Hari ini kita dapati semakin ramai anak-anak gadis yang tiada lagi segan silu memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang menarik perhatiannya. Mereka tidak lagi terkongkong dengan kebimbangan digelar `perigi mencari timba’.
Apatah lagi jika timba yang dikejar adalah timba emas yang mahal harga serta tinggi nilaian komersilnya yang boleh menjanjikan jalan pintas kepada kesenangan material dan kedudukan sosial yang boleh dibanggakan.
Berlakulah satu paradigma baharu dalam budaya masyarakat Timur di kalangan kita hari pada ini.
Kemuliaan dan maruah
Perasaan malu dan sopan tidak lagi dinilai tinggi harganya. Malahan gaya hidup hedonistik yang menjadi anutan anak-anak muda hari ini menjadikan falsafah yang dipegang adalah `siapa cepat, dia yang dapat!’
Ads
Apa yang nyata, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membawa semula kompas masyarakat ke landasan yang benar, gerabak ketamadunan ini akan pasti tergelincir dan mengundang kebinasaan yang tidak murah harganya.
Persoalan jodoh memang di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai manusia diberikan Allah kudrat untuk berusaha. Yang nyata peribahasa ‘perigi mencari timba’ itu adalah adat yang diwariskan kepada generasi kita.
Ads
Namun syariah dan ketetapan agama tidak melarang usaha proaktif untuk seorang wanita menyatakan hasrat dan pinangannya kepada seorang lelaki yang dirasainya sesuai untuk dijadikan teman hidup dengan syarat kemuliaan serta maruah diri sentiasa terjaga.
Sekarang ini kita harus berusaha untuk mengadakan cara, strategi dan ruang yang cukup bagi `inovasi’ ini dijalankan dalam masyarakat kita dengan penuh sejahtera. Peranan ibu bapa membantu tentunya amat dihargai. Paling tidak, rakan-rakan senior atau sebaya di tempat kerja atau sepengajian. Dalam masa yang sama, pergaulan antara lelaki dan perempuan mestilah sentiasa dijaga.
Ads
Walau apa pun jangan sampai terlalu terdesak hendak berumah tangga dan berpacaran hingga anak-anak muda mengambil jalan mudah. Menjalinkan hubungan erat dan intim, berlaku perzinaan dan kehamilan akhirnya membawa kepada keruntuhan komuniti.
Masih banyak jalan keluar yang terhormat dan suci dari noda. Jangan lupa janji Allah SWT dalam Surah An-Nuur, ayat 26 yang mafhumnya:
”Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik pula.’
Sumber: Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pincang lah akan rumahtangga itu jika adanya suami dayus dan isteri yang nusyuz. Suami sebagai ketua keluarga untuk mengemudi bahtera rumahtangga perlu tahu hukum dan akibat menjadi dayus.
Bagaimana hendak membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah andai hal ini pun sukar di atasi. Berubah lah segera sementara keadaan boleh diselamatkan. Takut amalan baik kita sulit nak bantu masuk ke syurga gara-gara menjadi lelaki dayus.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah S.A.W berkata: “Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu orang dayus, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?, berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (HR Riwayat At-Tabrani)
Dari hadis di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan tidak peduli dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain.
Penjelasan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Berikut adalah beberapa tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus:
Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).
Imam Al-‘Aini pula berkata : “Cemburu lawannya dayus.”
Berkata pula An-Nuhas: “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”
Menurut Imam Az-Zahabi: “Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya.
“Imam Ibn Qayyim pula menyatakan: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.”
Membiarkan isteri tidak menutup aurat juga tanda-tanda suami dayus
Allah Laknat Lelaki Dayus
Ulama Islam juga bersetuju untuk kategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar: Maksudnya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Bila Masanya Suami Jadi Dayus?
Rela aurat isteri dan anak perempuan dilihat lelaki lain:
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. Sebagai contoh; tidak menegur atau ambil peduli saat mengetahui aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa juga kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.
Tak kisah isteri balik lambat dari tempat kerja:
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah. Rasa okay apabila membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Tidak peduli aktiviti anak perempuan:
Tidak melarang saat anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya, selain membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ dan memahami.
Bangga dengan isteri bergaya seksi:
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
Membutakan mata:
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
Tiada rasa cemburu:
Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, dayus ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus ke atas dirinya.
Audit dirimu wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Kepada para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T. Sayangi dan jagalah diri dan keluargamu dari api neraka.
Ingat lah para lelaki, suami dan ayah, pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” (Riwayat Ahmad)
Sempena bulan Ramadan sekali lagi saluran Astro Oasis membawakan program game show menarik Tahu Ke Tidok: Celik Agama yang berkonsepkan perkongsian ilmu asas fardu ain.
Akan bersiaran Isnin 11 Mac 2024 jam 7.30 malam, program ini menampilkan ramai selebriti yang akan diuji dengan soalan-soalan ilmu agama asas.
Ia sekali gus diharap dapat mengukuhkan semula atau memberi ilmu agama baru buat penonton.
Musim ketiga program Tahu Ke Tidok: Celik Agama sebanyak 10 episod yang disiarkan setiap minggu ini menampil PU Amin sebagai pengacara.
Menurut beliau rancangan ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana ia mengetengah ilmu asas fardu ain dalam dengan konsep yang santai dan ceria.
“Soalan-soalan yang diutarakan dan dijawab oleh selebriti ini adalah perkara asas dan mungkin ramai sudah terlupa. Jadi program ini ‘recap’ semula ilmu fardu ain yang sememangnya wajib dipelajari umat Islam,”katanya.
Program Tahu Ke Tidok ini akan menampilkan selebriti yang akan diuji pengetahuan mereka antaranya Izzue Islam, Ropie, Adam Shaz untuk episod pertama selain Sarah Suhairi, Aiman Tino, Catriona Ross, Roy Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi bagi episod seterusnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum kita mendirikan solat, sudah tentu kita akan menjaga sebaik mungkin air wuduk yang diambil sebelumnya. Ada beberapa hal yang akan menyebabkan wuduk terbatal.
Namun adakah jika kita muntah ia turut menyebabkan terbatalnya wuduk?
Kita baca penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.
Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita terbatal. Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat. Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.
JAWAPAN :
Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.
Oleh itu jika keluar sesuatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah ia tidak membatalkan wuduk.
Ertinya : “Bermula pendapat mazhab kami , sesungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak.
Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...