Hari ini kita dapati semakin ramai anak-anak gadis yang tiada lagi segan silu memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang menarik perhatiannya. Mereka tidak lagi terkongkong dengan kebimbangan digelar `perigi mencari timba’. Apatah lagi jika timba yang dikejar adalah timba emas yang mahal harga serta tinggi nilaian komersilnya yang boleh menjanjikan jalan pintas kepada kesenangan material dan kedudukan sosial yang boleh dibanggakan. Berlakulah satu paradigma baharu dalam budaya masyarakat Timur di kalangan kita hari ini.
Kemuliaan dan maruah
Perasaan malu dan sopan tidak lagi dinilai tinggi harganya. Malahan gaya hidup hedonistik yang menjadi anutan anak-anak muda hari ini menjadikan falsafah yang dipegang adalah `siapa cepat, dia yang dapat!’ Apa yang nyata, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membawa semula kompas masyarakat ke landasan yang benar, gerabak ketamadunan ini akan pasti tergelincir dan mengundang kebinasaan yang tidak murah harganya.
Ads
Persoalan jodoh memang di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai manusia diberikan Allah kudrat untuk berusaha. Yang nyata peribahasa ‘perigi mencari timba’ itu adalah adat yang diwariskan kepada generasi kita. Namun syariah dan ketetapan agama tidak melarang usaha proaktif untuk seorang wanita menyatakan hasrat dan pinangannya kepada seorang lelaki yang dirasainya sesuai untuk dijadikan teman hidup dengan syarat kemuliaan serta maruah diri sentiasa terjaga.
Ads
Sekarang ini kita harus berusaha untuk mengadakan cara, strategi dan ruang yang cukup bagi `inovasi’ ini dijalankan dalam masyarakat kita dengan penuh sejahtera. Peranan ibu bapa membantu tentunya amat dihargai. Paling tidak, rakan-rakan senior atau sebaya di tempat kerja atau sepengajian. Dalam masa yang sama, pergaulan antara lelaki dan perempuan mestilah sentiasa dijaga.
Ads
Walau apa pun jangan sampai terlalu terdesak hendak berumah tangga dan berpacaran hingga anak-anak muda mengambil jalan mudah. Menjalinkan hubungan erat dan intim, berlaku perzinaan dan kehamilan akhirnya membawa kepada keruntuhan komuniti. Masih banyak jalan keluar yang terhormat dan suci dari noda. Jangan lupa janji Allah SWT dalam Surah An-Nuur, ayat 26 yang mafhumnya:
”Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik pula.’
Sumber: Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak merupakan anugerah Allah SWT kepada pasangan yang berkahwin. Oleh itu Allah SWT berhak untuk menentukan segala.
Jika perkahwinan telah ditakdirkan oleh Allah SWT tidak mempunyai zuriat, bagaimanakah caranya untuk memperoleh doa dari anak yang soleh setelah meninggal dunia. Siapakah yang akan menunggu di pintu syurga jika di dunia tidak dikurniakan anak?
Maksudnya: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Surah ash-Shura, 49-50)
Syeikh Tantawi dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Dalam hal ini Allah SWT ingin membaritahu bahawa kekuasaannya dalam menentukan rezeki kepada manusia. Allah SWT yang menentukan sama ada diberikan anak lelaki atau perempuan atau pun kedua-duanya sekali. Dan Allah SWT juga berhak tidak memberikannya.” (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li Tantawi, 13/49)
Imam Ibnu Kathir menyatakan di dalam tafsirnya: “Di datangkan kepada manusia dalam empat keadaan: ada diantaranya mendapat anak perempuan dan ada yang mendapat anak lelaki dan ada daripadanya mendapat kedua-duanya dan ada daripadanya tidak mendapat anak. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT berhak menentukannya agar manusia beriman dan bergantung harap kepadanya” (Lihat: Tafsir Ibnu Kathir, 7/198)
Ujian Allah SWT Kepada Hambanya
Setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT mengikut kadar keimanan dan kemampuan mereka agar mereka sentiasa mengingati Allah SWT.
Maksudnya: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al_Anbiya, 35)
Di dalam sebuah hadis, Rasullullah SAW menceritakan kepada mereka yang diuji dengan tidak diberikan anak kepadanya, dan Allah SWT akan memberikan apa yang dikehendakinya di syurga nanti. Ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Said al-Khudri RAnhu.
Maksudnya: Seseorang Mukmin sekiranya ia ingin memiliki anak (namun tidak mendapatkannya) di syurga sesungguhnya ia akan mengandungnya, menyusuinya dan membesarkannya mengikut apa yang dikehendakinya
(Hadis riwayat Ibnu Majah no. 4338)
Imam Tirmizi dalam mensyarahkan hadis di atas menyatakan bahawa ahli ilmu berbeza pendapat berkenaan dengannya, ada di antara mereka yang berpendapat tidak ada yang melahirkan anak di syurga. Dan mengikut pendapat kebanyakan ahli ilmu, Allah SWT akan memberikan apa yang dihajatkannya di dalam syurga. (Lihat: al-Tanwir Syarah alJami’ al-Soghir, 1-/458)
Maksudnya: Dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya.
(Surah al-Zukhruf, 71)
Ujian dan dugaan yang dihadapi diiringi dengan tawakkal dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berkemungkinan sesuatu perkara yang baik di sisi manusia boleh jadi perkara itu buruk di sisi Allah begitu juga sebaliknya ini seperti firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Baqarah, 216)
Imam Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan: “Sesuatu perkara yang mungkin tidak disukai oleh kita berkemungkinan disukai Allah SWT dan begitu juga sebaliknya. Mungkin terdapat hikmah dan mengajar erti kesabaran dan ketaatan kita di dunia. Dan sesungguhnya pengetahuan Allah SWT tidak dapat dibatasi manusia”. (lihat Tafsir al-Maraghi, 2/133)
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada persoalan di atas dapat kami simpulkan berdasarkan dalil-dalil yang diberikan seperti berikut:
Allah SWT menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan bergantung harap kepadaNya. Oleh itu haruslah bersabar menghadapi segala ujiannya agar mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Memperbanyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan tidak berputus asa serta berusaha dan yakin kepada Allah SWT.
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul
(Surah al-Baqarah, 186)
Dalam mentafsirkan ayat di atas Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam tafsirnya: “yang dimaksudkan dengan hampirnya Allah SWT, adalah Allah SWT sentiasa mendengar dan melihat perbuatan dan permintaan hambanya. Dan setiap amalan yang dilakukan dengan penuh kusyuk dan keihklasan maka Allah SWT akan membuka hijab dan memakbulkan doanya” (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 2/75)
Digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan, agar dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.
(Surah Saba’ 39)
Di dalam Tafsir al-Mannar mentafsirkan bahawa “Ini merupakan Sunnah Allah SWT untuk menggantikan kepada sesepiaya yang bersedekah dan memberi infaq kepada agama. Selain itu Allah SWT juga memberi ketenangan jiwa, melahirkan rasa pemurah dan memberikan kebaikan di dunia dan akhirat.” (Lihat Tafsir al-Mannar, 3/63)
Selain itu, kita juga boleh beramal dengan doa Nabi Zakaria AS seperti yang terkandung di dalam al-Quran seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(Surah Ali-Imran: 38)
Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan “bahawa ini merupakan doa Nabi Zakaria AS supaya diberikan rezeki anak yang soleh dan berakhlak mulia. Supaya dapat disempurnakan nikmat dunia dan juga akhirat. Maka Allah SWT telah memakbulkan doanya kerana sifat ikhlas dan bersungguh-sungguh baginda AS” (Lihat: Tafsir al-Sa’di: 1/129)
Dalam pada ramai yang sibuk dengan #10yearschallenge, posting isteri kesayangan, Noh Hujan Mizz Nina di laman Instagramnya begitu menyentuh perasaan. Melalui perkongsiannya itu, Mizz Nina berkongsi perubahan hidupnya sejak 10 tahun lepas.
Ujar Nina, pada tahun 2009 dia tidak mengenali (huruf) Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul.
“2009, saya masih tak tahu Alif Ba Ta, hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul. Saya mula belajar pada usia 33 tahun. Tak pernah terbayangkan, saya berubah luaran dan dalaman, Allah menunjukkan jalan untuk saya mempraktikkan Islam,” ujar Nina.
MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK BELAJAR MEMBACA AL-QURAN
Tambah Nina lagi, dia kini sedang mengikuti diploma Ta’leem Al-Quran, berdakwah dan memberikan ceramah. Walau bagaimanapun Nina tidak memuat naik semula fotonya yang tidak berhijab ketika tahun 2009.
“Pada tahun 2009, saya berusia 29 tahun, solo dan fokus pada kerjaya. Saya hampir berputus asa untuk mencari pasangan hidup tetapi pada hujung tahun itu saya dipertemukan dengan suami saya,” tambahnya.
Pesan Nina lagi, masih tidak terlambat untuk belajar membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Semoga dengan perkongsian dari Mizz Nina ini dapat kita menjaga hubungan dengan Allah. Inshaallah.
Kecantikan adalah sinonim dengan sifat kewanitaan. Allah telah menganugerahkan wanita dengan kecantikan yang tidak ada tolok bandingannya. Sama ada yang dilahirkan secara cantik semulajadi ataupun sebaliknya. Definisi kecantikan itu sendiri adalah subjektif. Sesungguhnya setiap kejadian adalah ketentuan Allah S.W.T.
Tidak dapat dinafikan wanita gemar bersolek kerana ia mampu menaikkan lagi seri wajah seseorang wanita. Boleh sahaja bersolek namun usah berlebihan. Bersolek atau memperlihatkan pehiasan berlebihan di dalam Islam itu digelar Tabarruj. Lebih menyedihkan apabila ada golonan wanita yang sanggup meninggalkan solat gara-gara tidak mahu mencuci mekap. Allahuakbar.
Daripada Abi Hurairah r.a yang mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, pada hari kiamat nanti umatku akan diseru dan mereka datang dengan wajah dan telapak kaki yang bersinar putih kerana bekas wudhuk. Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memperluaskan cahayanya, maka kerjakanlah.” [Hadis Riwayat Bukhari, no.136]
Sedangkan berwuduk itu ganjarannya luar biasa hebat sehingga kiamat. Bersolek pula, hanya sekadar keindahan sementara. Tak sampai 10 jam pun.
Bahkan dosa besar tinggalkan solat itu kekal selagi tak bertaubat. Begitu juga dosa bertabarruj.
Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka beruntung dan selamatlah dia, dan (sebaliknya) jika solatnya buruk (kesempurnaannya), maka dia gagal dan rugi”. [Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.411]
Meh kita duduk bersila di sejadah, bermuhasabah balik. Sampai bila nak buat dosa. Takkan nak tunggu sampai pencen baru bertaubat.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...