlu kita tahu
Berikut adalah hak pekerja yang mesti diberikan oleh majikan kepada pekerja seperti dikongsikan di page Mufti Kuala Lumpur. Antara lain ialah:-
Gaji yang telah dijanjikan. Ia hendaklah dibayar mengikut terma perjanjian. Bahasa yang digunakan dalam hadis adalah sebelum peluh kering seperti dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:-
Maksudnya: “Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.” Riwayat Ibn Majah (2443), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11988)
dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir (34)
Imam al-Munawi berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkannya. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, ketika para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” (Lihat Faidh al-Qadir, 1/718)
Walaupun begitu penggajian boleh juga berdasarkan kesepakatan antara pekerja dan majikan sama ada dibayar mengikut harian, mingguan atau bulanan. Ada juga dibayar dalam bentuk sekali gus dan ada juga yang mengikut jam.
Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan tersebut. Sesungguhnya Islam sangat menitik beratkan kebajikan seorang pekerja serta memberi peringatan keras terhadap majikan yang menzalimi pekerjanya. Dalam satu hadith qudsi, Nabi SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman:-
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan. (Riwayat al-Bukhari (2227) dan Ibn Majah (2442)
Maksudnya: “Seseorang yang mengupah orang lain bekerja, kemudian orang tersebut telah menunaikan tugasnya dengan baik, namun dia tidak memberikan upahnya, adalah sama seperti orang yang menghambakan manusia merdeka. Dia menghalang orang lain untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah sunnah. Maka ini sama sahaja dengan orang yang menjual manusia merdeka kemudian memakan hasilnya. Ini adalah dosa yang sangat besar.” (Lihat Fatawa al-Subki, 2/377).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
SEMPENA Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.
Kredit Foto: BERNAMA
Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi terhadap komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para petugas keselamatan dan barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman, dirahmati dan diberkati serta dikurniakan dengan kemakmuran dan perpaduan yang berkekalan,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Kredit Foto: BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Walaupun telah pergi mengadap ilahi, bakti Hafiz kepada keluarga hingga ke akhir hayat. Rezekinya juga walaupun telah tiada, dia meninggalkan bakti yang tidak ternilai harganya buat orang tuanya.
Biarpun sedih dengan ketetapan takdir yang berlaku, namun hidup perlu diteruskan dan ibu bapa kini pasrah dengan ketiadaan anak sulung mereka yang disayangi.
Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh terus menabur bakti kepada keluarganya walaupun telah pergi mengadap Ilahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.
Menurut bapanya, Muhamad Saleh Othman, 57, anak sulung daripada lima beradik itu sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.
Jelasnya, arwah anaknya kini terus menunaikan tanggungjawab kepada mereka apabila dia dan isteri menerima faedah bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Mengadap Ilahi
“Arwah memang macam itu dan sebab itu sampai umur 32 tahun tidak kahwin sebab dia bertanggungjawab. Dia utamakan keluarga. Itu sifat dia.
“Apa yang dia buat adalah contoh pada adik-adik,” katanya pada Majlis Penyampaian Faedah PERKESO bagi kes ‘Rider terkorban nahas pesawat terhempas di Elmina’ di Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.
Kata Muhamad Saleh, mereka reda dengan ketentuan Ilahi meskipun hati masih agak berat untuk melepaskan pemergian Muhamad Hafiz.
“Memang terasa sangat (pemergian anak). Jarak seminggu ini kurang sikitlah tapi mungkin makan masa untuk melupakan arwah,” katanya.
Bakti Hafiz Kepada Keluarga
Menurutnya, kehilangan arwah anaknya itu digantikan dengan dua cucu yang bakal dilahirkan adik Muhamad Hafiz dan adik iparnya pada Oktober dan November nanti.
“(ALLAH SWT) ganti dua (cucu) yang akan jadi pengubat rindu kepada arwah anak,” katanya.
Muhamad Saleh bercadang menggunakan wang faedah diterima untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah Muhamad Hafiz, selain melunaskan hutang yang tertunggak sekiranya ada.
“Terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk PERKESO yang membantu kami selepas pemergian anak,” katanya.
Adik Allahyarham Muhamad Hafiz, Norhikmah, 26, memberitahu, abang sulungnya merupakan seorang yang tegas, namun amat rapat dengan ahli keluarga termasuk dirinya.
“Disebabkan itu, kami sentiasa menghormati, mendengar kata dan menjadikan abang sulung sebagai tempat rujukan untuk sebarang tujuan sekalipun,” katanya.
Hingga Akhir Hayat
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, waris Muhamad Hafiz akan menerima bayaran pencen PERKESO sebanyak RM1,894.75 dan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000.
Dr Mohammed Azman memaklumkan, bayaran bermula dari tarikh kematian Muhamad Hafiz menerusi dua peruntukan akta perlindungan sosial.
Kata beliau, Muhamad Hafiz memiliki rekod caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerja ketika berkhidmat di syarikat logistik di bawah Akta 4 dengan kali terakhir Jun 2021, manakala rekod kedua melalui Akta 789 sejak 10 Mei 2021 di bawah inisiatif kerajaan.
“Mangsa meninggal dunia ketika mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri melayakkan mangsa menerima faedah RM1,116.
“Selain itu, semakan PERKESO mendapati Muhamad Hafiz turut memiliki kelayakan Pencen Penakat RM778.75 dengan rekod caruman terakhir pada Jun 2021 semasa berkhidmat di syarikat logistik,” katanya.
Sebelum itu, Dr Mohammed Azman bersama Skuad PERKESO Prihatin menziarahi waris bagi menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000.
Buat solat sunat hajat, keluarga harap pencarian 2 lagi mangsa tragedi kepala air berjalan lancar. Sehingga ke saat, dua lagi mangsa masih dalam tidak ditemui, semoga Allah permudahkan segala usaha pencarian.
Selain usaha pencarian, keluarga mangsa juga tidak berhenti berdoa kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan segalanya selesai dengan cepat.
Memetik laporan Sinar Harian, keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman tidak putus-putus menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesemua jasad mangsa ditemukan.
Menurut waris mangsa, Rosilawati Kassim, 49, mereka berharap usaha pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang berjalan lancar dan mendapat petunjuk baharu.
Keluarga Harap Pencarian
“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa dan mengadakan solat hajat supaya mereka segera ditemui.
“Keluarga dan kenalan di kampung juga turut serta mendoakan semoga urusan pencarian berjalan lancar dan menemukan jasad dua lagi yang masih hilang,” katanya.
Setakat ini lapan mangsa telah ditemukan iaitu pasangan suami isteri, Allahyarham Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim,16; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4.
2 Lagi Mangsa Tragedi Kepala Air Berjalan Lancar
Dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih hilang dan dipercayai masih berada di sekitar sektor pencarian sepanjang 35 kilometer (km).
Sementara itu, operasi hari kelima mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 9 pagi, pada Khamis.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.
INFO:
CARA SOLAT SUNAT HAJAT
Lafaz niat solat hajat:
Setelah berwuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala
RAKAAT PERTAMA
Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Kafirun
(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ . لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ . لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Qul ya ayyuha alkafiruun . La a’budu ma ta’buduun
Wala antum Aabiduuna maaA’bud . Wala ana Aabidun ma abadtum
Wala antum Aabiduna maaAbudtum . Lakum diinukum waliya diin
RAKAAT KEDUA
Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas
(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . لاللَّهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Qul huwa Allahu ahad . Allahu assomad
Lam yalid walam yulad . Walam yakun lahu kufuwan ahad
BERDOA SELEPAS MEMBERI SALAM
– Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.
– Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing
seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan,
perniagaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.
Hajat Juga boleh dipohon dalam sujud selepas memberi salam
(boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)
BERDOA DIDALAM SUJUD TERAKHIR
Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk,
kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali
dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya
sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja.
Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...