Jika berpeluang ke Tanah Suci Makkah, antara suara paling ditunggu-tunggu ialah suara imam solat. Namun tidak semua berpeluang menatap wajah mereka dari dekat kerana dikawal rapi oleh polis, dikatakan dalam 10 orang.

Biasanya Imam Masjidilharam ini akan turun apabila hampir masuk waktu dan jangan pernah sesekali mahu bersalaman dengan mereka kerana ia dilarang sama sekali. Bagi yang teringin sangat melihat wajah imam-iman masjid suci di dunia ini, lelaki ini berkongsi laluannya adalah melalui Ismail Gate.

Peluang Lihat Wajah Imam Masjidilharam Dari Dekat, Lelaki Kongsi Laluan Keluar Masuk  Adalah Melalui Ismail Gate
Imam Masjidilharam yang wajahnya sangat dinanti-nantikan oleh ramai orang

Peluang Lihat Wajah Imam Masjidilharam Dari Dekat, Lelaki Kongsi Laluan Keluar Masuk  Adalah Melalui Ismail GateBerikut adalah perkongsiannya :-

Sekadar perkongsian…

Bagi jemaah yang ingin melihat Imam Masjidilharam secara lebih dekat. Imam akan keluar masuk melalui Ismail Gate, Masjidilharam dan akan melalui pintu kebal yang dikawal ketat oleh pengawal.

Boleh tunggu sini, selepas solat jenazah imam akan terus balik melalui pintu ini atau pun selepas azan imam akan keluar dari sini masuk ke masjid.

Pesanan, lihat sahaja jangan hulur tangan untuk bersalam. Faktor keselamatan. Kalau ada jemaah yang hulur tangan nak salam dengan imam sepantas pengawal akan halang. Tapi kalau Allah izinkan tak mustahil.

Memadai memberi salam dari jauh. Kalau imam jawab itu satu doa. Untuk kita, Imam Al- Haram, insan hati suci dan bersih yang Allah pilih untuk imam solat di masjid paling suci di muka bumi ini. Maha suci Allah. Sungguh kerdil kita di sisi Allah.

Ads

Imam Masjidlilharam…
Dalam hatinya ada Al-Quran…
Dalam hatinya ada hadis nabi…
Waris kerja buat nabi. Rasulullah rahmat sekalian alam…
Insan pilihan Allah mengimamkan solat dengan jutaaan umat di Masjidilharam…

Peluang Lihat Wajah Imam Masjidilharam Dari Dekat, Lelaki Kongsi Laluan Keluar Masuk  Adalah Melalui Ismail Gate
Laluan luar membawa jenazah

Peluang Lihat Wajah Imam Masjidilharam Dari Dekat, Lelaki Kongsi Laluan Keluar Masuk  Adalah Melalui Ismail GateBerikut nama-nama para Imam Masjidil Haram Makkah Al Mukarromah:-

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais
(Arabic:عبد الرحمن السديس). Kepala Imam Masjid Al Haram.

Sheikh Dr. Saud Al-Shuraim (Arabic:سعود بن إبراهيم الشريم)- Hakim pada Mahkamah tinggi di Makkah ; Wakil dari kepala Imam Masjidil Haram.

Ads

Sheikh Abdullah Awad Al Juhany (Arabic:عبدالله عواد الجهني) (Sejak tahun 2005 mulai memimpin shalat tarawih di Masjidil Haram, dan diangkat menjadi imam Masjidil Haram secara penuh pada Juli 2007. Sebelumnya beliau menjadi imam di Masjid Nabawi Madinah).
Sheikh Maher Al Mueaqly (Arabic:ماهر المعيقلي) Mulai diangkat menjadi imam pada tahun 2007 (Sebelumnya beliau memimpin shalat tarawih di Masjid Nabawi Madinah pada bulan Ramadhan 2005 and 2006).

Sheikh Khaled Al Ghamdi (Arabic:خالد الغامدي) (Diangkat setelah pelaksanaan ibadah haji pada tahun 2008).

Sheikh Dr. Salih bin Abdullah al Humaid (Arabic:صالح بن حميد)-Pimpinan Majlis al Shura Saudi Arabia.

Sheikh Dr. Usaama bin Abdullah al Khayyat (Arabic:أسامة بن عبدالله خياط).

Ads

Sheikh Dr.Salih Al-Talib (Arabic:صالح ال طالب) (Hakim pada Mahkamah tinggi di Makkah) diangkat pada tahun 2003.

Sheikh Faisal Al Ghazzawi (Arabic:فيصل غزاوي) (Diangkat setelah pelaksanaan ibadah haji pada tahun 2008).

Seluruh umat islam diperintah untuk memalingkan wajahnya/hatinya ke arahMasjidil Haram dimanapun berada, hal ini di perkuat dengan surah Al-Baqarah ayat 149 dan 150.

“149. Dan dari mana saja kamu keluar (datang), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

“150. Dan dari mana saja kamu (keluar), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian) berada, Maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

Dari FB Bahakhi

#kembarasahabatharamain
#perindupencintahramain
#perkongsiandariharamain

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI