Namanya mula jadi tular apabila melukis mural gergasi memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Uncle Roti yang pada dinding sebuah bangunan di balik Pulau, Pulau Pinang.
Tidak seperti orang lain, pelukis muda, Mohd Amir Andhar Abu Samah, 26 tahun, ini nyata mempunyai trademark tertentu untuk menghasilkan lukisan bermutu tinggi.
Jika pelukis lain akan menghasilkan lukisan yang sempurna tetapi tidak baginya. Setiap lukisan dihasilkan terdapat sedikit ‘kecacatan’ di bahagian mata potret dihasilkan dan ia mempunyai maksud tersendiri.
Dalam artikel di Mstar, Mohd Amir memberitahu dia berbuat demikian kerana ingin mematuhi syariah Islam yang melarang lukisan potret seakan-akan hidup.
Kata Andharas, kesemua hasil kerjanya yang berdasarkan figura adalah begitu kerana sebagai orang Islam dia bimbang hasil seninya itu menjadi pujaan sehingga jatuh kepada dosa.
“Mana-mana pun saya akan buat begitu… Saya akan cacatkan sedikit bahagian mata kerana itulah yang akan membuatkan lukisan nampak hidup.
“Seboleh-bolehnya dalam berkarya juga saya mahu mengikut seni di dalam Islam itu kerana tidak mahu apa dilakukan jatuh sebagai dosa,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
Dia yang minat melukis dari kecil dan kemudiannya penyambung pengajian bidang Seni Halus di UiTM Alor Gajah Melaka. Minatnya melukis itu diwarisi daripada bapanya yang juga pemilik bengkel cat kereta.
Karya terbaru Amir atau dikenali dengan nama Andharas adalah lukisan potret pemain bola sepak legenda, Datuk Hassan Sani di dinding Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
SUMBER: FACEBOOK MOHD AMIR